“ Aku dah balik.” Ujar ku lalu melepaskan beg di atas meja studi dan tubuh ku rebahkan di atas katil. Lengguh rasanya tubuh ni. Apa tak nye, almost an hour aku jadi tugu bernyawa kat café tu..tapi orang yang aku tunggu tu boleh pulak buat muka selamba cicak dia dengan lenggang mak yong sebab lambat. Aku mengeluh. Amira hanya memandang ku dengan mengelengkan kepala.
“ Ni apa hal?” Soal Amira, roommate ku. Aku tidak member sebarang respon.
“ Pasal mamat tu lagi ke? Kau tegas sikit dengan dia tu.” Tutur Amira lagi apabila aku berdiam diri. Aku mengeluh.
“ Mak ai..sudah terlebih tegas tau. Dia tu kurang perisa..kurang aji-no-moto.” Ujar ku lalu menutup mata.
“ Nasib kau la dapat partner macam tu. Tapikan, dia tu handsome giler la. Gaya dia..huh!! Aku suka rambut cacak dia tu.” Komen Amira. Aku memandang wajah Amira bagai tak percaya.
“ Kenapa? Normal apa kalau aku suka gaya dia tu.” Ujar Amira apabila melihat mata ku bulat memandangnya. Aku ketawa geli hati.
“ Mira, kalau Dewi tu dengar kau puji pak we dia..mak ai..aku tak tahu apa akan jadi pada kau.” Ujar ku lalu duduk di atas katil.
“ Ek eh..sejak bila? Setahu aku Ryan tu tak layan dia. Dia tu yang terover!” Ujar Amira dengan dahi berkerut. Aku ketawa. Sah minah double S.
“ Kau tahu tak, tadi dia siap warning aku jangan kacau bf dia. Aku smash dia balik la. Lagi pun aku tak berapa minat la mamat super saiya tu. Dengan rambut coklat tu..tengok saja dah tau mamat tu tak berapa nak betul.” Ujar ku pada Amira.
“ Ek eh..mana ada. Warna rambut dia semula jadi la.” Ujar Amira mempertahankan Ryan Hidayat.
“ Iyelah tu, Kau percaya sangat.” Ujar ku sinis.
“ Eleh, entah-entah kau pun ada hati kat Ryan tu tak!” Ujar Amira serkap jarang. Aku mengatap bibir sambil menjeling tajam pada Amira.
“ Alloooo…excuse me!! Tolong sikit. Tak nak aku tau.” Ujar ku dengan muka serius. Amira ketawa geli hati.
“ Tapi kan, aku tengok kau dengan Ryan tu ada persamaan la. Sesuwai gitu!” Sakat Amira. Aku menjeling tajam ke arahnya.
“ Tak de makna. Dia bukan spesis yang aku suka tau!” Ujar ku agak riak. Ah! Biar la. Apa nak jadi, jadi lah.
“ Eh..tak baik kau cakap macam tu. Buatnye nanti kau melekat kat mamat tu baru kau tahu.” Ujar Amira lagi seolah memberi amaran agar aku tidak terlalu riak. Aku mencebirkan bibir.
“ Tengok tu, orang cakap betul ni tau! Kalau mak aku dengar kau cakap macam tu tadi, alamatnya..kena cili tau tak!” Ujar Amira dengan jelingan. Aku ketawa geli hati.
“ Kau ni kan, gaya mak orang pulak bila cakap macam tu.” Ujar ku dengan senyuman. Amira membulatkan mata.
“ Kau ni..nak kena backhand ke? Dah, pergi mandi sebelum satu bilik ni busuk. Dah solat ke belum ni?” Tambah Amira lagi seraya bangkit. Lagak Ummi dan Abah aku je gayanya.
“ Ai..ai madame!” Ujar ku lalu berlalu sebelum sempat Amira menangkap ku. Towel hijau lumut ku capai lalu masuk ke dalam bilik mandi. Usai mandi, aku terus mengenakan baju t-shirt dan seluar panjang. Amira tekun di meja studinya.
“ Cepat solat. Dah lewat ni.” Tegur Amira. Aku tersenyum sendiri.
“ Tengok tu..senyum pulak dia.” Ujar Amira lagi.
“ Ye lah ni.” Ujar ku dengan senyuman. Amira mengangguk dan tersenyum pada ku. Aku menunaikan solat Asar dan selepas solat aku berdua ringkas. Usai berdoa, aku melimpat sejadah dan telekung. Wajah Amira ku tatap sekilas. Perut ku sudah berbunyi minta di isi.
“ Aku lapar la Mira, kita pergi ke café awal sikit hari ni ye?” Ujar ku dengan senyuman. Amira tersenyum lalu menutup bukunya.
“ Aku pun lapar gila tunggu kau dari pukul 2 tadi sebab aku belum makan lagi dari tengah hari tadi.” Jelas Amira. Aku menoleh pantas kearah Amira dengan muka terkejut. Biar betol minah ni?
“ Jom la. Aku dah kebulur sangat ni.” Ujar Amira membuatkan aku ketawa.
“ Kau tak lunch ke? Kesiannye. Jomlah.” Ujar ku lalu segera mencapai beg sandang.
“ Lepas kelas tadi aku terus buat discussion with Amy. Lepas tu kepala aku pening sangat. So aku terus balik dan tidur sekejap. Kau tahukan, aku ni payah sikit nak makan sensorang.” Ujar Amira lalu menyandang beg ke bahu. Kami sama-sama melangkah keluar dari bilik. Nasib baik juga café tu tak berapa jauh dari asrama. Lebih kurang 15 minit masa berjalan. Setiba di café, aku terus memesan pecal ikan keli dan air Iced bleanded Mocha. Amira pulak pekena ayam penyek dan air teh o ais limau. Usai membaca doa, kami berdua menjamu selera hingga tidak menoleh manusia sekeliling yang lalu lalang.
