U n Me

U n Me

Wednesday, September 28, 2011

U & ME - Episode 7

Aku bangun awal hujung minggu ini. Semalam aku mendapat mesej dari Ryan yang menuntut janji aku untuk membantunya membuat costing bersama-sama. Lagi pun, kami sudah berbaik semula. Pada mulanya, aku enggan. Tapi bila word by word keluar dari mulut Ryan yang seperti kecil hati itu, aku akhirnya akur. Amira yang melihat aku berkemas tersenyum seorang diri.

“ Bahagianya aku tengok kau hari ni.” Tutur Amira. Aku memandang Amira sekilas. Dia ni, marah aku belum reda lagi pasal hari tu. Beriya-iya benar dia suruh aku minta maaf pada Ryan. Si Ryan tu apa lagi, dah ada orang support dia. Elok sangat la tu.

“ Iye..bagus la Amira oi! Tu, prince charming kau tu..entah apa lagi yang dia nak buat untuk buli aku hari. Kau suka sangat la dia tu buat kawan baik kau macam ni?” Ujar ku sinis. Amira ketawa.

“ Mana ada. Ryan tu baik la, Maira. Kalau korang ‘menjadi’…aku lah orang yang paling gumbira.” Luah Amira dengan senyuman manis. Aku mengatap bibir. Malas nak layan minah jiwang ni lama-lama. Aku melihat jam telefon ku. Sudah pukul 9.00 pagi.

“ Aku gerak dulu. Nanti prince charming kau tu bagi ceramah free kat aku. Mahu tak benanah telinga aku.” Ujar ku lalu mencapai beg sandang ku.

“ Yelah. Hati-hati dan jangan nakal-nakal.” Usik Amira dengan senyuman penuh makna. Aku menjeling Amira lalu menbeliakkan mata.

“ Jangan nak mengarut. Isk..kang aku tak nak pergi ni.” Ugut ku lalu Amira menolak lembut tubuh ku kearah pintu.

“ Ok, tak nak usik kau lagi lah. Have a nice day, ok!” Ucap Amira dengan senyuman. Aku mendengus lalu melangkah keluar dari bilik.

“ Assalamualaikum..” Ucap ku perlahan.

“ Waalaikumusalam,..jangan balik lambat ye. Temankan aku lunch hari ni. Kalau kau lambat, aku kebulur kat sini, tau.” Tutur Amira lagi. Aku sekadar menganggukkan kepala dan tersenyum. Aku menapak kearah tangga. Mak ai, kenapalah aku tinggal kat tingat empat. Satu hal la nak turun tangga ni. Setiba di tingkat paling bawah aku melangkah ke jalan berbumbung. Aku lihat kelibat Ryan yang berdiri membelakangi aku. Aku menarik nafas dan merapati Ryan.

“ Kenapa kau ada kat sini?” Soal ku hairan. Ryan menoleh dan tersenyum pada ku. Lama dia melihat ku. Aku mengatap bibir.

“ Saja je. Jom!” Ujar Ryan lalu mula mengorak langkah. Aku membontoti langkahnya. Agak lama juga aku berbuat begitu dan tiba-tiba Ryan berhenti mengejut, aku tersentak sebab nyaris lagi aku melanggarnya.

“ Kau ni kenapa?” Soal ku dengan perasaan berbaur. Ada rasa terkejut, berdebar-debar dan mengelabah. Ryan renung wajah ku dengan renungan tajam .

“ Kau ni bodyguard aku ke? Buat apa kau jalan kat belakang aku. Kau jalan la sebelah aku. Do you by change afraid of me?” Ujar Ryan berbau curiga. Aku mengatap bibir.

“ Mengarut la kau ni. Buat apa aku nak tak takut. Kalau kau berani buat benda yang tak senonoh, kau nampak penumbuk aku ni!” Jelas ku dengan sedikit gugup. Ryan ketawa. Dia merenung ku.

“ Aku ni nampak jahat sangat ke kat mata kau tu? Aku tahu mana yang baik dan buruk, Umaira. Dan aku tahu batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan.” Jelas Ryan perlahan. Aku melihat kejujuran dari sinar matanya.

