Selesai kuliah aku melangkah ke blok asrama. Setiba di bilik, aku mendapati Amira tidak ada di dalam bilik. Aku merebahkan tubuh ku diatas tilam empuk. Tiba-tiba sahaja aku seperti sunyi. Kosong. Oleh kerana terlalu boring, aku membuka laptop dan mulalah jari-jemari ku memainkan peranan. Folder cerita Dream High ku buka. Layan cerita Korean la petang ni. Song Sam Dong!! Love ya!! Hahahahahaha..this is Hye Mie in da house..hidup aku memang kadang-kala membosankan. Kalau aku nak entertainment senang je, bagi je aku tengok cerita korea.
“ Assalamualaikum..” Ucap Amira yang baru saja sampai dengan beg galas di bahu. Wajahnya jelas kelihatan letih. Dia terus rebah diatas katil.
“ Waalaikumusalam..letih? Banyak kerja ke?” Ujar ku dengan senyuman simpati. Amira menganggukkan kepala.
“ Kau buat apa tu?” Soal Amira sambil menjengok kearah laptop ku. Bila tengok je drama kegemaran aku tu, dia tersenyum.
“ Tak habis-habis lagi ke cerita tu?” Soal Amira. Aku tersenggih-singgih.
“ Dah…berkali-kali dah khatam.” Ujar ku dengan senyuman.
“ Kau lapar tak?” Soal Amira tetiba. Pantas aku menganggukkan kepala.
“ Jom..aku betul-betul lapar, tahu tak. Kebulur dah ni.” Ujar ku dengan wajah bersungguh-sungguh.
“ Jom…” Ujar Amira dengan senyuman lalu mencapai beg sandangnya. Sepanjang perjalanan ke cafĂ©, Amira hanya mendiamkan diri. Pelik. Ada masalah ke minah ni?
“ Umaira, kalau aku tanya..kau marah tak?” Soal Amira tiba-tiba. Aku memandang wajah itu seketika sebelum menggelengkan kepala.
“ Tanya la..sejak bila kau perlu minta kebenaran ni?” Ujar ku dengan dahi berkerut. Semakin pelik la minah ni.
“ Pasal Ryan..aku nampak muka dia serius saja hari ni. Korang gaduh besar ke?” Ujar Amira dengan wajah ingin tahu. Aku memandang ke hadapan. Entah mengapa hati ku begitu sedih. Serasa air hangat bertakung di kelopak mata ku. Berkali-kali aku mengerdipkan mata. Enggan membiarkan air mata ku tumpah.
“ Entah. Aku pun tak tahu. Kenapa? Dia ada cakap apa-apa ke?” Ujar ku buat-buat tak tahu.
“ Tak. Just aku lebih suka tengok korang berbaik. Actually, aku invite dia sekali tadi. Tu..dia.” Ujar Amira membuat aku menoleh padanya serta merta.
“ You??” Kata-kata ku berakhir disitu saja apabila Amira terus berlalu mendapatkan Ryan. Aku mengatap bibir. Terasa berat langkah ku mendekati meja yang telah dihuni oleh Ryan dan Amira.
“ Kau tunggu apa lagi ni?” Soal Amira seraya menarik tangan ku agar duduk disebelahnya. Aku menjeling Amira tanda protes.
“ Ermm..aku order makanan dulu..korang macam biasakan?” Ujar Amira seraya berlalu tanpa sempat aku berkata apa-apa. Aku mengatap bibir. Ryan langsung tidak bersuara. Rasa janggal jika Ryan mendiamkan diri seperti ini. Aku serba tak kena. Namun hati ku meronta-ronta ingin berbicara dengannya. Tak tahu nak mulakan dengan apa. Maaf? Malulah..Eish…selalunya mulut aku becok sekali mengutuk mamat ini. Tapi, kenapa hari ini lidah ku kelu. Akhirnya aku give up. Biarlah. Mungkin lebih baik begini. Amira kembali dengan wajah masam mencuka. Jelingan maut dihadiahkan pada ku.
“ Ryan..makan la. And you…” Ujar Amira dengan mata yang bulat. Mulutnya seolah mengucapkan sesuatu. Aku cuba menangkap maksud kata-kata Amira dari gerak mulutnya. ‘Minta maaf cepat!’ itulah arahan dari Amira. Aku mengelengkan kepala. Dan dengan kata-kata tanpa suara aku cakap pada dia ‘ tak nak’..Amira membulatkan lagi matanya. ‘Degil’..kutuk Amira. Ryan yang sudah menjamu selera lantas mendongakkan kepala.