“ Hei! Miss Stone Cool!” Tegur satu suara. Aku tersedak namun pantas aku meneguk air teh o ais limau Amira. Amira menepuk belakang ku. Mata dan hidung ku sudah kemerah-merahan. Kurang aji-no-moto sungguh-sungguh la mamat ni. Aku mendongak memandang wajah Ryan. Amira pun turut sama memandang Ryan namun senyuman terukir di bibirnya.
“ Oppss!! Sorry, Miss stone cool ok ke?” Ujar Ryan dengan senyuman sinis. Aku rasa nak baham aje mamat ni.
“ Kurang aji-no-moto la Action-ka-men ni!” kutuk ku geram. Memang mamat rambut goku ni nak kena dengan aku. Nak saja aku botakkan rambut cacak dia tu. Amira ketawa geli hati.
“ Aik! Pelik la korang ni. Sorang Stone Cool, sorang lagi Action-ka-men.” Komen Amira sambil ketawa. Aku malas mahu ambil pusing. Ryan hanya tersinggih macam kerang busuk.
“ Ryan dah makan? Nak join sekali ke?” Soal Amira. Aku membulatkan mata.
“ Tak payah. Kat sini banyak lagi meja dan kerusi kosong.” Potong ku laju. Amira menendang kaki ku. Aku tersentak namun pantas aku menjelingnya.
“ Well..why not.” Ujar Ryan lalu duduk di sebelah kiri ku. Aku mengatap bibir.
“ Nampak gayanya, korang ni macam kebulur. Terutama nye Miss Stone Cool ni. Tak toleh kiri kanan.” Komen Ryan sambil ketawa. Amira turut ketawa. Aku hanya tulikan telinga. Aku terus makan tanpa sepatah kata. Enggan ambil pusing tentang kehadiran mamat rambut goku itu.
“ Memang pun. Tak sempat lunch.” Ujar Amira apabila aku enggan bersuara. Amboi! Sukanya hati minah ni jumpa secret admire dia. Aku kawenkan korang baru tahu!
“ Awak dah order makanan ke?” Soal Amira.
“ Dah. Sekejap lagi sampai kot.” Jawab Ryan. Matanya mengerling kearah ku. Aku buat-buat tidak tahu. Amira hanya memerhati tingkah aku dan Ryan.
“ Dik, ini ordernya. Pecal ikan keli dan air sirap limau.” Ujar seorang pelayan café lalu menghidang makanan dan minuman itu di hadapan Ryan. Mata Amira bulat dan terus memandang aku dan Ryan silih berganti.
“ Aik! Awak pun hantu pecal ikan keli? Ingatkan Maira saja yang suka makan menu ni.” Komen Amira. Aku memandang Amira tenang.
“ Dah memang menu kat sini famous. Menu utama lagi tu. Dah tentu majoriti orang datang sini nak makan benda ni.” Balas ku selamba. Enggan dikaitkan dengan mamat rambut goku itu. Ryan ketawa lalu tersenyum manis pada ku.
“ Yeah..ini memang menu favourite saya. Tak sangka ye..ada persamaan dengan Miss Stone Cool.” Ujar Ryan sambil memandang wajah ku. Aku mengatap bibir lalu menghirup ais blended Mocha.
“ Nak Mira?” Soal ku sambil menghulurkan separuh air itu kepada Amira. Amira pantas menyambut dengan senyuman. Dia menyedut minuman itu hingga ke titisan terakhir.
“ Kalau sudah, kita balik ke hostel je.” Ujar ku enggan berlama-lama di café itu.
“ Kau ni, biarlah Ryan habis makan dulu. Tak baik tau!” Ujar Amira dengan jelingan. Aku merengus.
“ Makan macam kura-kura.” Kutuk ku sinis. Amira menendang kaki ku.
“ Adus!! Sakit Mira. Ni apa main tendang-tendang ni?” Ujar ku tidak puas hati.
“ Amira, dah lama korang berkawan?” Soal Ryan perlahan sambil menikmati pecal ikan kelinya.
“ Lama dah. Sejak semester pertama lagi.” Ujar Amira lembut. Aku mencebik.
“ Tentu awak menderitakan. Yelah, dapat member hangin macam monsun timur laut?” Ujar Ryan membuatkan perasaan ku mendidih. Aku mengatap bibir.
“ Err…” Amira hilang kata-kata. Dia dapat merasakan api kemarahan ku yang sudah berada di tahap bahaya. Takat didih kaw-kaw punye!
“ Amira, if you wanna stay here. Go on! I’m leaving now.” Ujar ku lalu bangkit dengan hati yang panas membara. Laju langkah kaki ku hayun ke blok hostel. Aku menoleh ke belakang. Huh! Amira..aku ingat kau akan ikut aku dari belakang. Mamat rambut Goku tu memang tak sayang mulut. Aku enggan mengambil pusing. Lantak lah! Tiba di bilik, aku terus mengosok gigi dan mula membuka laptop untuk meneruskan kerja yang terbengkalai sementara menunggu Azan Maghrib berkumandang. Lima belas minit berlalu. Aku megeluh. Si Amira ni dah lupa jalan balik bilik ke? Dah tak nak balit bilik lagi dah? Dah nak masuk waktu Maghrib ni! Aku memusing-musing pen di tangan. Mereng betul la minah bunga tu! Baru kena ayat sikit dengan Mamat tiga suku tu pun dah lupa kat aku, dah tak ingat nak balik dah!
No comments:
Post a Comment