“ Boleh tergolong dalam kelompok orang jahat ‘sikit’ la. Tapi masih pada tahap permulaan.” Ujar ku menekan perkataan ‘sikit’ itu dengan senyuman . Ryan ketawa.

“ Jomlah, nanti lambat. Amira dah siap warning aku. Dia cakap, jangan bawa kau keluar lama sangat. Kalau tak, dia akan report polis.” Jelas Ryan membuatkan aku ketawa geli hati. Amira….kau memang gempak giler. Kaulah Best Friend Forever (BFF) aku. Ryan turut ketawa. Akhirnya, kami berdua sampai ke bus stop. Aku duduk sambil melihat jam di telefon.

“ Sekejap lagi bas sampai, kot.” Jelas Ryan apabila menyedari aku melihat jam telefon ku. Aku menganggukkan kepala. Aku mengambil earphone didalam beg dan terus menyambung ke telefon. Folder lagu korea aku buka dan memasang volume yang sederhana besar agak aku boleh dengar suara Ryan nanti.

“ Bas dah sampai. Jom.” Ujar Ryan sambil memandangku dan aku segera bangun dan berdiri di sisinya. Dia menyuruh ku naik dahulu dan kemudian dia mengekori dari belakang. Dia turut membayar tambang bas untuk ku. Cuma ada dua tempat duduk di belakang sekali. Malu juga bila semua orang di dalam bas itu memandang kearah kami. Aku mengambil tempat duduk di tepi tingkap manakala Ryan duduk di sebelah ku. Lagu korea yang mendayu itu membawa aku jauh dari bunyi bising didalam bas. Ryan menarik tali earphone ku. Aku menoleh padanya yang tersenyum penuh makna. Dia menjuihkan bibirnya pada earphone ku. Aku menanggalkan satu earphone di telinga ku dan memberikannya kepadanya. Ryan tersenyum lalu menyumbat earphone itu ke telinganya. Aku lihat Ryan memejamkan matanya. Dia ni reti ke dengar lagu korea? Boleh pulak dia layan lagu Korea ye. Tak kena langsung. Ryan menyerahkan kembali earphone itu pada ku apabila kami hendak turun di perhentian bas berdekatan Lot 10. Aku menanggalkan kedua-dua earphone itu dan memasukkannya kedalam beg sandang ku. Aku membontoti langkah Ryan yang mendahului aku untuk turun dari bas. Tiba di bus stop keadaan yang sesak membuatkan Ryan menoleh padaku.

“ Kau ok?” Soal Ryan perlahan. Aku sekadar menganggukkan kepala.

“ Kau pegang bagpack aku. Jangan lepas. Kalau kau hilang, naiya aku nak cari kau.” Arah Ryan dengan senyuman. Aku akur dan memegang bagpack Ryan erat. Sesekali aku berselisih dengan orang yang lalu-lalang. Benci betul la bila jalan sesak macam ni. Tiba di pintu masuk Lot 10, keadaan mula lenggang. Aku melepaskan pegangan aku pada bagpack Ryan dan berjalan seiringan dengannya.

“ Ramai betul orang hari ni.” Komen ku. Ryan tersenyum.

“ Hari minggu memang macam ni. Kalau pergi masa office hour, tempat ni memang lenggang.” Jelas Ryan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Seperti dia mendapat mesej dari seorang. Tiba-tiba Ryan tersenyum lalu menekan keypad telefonnya. Ek eleh, mak we lah tu. Aku mencebik lalu melangkah kearah kedai buku yang ada disebelah kiri ku. Aku masuk kedalam kedai buku itu. Kedai ini lebih banyak menitik beratkan pilihan buku yang banyak. Tapi kurang dari segi menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Tiada ruang membaca namun menyediakan card membership kepada pelanggan. Aku meneliti buku-buku dari satu rak kek rak-rak yang lain. Buku yang disediakan meliputi semua lapisan masyarakat. Staff pula kelihatan mesra kepada pelanggan. Penghawa dingin dan haruman penyegar yang boleh rehatkan minda pelanggan yang datang.