“ Its ok Mira, its useless..if you ask her to do something that she won’t.” Ujar Ryan lalu meneruskan suapannya. Aku menelan air liur yang terasa kesat dan pahit. Amira turut mogok dengan aku. Dia terus makan tanpa menoleh pada ku. Aku mengatap bibir. Hati ku terasa dengan kata-kata Ryan tadi. Sinis kata-kata itu di pendengaran ku. Aku memandang Ryan yang tunduk memandang pinggan. Begitu juga dengan Amira. Aku menjamah makanan tanpa selera. Hening sekali suasana petang itu. Usai makan, aku bangkit dan tiba-tiba muncul Adam di hadapan ku.
“ Hello princess…” Ucap Adam lembut. Aku tersenyum pada Adam.
“ So..kalau hari ni ok tak kita jalan-jalan.” Ujar Adam ceria. Aku memandang Amira dan Ryan dari ekor mata ku.
“ Ok.” Jawab ku sepatah. Aku memandang Amira yang hanya memandang pinggan yang kosong. Ryan memandang kearah Amira dan seterusnya pada ku.
“ Pergi dulu.” Ujar ku tiba-tiba. Aku memandang Adam lalu senyuman ku beri padanya.
“ Lets go.” Ujar Adam dengan senyuman teruja. Aku berjalan seiringan dengan Adam. Entah mengapa hati ku tersentuh dengan tingkah Amira sebentar tadi.
“ Umaira..” Panggil satu suara yang amat aku kenali. Hati ku berdetak hebat. Perlahan aku menoleh. Wajah Ryan ku tatap. Ada sesuatu di sebalik pandangan Ryan itu di mata ku malah sampai ke hati ku. Ryan melangkah merapati ku. Aku dilanda resah dan setiap langkah yang diambil oleh Ryan itu mengundang debaran dihati ku. Aku hilang kata-kata apabila Ryan menarik tangan ku dan berlalu meninggalkan Adam yang masih tersentak dengan aksi berani Ryan itu. Aku seperti rela mengikuti langkah Ryan. Tiba di tepi tasik yang luas dikawasan kampus, Ryan memberhentikan langkahnya. Aku hanya menurut sahaja. Ryan berpaling menghadap ku dan renungannya amat menakutkan bagiku. Perut ku terasa kecut apabila Ryan merapatkan lagi jarak antara kami. Darah panas naik ke muka ku.
“ Kau nak buat apa?” Ujar ku seperti baru tersedar dari lamunan.
“ Kau ingat aku nak buat apa?” Ujar Ryan dengan senyuman. Aku mengatap bibir. Ryan tersenyum lagi bila aku hanya membisu. Aku tersentak. Bertapa leganya hati aku melihat senyuman itu.
“ Aku tak tahu kenapa kau marah sangat tadi. Tapi..terus-terang aku katakan, aku tak nak perkara ni berlanjutan. Aku…lebih suka kau maki aku dari kau diam macam tu. Kalau boleh, aku tak nak antara kita ada sengketa. So, aku nak minta maaf jika aku buat sesuatu yang menyakiti hati kau. Kau boleh tak maafkan aku?” Soal Ryan tulus. Air mata ku jatuh ke pipi. Entah mengapa kata-kata itu terlalu memberi kesan dihati ini. Ryan terkesima. Mungkin terkejut atau pun hairan melihat keadaan ku. Esakkan ku mula kedengaran.
“ Umaira, kenapa ni?” Soalnya lalu meramas wajahnya seperti orang yang dilanda keresahan.
“ Ryan..aku yang sepatutnya minta maaf. Aku marahkan orang lain tapi aku lepaskan pada kau. Aku minta maaf, ok. Aku memang degil. Keras hati. Ego. So, aku nak minta maaf…kau maafkan aku tak? Kau jawab betul-betul..” Ujar ku dengan linangan air mata. Ryan terpaku melihat ku. Lama. Aku mengatap bibir. Malu di perihati begitu.
“ Kau maafkan aku ke tak ni?” Ujar ku lagi apabila Ryan enggan bersuara. Ryan tersenyum dan senyuman itu semakin melebar. Akhirnya tawa Ryan membingitkan telinga ku.
“ Kau ni kan, aku tarik balik kata-kata aku tadi. Jangan harap aku nak buat macam tu lagi. How stupid I’am…errggg…” Ujar ku lalu mengesat air mata ku. Aku segera berpaling dan mula mengorak langkah.
