“ Assalamualaikum..” Ucap Amira perlahan sambil menutup daun pintu lalu menguncinya. Aku tidak menoleh namun salam itu ku sambut perlahan.
“ Masih ingat jalan pulang? Aku ingat kau dah tak nak balik lagi. Dah lupa kat aku kat sini. Apa tak nya, dapat duduk semeja dengan secret admire.” Sindir ku dengan hati membara. Amira mengambil tempat duduk di kerusi meja studinya yang bersebelahan dengan ku.
“ Kau marah aku yek!” Ujar Amira dengan senyuman. Aku merengus. Enggan bersuara.
“ Aku kasihan dengan Ryan tu. Takkan nak biarkan dia makan sorang.” Ujar Amira seperti membela Ryan. Aku mengatap bibir. Geram!
“ Ooo..Si Action-Ka-Men tu kau risau. Aku ni, balik sorang petang-petang macam ni kau tak risau. Buatnya aku kena culik ke, macam mana? At least la dia tu lelaki, tahu lah dia jaga diri. Aku ni? Perempuan, kawan baik kau lagi tu. Boleh pulak kau biarkan aku balik sorang-sorang?” Ujar ku geram. Amira menayang muka simpati.
“ Sorry la. Aku…yelah, aku tak patut biar kau jalan sorang-sorang. Tapi, aku tak sampai hati tinggalkan Ryan sorang-sorang.” Ujar Amira seperti masih membela diri.
“ Jadi kau sanggup tinggalkan aku?” Ujar ku dengan rasa sebal. Amira membisu. Sudah nyata dia sudah lupa atau pun hilang ingatan disebabkan Ryan.
“ Maafkan aku, Maira. Aku tak buat lagi. Tapikan, aku rasa Ryan tu syok kat kau la.” Ujar Amira dengan senyuman. Aku menjeling tajam kearah Amira.
“ Jangan nak ubah topik!” Tegas ku. Amira masih lagi tersenyum.
“ Kau tau tak? Macam-macam dia tanya aku pasal kau. Siap minta phone number dan ym lagi tu.” Ujar Amira laju. Aku memandang wajah Amira meminta penjelasan.
“ Betul. Aku tak tipu.” Tegas Amira. Aku mengatap bibir.
“ Kau tak bagi kan?” Ujar ku tenang. Amira hanya tersenyum. Aku membulatkan mata. Takkan minah ni bagi Ym dah phone number aku????
“ Jangan kau cakap kau dah bagi sume tu! Kau tak bagi kan???” Soalku dengan rasa hendak kurung je minah bunga tu dalam almari. Amira tersenyum manis.
“ Allooo…Maira, kau ni macam tak kenal aku lagi. Aku cakap kat dia, kalau dia nak, kena minta sendiri kat kau.” Ujar Amira membuatkan aku menarik nafas lega.
“ Manalah tahu kau kena guna-guna dek mamat rambut Goku tu. Straight to the point je kau cakap bila dia tanya.” Ujar ku sekadar bergurau.
“ Kau ni kan, tak baik la kau cakap macam tu. Ryan tu tak buta agama tau. Jangan tuduh bukan-bukan. Tak baik.” Tegur Amira. Aku megatap bibir.
“ Backing habis-habisan si Action-Ka-Men tu ye! Tak kisah la apa anggapan kau pada dia, Mira. As long as you’re happy.” Ujar ku lalu kebilik air bila azan Maghrib berkumandang. Amira hanya mengelengkan kepala. ‘Memang keras hati. Patut pun Ryan gelar dia Miss Stone Cool. Tapi hati dia kuat mengatakan yang Ryan sudah tertarik pada temannya itu. Hanya Maira yang tidak mahu menerima kenyataan. Atau pun memang Maira tahu tapi buat-buat tak tahu. Ryan seperti berminat mengetahui latar belakang Maira. Tapi aku cerita apa yang patut saja. Kalau lebih-lebih tu, aku fikir dua kali. Kalau dia nak tahu, dia perlu tahu dari Maira sendiri.’ Bisik Amira di dalam hati. Apabila Maira keluar dari bilik mandi, Amira pulak yang yang masuk untuk sama-sama menunaikan solat Maghrib selepas itu membaca surah Yasin dan Al Quran sebelum waktu Isyak.
“ Aku bukan backing dia tau.” Ujar Amira tiba-tiba usai solat Isyak. Aku tersenyum.
