U n Me

U n Me

Thursday, September 29, 2011

U & ME - Episode 8

Amira melaungkan nama ku sambil berlari-lari anak kearah meja yang aku duduki. Aku mengerutkan dahi melihat kawan ku yang satu ini. Semua yang ada di Café Kampus turut hairan melihat aksi Amira.

“ Wei! Ada mamat handsome cari kau kat depan kampus. Pak we kau ke?” Soal Amira lalu duduk dihadapan ku. Ais Blanded Mocha ku di sedutnya perlahan. Aku mengerutkan dahi sambil berfikir. Mamat handsome? Siapa yek?

“ Siapa Mira?” Soalan Amira dibalas soalan juga oleh ku. Amira tepuk dahi.

“ La..aku tanya kau, kau tanya aku pulak. Dan kalau aku tahu, tak de maknanya aku tanya kau! Apa kes? Cepatlah. Mamat tu tunggu kau.” Ujar Amira dengan bersungguh-sungguh sambil menarik tangan ku. Takkan abang Juan kot? Aku bangkit.

“ Kau tunggu aku kat sini. Tolong jaga harta benda aku ni ye.” Ujar ku kepada Amira sambil menundingkan jari ku kearah laptop dan buku-buku nota ku. Amira sekadar menganggukkan kepala. Dengan langkah pantas, aku menapak kearah pintu masuk kampus. Dari jauh aku melihat seorang lelaki yang sedang duduk bersandar pada kereta Honda Accord putih sambil melambaikan tangannya kearah ku. Aku tersenyum lebar.

“ Abang Juan!!!” Jerit ku lalu berlari anak mendapatkan abang angkat aku semasa aku di tingkatan tiga. Juan Haiqal mambalas senyuman ku.

“ How are you, Baby?” Soal Juan riang. Aku tersenyum lalu turut bersandar pada kereta yang mungkin milik abang Juan.

“ Baik je. Abang Juan ni pun, kalau nak balik tu, bukannya nak inform kite. Tau-tau aje dah ada kat depan mata. Tapi, tak pe. Baby suke sangat. Abang pulak? Tak bawa minah salleh balik ke?” Tutur ku dengan senyuman penuh makna.

“Sorry la, Baby. Abang balik last minutes. Pasal minah salleh tu, abang tak minat. Baby kan tahu, abang ni setia orang nye. Yelah, abang lost contact dengan dia sebab abang rasa, adik abang lebih berhak dapat dia. Lagi pun, abang tak sanggup tengok adik abang menderita sebab abang. Dulu, masa abang sambung belajar di London, abang dengar dari member, dia belajar dekat Australia.” Jelas Juan panjang lebar. Aku turut terharu mengingatkan nasib abang Juan. Abang Juan sering juga bercerita tentang kak Alma. Aku tahu abang Juan memendam perasaan demi kasih pada adiknya.

“ Abang jangan risau, kalau jodoh abang dengan kak Alma tu ada, jumpa juga nanti. Mungkin sekarang dia dah balik jugak kan?” Ujar ku seolah memberi harapan baru pada abang Juan. Abang Juan ketawa,

“ Abang takut adik abang tu kecewa lagi, Baby.” Jelas Juan Haiqal. Aku memandang simpati wajah itu.

“ Perkara itu dah lama berlalu, Baby tak rasa adik abang tu masih tunggu kak Alma. Ermm..abang dah jumpa adik abang?” Tutur ku lembut. Juan memadang ku dengan senyuman.

“ Oh ya, abang nak jumpa dia lah ni. Dia satu kampus dengan Baby. Yelah, abang tak nak fikir semua benda tu lagi. Dan kalau abang cakap, Baby mesti cari adik abang tu sampai ke lubang cacing.” Ujar abang Juan Haiqal. Aku terlopong. What? Biar betul! Tapi siapa?

“ Betul ke? Siapa nama dia?” Ujar ku seperti tidak percaya. Aku pun tidak pernah ambil tahu nama adik abang Juan. Sebab aku membencinya. Abang Juan ketawa.

“ Kenapa? Baby nak kenal ke?” Usik abang Juan. Aku mencebik.