“ Wait a minutes lady, I haven’t finish yet.” Ujar Ryan lalu menghalang langkah ku.
“ Who cares!!!” Ujar ku kasar. Ryan merapatkan lagi jaraknya pada ku. Aku tersentak.
“ Or you wish me to do something else…” Ujar Ryan perlahan dan membuatkan aku kecut perut.
“ Kau ni kan…memang nak kena tanam hidup-hidup.” Ujar ku geram kerana dipermain-mainkan oleh Ryan. Ryan ketawa geli hati.
“ I’m joking, ok.” Ujar Ryan lalu tersenyum puas hati.
“ Aku tak marah kan kau pun. Kau tu yang tetiba je marah kan aku. Entah ribut apa yang melanda kat hati kau tu. Aku saja kasi pengajaran pada kau. Aku tunggu-tunggu juga kau minta maaf. Tapi..payah nye tu memang la susah nak cakap. But in the ends..at least kau cakap juga. Itu dah cukup bagi aku. Kau tahu tak, semakin lama, semakin aku suka kat kau ni.” Ujar Ryan membuatkan aku menghadiahkan penumbuk sulung ku perut Ryan. Ryan tidak sempat mengelak dari serangan tetiba itu. Dia mengaduh kesakitan.
“ Mak ai…tu tangan ke kayu. Keras sungguh..” Ujar Ryan lalu mengosok perutnya yang terasa senak.
“ Padan muka..nak lagi ke..kalau nak, buat la perangai babun tu lagi.” Ujar ku diiringi gelak ketawa. Ryan tersenyum sambil memerhati ku. Tawa ku mati bila tersedar diriku diperhatikan. Ryan tersenyum dan aku…hahahaha..mungkin senyuman aku senget sebelah kot..
“ Aku nak balik la.” Ujar ku apabila debaran dihati ku kian kencang.
“ Amira dah cerita dengan aku pasal apa kau marah tadi. Dia cakap mungkin minah double S yang warning kau jauhi aku. Kau just ignore je minah tu,ok. Lagi pun aku dan dia tu bukan ada apa-apa pun. Itu pun susah aku nak cakap kasi dia faham. Aku cuma nak kau tahu, aku tak nak kehilangan kawan sebaik kau gara-gara minah double S tu.” Ujar Ryan dengan senyuman. Aku mengatap bibir. Amira ni memang la busy body. Nampaknya Ryan pun sudah guna nickname tu untuk Dewi.
“ Dan, pasal Amira..dia tak marahkan kau pun. Dia nak kita berbaik semula, itu saja.” Terang Ryan jujur. Aku menatap wajah itu seketika. Mencari keikhlasan disebalik kata-katanya.
“ Dewi memang sukakan kau, kau tak terfikir nak terima dia ke?” Ujar ku tiba-tiba. Ryan merenung wajah ku lama.
“ Memang aku tahu, tapi…aku dah ada seseorang. Itu yang pasti.” Ujar Ryan tegas. Aku menelan air liur yang terasa pahit. Seseorang?
“ Really? I didn’t know about it.” Ujar ku gembira namun benarkah? Gembirakah aku? Tapi mengapa hati ini rasa sakit.
“ Aku malas la nak heboh-heboh. Mak we aku tu cantik giler..manis…comel…nanti orang sume nak tengok. Rugilah aku. Aku nak sembunyikan identity dia.” Jelas Ryan dengan senyuman. Hati ku tiba-tiba sebak.
“ Well, baguslah..aku balik dulu la..nanti Amira marah pulak. Bye.” Ujar ku ingin berlalu.
“ Nanti!” Ujar Ryan laju lalu mendekati ku.
“ Take care…erm..boleh aku call kau tak? Bila-bila aku rasa nak call. Boleh?” Ujar Ryan meminta izin. Aku mengerutkan dahi. Namun senyuman terukir di bibir ku.
“ Well, boleh. Tapi jangan ikut timing kau saja ok. Kalau tak, kau nampak ni?” Ujar ku sambil menyuakan penumbuk ku. Ryan ketawa geli hati.
“ Depand la…aku tak nak janji pasal tu.” Terang Ryan lagi dengan senyum penuh makna.
“ Janji tak janji. Ada aku kesah.” Ujar ku lalu berlalu dengan senyuman. Ryan memerhati langkah ku dari kejauhan. Aku menarik nafas lega.
No comments:
Post a Comment