“ Yelah. Kita just drop it, ok. Tak de makna nye. Tu..kerja kita berlambak minta di siapkan. Naiya kalau tak siap-siap lagi.” Ujar ku enggan mengulas lebih lanjut tentang Ryan. Amira menganggukkan kepala.
“ Kau tak terasa hati kan?” Ujar Amira perlahan. Aku menatap wajah Amira.
“ Aku bukan jenis orang yang mudah terasa hati, Mira. Lagi pun, what for? Dah la, kita study sama-sama ye.” Ujar ku cuba menyakinkan Amira. Sejujurnya aku tidak terasa hati langsung. Lagi pun, aku tak ada hak nak sekat pergaulan Amira. Kalau itu yang buat dia happy, aku biarkan selagi ia tidak menyalahi tuntutan agama. Dan semestinya tidak melalaikan dia. Amira bangkit lalu memeluk tubuh ku.
“ Aku sayang kan kau, Maira.” Ujar Amira dengan air mata yang mula bertakung. Aku membalas pelukkannya.
“ Aku pun.” Ujar ku lembut. Akhirnya kami sama-sama ketawa dan mula mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan homework. Malam itu aku tidur lewat sebab menyediakan maklumat yang diperlukan untuk discussion esok bersama Action-Ka-Men.
Seperti yang dijanjikan Ryan datang awal di café. Aku melihat jam telefon bimbit ku, awal 5 minit. Aku tersenyum senang. Aku mengambil tempat duduk di hadapan Ryan yang sedari tadi tersenyum macam kerang busuk. Aku malas nak melayan mamat sinting macam Action-Ka-Men ni. Macam terlebih makan aji-no-moto pun ada jugak.
“ Assalamualaikum, Miss Stone Cool.” Ucap Ryan membuatkan aku mengatap bibir. Namun aku buat-buat tak dengar gelaran itu.
“ Waalaikumusalam..” Ujar ku sambil mengeluarkan laptop dari dalam beg sandang ku. Ryan masih menatap wajah ku. Aku rasa nak tutup mata mamat tu dengan kain. Hish! Tak de kerja lain ke?
“ Nak minum dulu? Inikan date kita yang pertama. You nak ais blended mocha?” Ujar Ryan membuatkan mata ku membulat memandang kearahnya.
“ Hello…tak de maknanya tau. Jangan buang masa. Tunjukkan aku apa yang kau dah dapat.” Ujar ku tegas. Ryan tersenyum lalu mengelengkan kepala.
“ Amboi, garang nye! Aku gurau saja la.” Ujar Ryan lalu mengeluarkan laptopnya. Setelah seketika membuka laptopnya itu, dia menunjukkan aku hasil kerjanya. Aku meneliti hasil kerjanya.
“ Kedai buku?” Soal ku sambil memandang wajah Ryan yang masih menerokai wajah ku. Aku mengatap bibir. Bila melihat aku beriak serius, dia duduk tegak lalu tersenyum.
“ Ye, kedai buku. But bukan sekadar kedai buku saja. Kedai ni ada kemudahan untuk semua pengunjung. Pertama, ruang membaca untuk pembaca. Kedua, ada ruang makan yang terdapat café yang menjual makanan ringan dan minuman. Music..tidak ketinggalan la. Itu satu package. Ada bilik air dan bilik sembahyang.” Jelas Ryan panjang lebar. Aku menganggukkan kepala. Cadangan yang bagus. Aku kagum dengan idea Ryan ni. Nampaknya, memang dia bukan jenis yang buta agama. Betul juga kata Amira.
“ Ok. Bagus. Cuma kau perlu kukuhkan lagi dan fikir macam mana nak tarik pelanggan datang." Ujar ku ingin menduga minda mamat rambut goku ini.
“ Aku dah fikirkan. Pertama, kad membership. Bagi pelanggan yang menjadi ahli, kita beri mereka keistimewaan dengan card itu. Potongan harga 10%, kira diskaun la for regular customer. Kedua, kita anjurkan pertandingan atau pun cabutan bertuah. Macam mana? Ok tak?” Ujar Ryan. Boleh pakai juga geliga minda mamat Goku ni. Aku tersenyum puas hati.
“ Pasaran buku ni meluas tau.” Ujar ku lagi bagi menguji minda Ryan.
“ Hermm…kita buat website, blog or FB untuk publish kedai buku kita. Dari situ kita akan dapat feedback dari pelanggan.” Ujar Ryan membuat aku tersenyum manis.