“ Umaira!” Panggil satu suara yang amat la aku kenali. Aku menoleh dan tersenyum. Ryan memandang ku dengan renungan tajam. Aku mengangkat kening sebelah. Ni apa kes pulak? Takkan marah kot.

“ Puas aku cari kau. Kenapa tak angkat call?” Ujar Ryan yang seperti termengah-mengah dengan riak serius. Aku membuka beg sandang dan mencapai telefon ku. 10 missed call???? Ops! Telefon aku masih ku letak silent mode. Aku pandang wajah Ryan yang inginkan penjelasan. Aku tersenyum sumbing.

“ Aku lupa, last night aku silent mode telefon. Sorry.” Jelas ku dengan perasaan serba salah. Ryan menarik nafas dan menghembusnya perlahan.

“ It’s ok. I’m just worry about you. Thank god that nothing happen to you.” Ujar Ryan sambil meraup wajahnya. Did he by change worry about me and looking for me? Aku menarik nafas. Rasa bersalah menyelubungi ku.

“ Sorry la, aku boleh jaga diri. So, don’t worry, ok.” Ujar ku perlahan pada Ryan. Ryan memandang ku lalu tersenyum sinis.

“ Macam mana aku tak risaukan kau. Bila aku toleh belakang, aku tak nampak pun batang hidung kau. Aku pusing-pusing cari kau tapi tak jumpa. Bila aku call, kau tak angkat. Macam-macam aku fikir tau, tak. I couldn’t explain it by words how much I’m worry about you. So, if you wanna go somewhere else, please tell me than I don’t need to worry and I know how to find you.” Jelas Ryan panjang lebar. Aku terkesima. Degupan jantung ku kian kencang. Ni apa kes pulak? Aku hairan la dengan mamat super saiya ni.

“ I’m sorry, ok. Lepas ni, aku akan bagi tahu kau bila aku nak merayap ke tempat lain dan pasang volume phone paling nyering. Puas hati?” Ujar ku lagi dengan senyuman. Ryan pandang lagi muka aku bila dia tidak puas hati dengan kata-kata aku.

“ I’m serious, ok.” Ujar Ryan lagi. Memang serius la muka mamat ni. Aku pun serius la goku oi!! Takkan aku nak main-mainkan kau pulak.

“ Aku tahu…kau nak aku cakap macam mana lagi?” Jelas ku dengan senyuman yang di buat-buat. Entah mengapa mamat ni emo semacam hari ni. Takkan datang bulan kot? Ryan mengeluh lalu memaling muka kearah lain. Dia layan aku lebih-lebih pulak. Kalau girl kau tahu, nahas kau. Lagipun, aku bukannya GF dia pun.

“ I’m sorry Ryan and thanks sebab risaukan aku. But I’m fine, right. Jom la kita buat research. Kang lambat pulak. Tak pasal-pasal Amira call polis.” Ujar ku cuba memeriahkan suasana. Ryan memandang wajah ku sekilas lalu cuba tersenyum. Takkan kau risaukan aku sampai macam tu kot.

" Kalau kau lesap lagi dari pandangan aku, aku boleh sakit jantung tau. Jangan buat lagi." Ujar Ryan umpama memberi warning. Aku hanya tersenyum. Apa kena dengan Ryan hari ni ye?

" Aku tengah servei kedai buku tadi tau. Aku bukan lesap sebarang lesap. Lesap aku penuh makna dan bukan sia-sia." Jelas ku dengan nada bergurau.

" Owh..macam tu ye. Dan risau aku tadi pun bukan risau sebarang risau. Risau yang penuh makna dan pengertian." Ujar Ryan pula dan ungkapan itu membuatkan jantung ku berdegup kencang. Kenapa mesti kau layan aku sebegini Ryan? Kalau kau terus melayan ku begini, hati ini mungkin akan terjatuh sayang. Bagaimana aku saat itu, sedangkan kau sudah ada yang punya. Aku menarik nafas dalam-dalam. Ingin membuang jauh-jauh perasaan yang sudah mula tumbuh di hati ku tanpa aku sedari.