“ La..takkanlah kot! Abang ni, agak-agak la.” Ujar ku protes dan mulut sengaja ku muncungkan sedepa. Abang Juan bertambah galak ketawa.

“ Umaira!” Tegur satu suara. Ryan? Aku pantas menoleh. Ya, memang Ryan. Jangan-jangan Ryan ni adik abang Juan? Mulut ku sudah melopong.

“ Ryan? Kau buat apa kat sini?” Soal ku dengan kening yang sudah bertaut. Ryan dan Juan berpandangan.

“ Ryan. How are you, bro?” Ucap Juan seraya memeluk Ryan dan Ryan menepuk belakang Juan. Melihat aksi kedua-duanya membuatkan aku faham sesuatu. Kenapa aku tidak perasan akan hakikat itu? Nama dan wajah mereka hampir sama.

“ Macam biasa. Oh ya, do you know each other?” Tutur Ryan sambil memandang wajah ku dan abang Juan silih berganti.

“ Dulu masa high school, Umaira ni junior abang. Mungkin Ryan ingat nama Baby. Abang selalu cerita kat mama dan papa tentang Baby, adik angkat abang. Ryan pun tak pernah jumpa dia. Mama dan papa dah anggap Baby ni macam anak sendiri. Cuma lepas abang belajar kat London, Baby ni pun dah segan nak ke rumah kita. Masa tu, Ryan tinggal dengan Nek Jah.” Jelas Juan panjang lebar sambil mengosok rambut ku. Aku hanya tersenyum sumbing bila Ryan memandang ku dengan renungan tajam.

“ Baby, ni dia adik abang. Korang tentu kenal satu sama lain kan? Takkan la tak kenal kalau belajar satu kampus.” Tutur abang Juan dengan senyuman nakal. Aku mengatap bibir. Jadi, girl yang Ryan cakap tu..kak Alma, kekasih abang Juan. Hati ku berdetak hebat.

“ Kenal. Tapi tak tahu pulak yang Umaira ni adik angkat abang.” Jelas Ryan sambil memandang ku. Aku hanya tersenyum.

“ Baby, hujung minggu nanti abang jemput dalam pukul 9 pagi. Mama dan papa nak sangat jumpa Baby. Dah lama sangat Baby tak jengok mereka. Ryan pun ikut sekali.” Ujar abang Juan dengan senyuman.

“ Err..segan la.” Tutur ku terus-terang. Apa tak nye, si Ryan tu dari tadi asyik pandang aku macam nak makan orang.

“ Nak segan apa nye. Dulu biasa saja, kan?” Jelas Juan penuh harapan.

“ Yelah. Tapi dah lama sangat. Segan la.” Ujar ku lagi.

“ Dah, abang tak kira. Pukul 9, abang jemput.” Akhirnya Juan membuat keputusan. Aku menarik muncung belatuk. Juan ketawa.

“ Ryan pun sama. Ok. Abang balik dulu.” Ujar Juan lalu meminta diri untuk balik. Aku sekadar menganggukkan kepala. Setelah kelibat kereta Honda Accord itu hilang dari pandangan, aku mula mengorak langkah untuk balik ke café.

“ Maira!” Panggil Ryan perlahan. Langkah ku mati. Ryan berdiri dihadapan ku.

“ Baby? Rupanya kau adik angkat abang aku yang jadi buah mulut mama dan papa masa tu. Aku tak pernah tahu.” Ujar Ryan tenang. Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan-lahan.

“ Kecilnya dunia, kan. Kau sukakan abang aku ke?” Ucap Ryan tiba-tiba.

“ Ryan! Apa kau merepek ni? Dia abang angkat aku. Kau ni kenapa ye? Aku tak fahamlah dengan perangai kau. Kau cakap macam tak guna otak!” Ujar ku kasar lalu berlalu meninggalkan Ryan. Entah mengapa aku membenci Ryan saat ini. Mungkin kerana Ryan penyebab cinta abang Juan dan kak Alma tidak bersatu. Adakah itu puncanya kemarahan aku saat ini? Dulu, aku membenci adik abang Juan sepenuh hati ku. Dan sekarang, apabila aku mengetahui bahawa Ryan adik abang Juan, aku secara automatic membenci Ryan. Argh!!

No comments:

Post a Comment