" Ok. Cukup semua drama ni. It's time to work hard for this project!" Ujar ku dengan semangat sambil mengangkat tangan. Aku ingin membuang semua gelora di jiwa ku saat ini. Ryan, i will forget you. Beberapa orang yang lalu lalang memandang kearah kami.

" Kau jangan nak buat lawak kat sini, boleh tak." Tegur Ryan bila mereka menjadi perhatian orang di Lot 1o itu. Aku mengatap bibir. Macam mana aku boleh buat aksi ala-ala Merdeka ni ye? Malunye. Terasa muka ku membahang. Ryan mengajak ku ke tingkat atas pula.

" Wei, malunye. Macam mana aku nak sorok muka aku ni." Tutur ku resah. Ryan ketawa melihat kekalutan aku. Aku mengatap bibir.

" Ketawalah, ketawa lagi." Ujar ku sinis. Ryan tersenyum lalu meneruskan langkahnya. Lucu juga minah ni ye. Sempoi. Ryan masuk ke dalam kedai buku yang agak menarik dengan promosi yang dilekatkan di hadapan pintu masuk.

" Kita masuk. Jom." Ujar Ryan lalu melangkah laju masuk kedalam kedai tersebut.

" Selamat datang. Hari ini kami ada promosi untuk card membership. Free saja. Kalau berminat, sila isi borang ni." Ucap Staff yang berdiri di pintu masuk tersebut. Aku dan Ryan menganggukkan kepala dan menyambut borang yang diberikan oleh staff tersebut. Aku nak isi lah. Pantas aku mengisi borang itu diatas meja yang disediakan. Ryan hanya menggelengkan kepala.

" Boleh tumpang tanya?" Soal Ryan kepada staff tersebut.

" Boleh." Ujar staff itu ramah. Aku hanya menoleh sekilas kearah Ryan lalu tersenyum. Dia ni serius pulak buat kerja. Tak pe, biarkan.

" Promosi ini dianjurkan berapa lama?" Soal Ryan lembut. Staff itu tersenyum.

" Seminggu. Kami jalankan aktiviti ini sebulan sekali." Ujar staff itu ramah.

" Oh, macam tu. Saya ni nak buat servei tentang kedai buku. Saya student UITM Shah Alam. Bos awak ada tak? Saya ingat nak interview dia sekejap." Ujar Ryan tanpa segan silu. Aku tersenyum sendiri. Aku menapak kearah rak novel bahasa melayu. Aku teringat pesanan Ryan sebentar tadi. Pantas aku mengeluarkan telefon dan menaip mesej kepada Ryan untuk memberitahu aku ke bahagian novel bahasa melayu. Setelah mesej tersebut dihantar, aku membelek-belek buku-buku baru yang sudah siap teratur di rak-rak tersebut. Aku teruja bila melihat novel Yes Bos!! Karya Areila Sahimi. Aku menarik buku itu dari rak dan membaca sinopsisnya. Aku sudah berkira-kira untuk membeli buku itu. Aku membawa buku tersebut ke kuanter. Borang yang telah ku isi tadi turut kuserahkan kepada cashier bersama novel tadi. Setelah membuat bayaran, aku melihat Ryan sedang duduk berbual dengan pemilik kedai buku tersebut di belakang kuanter pembayaran. Aku hanya memerhati Ryan yang tengah khusyuk berbual dan sesekali Ryan tersenyum. Boleh tahan juga mamat super saiya ni. Beberapa minit kemudian Ryan bangkit dan bersalaman dengan pemilik kedai buku itu. Ryan memandang kearah ku lalu tersenyum. Dia menapak kearah ku sambil melihat beg plastik yang ku pegang.

" Beli novel?" Soal Ryan dengan senyuman. Dia ni, apa hal la asyik senyum saja dari tadi. Mahunya aku tak fallen for him. Arh!! Gawat ni.

" Yup!" Jawab ku ringkas. Aku berpaling dan mula mengorak langkah. Ryan menyaingi langkah ku.

" Kita makan dulu, nak? Lepas tu, kita balik." Cadang Ryan lalu mengajak ku ke cafe yang berdekatan. Aku hanya akur. Setelah membuat order, Kami duduk berhadapan di sudut sebelah kanan cafe tersebut. Aku memandang kearah orang yang lalu lalang dimana cafe itu hanya dipisahkan dengan cermin. Risau aku kalau tengok muka Ryan. Kang tak silap-silap kena panahan cinta. Kalau cinta tu tak telarang, aku tak kisah. Ni, cinta yang sudah terang-terangan telarang.

" Kau ni macam takut-takut je aku tengok. Kenapa? Kau takut terserempak dengan boyfriend ke?" Ujar Ryan sambil memandang wajah ku. Aku menoleh padanya.

" Hah? Kau cakap apa tadi?" Soal ku buat-buat tidak dengar. Rasakan! Aku tak ada boyfriend la. Kau tu yang ada girlfriend. Jangan sampai aku kena belasah, sudah la!

" Kau takut boyfriend kau nampak kita kat sini ke?" Ulang Ryan lagi. Aku mengatap bibir.

" Agaknya la tu. Yang kau tu, jangan sampai aku kena belasah pulak nanti gara-gara kau. Cukup la sekali ada orang warning aku. Kalau tak, boleh jadi gila aku tahu tak!" Ujar ku sambil menjeling kearahnya. Ryan ketawa geli hati.

" Kau jangan bimbang la. Kau pasti selamat. Tak ada orang yang berani buat apa-apa kat kau." Jelas Ryan yakin. Aku mencebik.

" Iyelah tu. Aku tak percaya. Kalau setakat Dewi pun kau tak boleh handle. Inikan pulak awek sendiri. Mesti cemburu awek kau tu lebih hebat sebab dia awek kau." Terang ku pulak. Enggan mengalah.

" Hello, Awek aku,dia tak emo macam Dewi. Jauh panggang dari api." Ujar Ryan bangga. Aku mencebik. Namun didalam hati aku rasa pedih.

" Iyelah tu." Ujar ku enggan mengulas lebih lanjut.

" Kau macam mana? Kau tak nak introduce kat aku ke boyfriend kau?" Ujar Ryan pulak. Aku memandangnya sekilas.

" Nak buat apa? Takde makna tau!" Ujar ku lagi. Enggan berterus-terang tentang status diriku. Ryan tersenyum.

" Kalau aku tanya, kau jawab dengan jujur. Boleh?" Soal Ryan lembut. Aku menoleh kearahnya.

" Apa dia?" Soal ku pula tanpa menjawab soalan Ryan.

" Kau ada boyfriend?" Soal Ryan straight to the point. Aku menelan air liur. Terasa perit.

" Ok. Buat masa ni aku masih sendiri. Lagi pun aku malas la nak pening-pening kepala. Kau pulak?" Ujar ku dengan harapan Ryan akan berterus-terang juga.

" Aku pernah cakap yang aku ada girl hari tu kan? Sebenarnya, aku memang dah anggap dia tu girl aku. Tapi dia tak pernah tahu pasal tu." Ujar Ryan membuat aku terlopong.

" What? Kenapa kau tak cakap?" Soal ku hairan. Ryan memandang wajah ku sayu.

" Belum masanya." Ringkas jawapan Ryan padaku. Aku menganggukkan kepala. Menu yang dipesan tadi tiba dan kami menjamu selera. Entah mengapa aku merasakan yang aku berada di dunia lain dan hanya ada aku dan Ryan saja disitu. Aku buntu. Apa maksud semua ini? Adakah aku benar-benar jatuh hati pada Ryan atau hanya perasaan aku sahaja. Aku mengambil keputusan mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke kampus. Aku perlu menjauhkan diri dari Ryan. Aku tidak mahu Ryan dapat mengetahui perasaan gila aku ini. Tidak mungkin sekali-kali.

No comments:

Post a Comment