“ Bagus. Kau buat draff tentang tu semua. Lepas tu kita buat sama-sama. Aku suka idea kau ni. Nice!” Ujar ku senang. Ryan menatap wajah ku lama. Aku yang baru sedar dengan tindakan Ryan itu, segera bangkit. Ryan tersentak.
“ Kau dah nak balik?” Soal Ryan hairan. Aku sekadar menganggukkan kepala.
“ Esok kita jumpa kat sini lagi. Masa yang sama.” Ujar ku lalu megemas barang-barang ku.
“ Cepatnye.” Ujar Ryan seperti tidak puas hati.
“ Petang ni aku ada class la.” Ujar ku perlahan. Ryan mengeluh.
“ Ok, pergilah.” Ujar Ryan perlahan. Aku menjeling kearah Ryan sekilas. Ni apa kes! Lantak kau lah!
“ Bye.” Ujar ku dan mula mengorak langkah.
“ Kejap!” Ujar Ryan lalu bangkit dan berdiri di hadapan ku.
“ Aku pinjam telefon kau sekejap. Sebab aku nak buat panggilan penting.” Ujar Ryan perlahan. Aku segera menghulurkan telefon ku. Malu pulak aku bila semua orang tengok. Kalau Dewi nampak, lagi la teruk. Kalau boleh aku ingin segera beredar. Tiba-tiba telefon berdering siap lagu Jason Mraz I'm Yours lagi tu. Telefon siapa ye? Ryan mengeluarkan telefon di dalam poket seluarnya. Aku tersentak. Telefon dia! Bulat mata ku bila lelaki itu tersenyum pada ku.
“ Thanks.” Ucapnya lalu menghulurkan telefon kepada ku semula. Aku megatap bibir. Mamat ni memang nak kena. Telefon itu aku rampas kasar.
“ Aku dah save nombor aku kat dalam tu. Thanks!” Ujar Ryan tanpa rasa bersalah.
“ Kau ni kan..memang tak de manner!” Ujar ku geram. Ryan ketawa.
“ Kau jangan fikir lain pulak. Aku minta nombor ni bukan untuk suka-suka atau nak ngorat kau. In case aku perlu pertolongan kau.” Jelas Ryan selamba. Aku mengatap bibir. Eeiiee…geramnye. Terasa pipi ku membahang mendengar ayat yang keluar dari mulut Actoin-Ka-men itu. Eiiieee..geramnye!
“ Yelah tu. Jangan pulak kau cari aku ikut suka kau dan timing kau aje. Kalau tak..aku tanam kau hidup-hidup!” Ujar ku lalu bergegas meninggalkan Ryan. Mangkuk tingkat betul la mamat nih! Ryan ketawa geli hati. Lucu mengenangkan muka merah macam di sapu bluser itu. Rasa seronok pula bila dapat membuat Miss Stone Cool rasa marah dan malu-malu. Wajah itu cukup comel bila mengelabah dan setiap kali membalas balik kata-katanya. Comel?? Huh!! Sekali lagi? Dia mengaru kepala yang tidak gatal.
“ Ryan!! Kau..free tak hari ni?” Soal Dewi tiba-tiba. Ryan berpaling dan senyumannya mati apabila menatap wajah Dewi.
“ Aku busy sangat. Maaf ya.” Ujar Ryan lalu kembali duduk di mejanya tadi.
“ Kau ni memang teruk! Kalau dengan si Maira tu bukan main lagi kau, ya!” Ujar Dewi tetiba marah. Ryan ketawa geli hati.
“ Hello..kau ni apa hal? Aku rasa lebih baik kau lesap dari sini. Kalau tak..aku tak akan teragak-agak halau kau tau!” Ujar Ryan tegas. Dia rimas dengan sikap Dewi yang perasan cantik dan anggun itu. Gaya dia mengalahkan top model of the year.
“ Kau sukakan Umaira, kan?” Ujar Dewi serkap jarang. Ryan bangkit dan berdiri betul-betul dihadapan Dewi. Dewi kelihatan teragak-agak membalas pandangan tajam Ryan.
“ Kau nak tahu? Biar aku terus-terang je. Setakat ni, aku sukakan dia. Dan tak mustahil someday i will love her. Nasib baik kau cakap, kalau tak, aku rasa rugi pulak lepaskan peluang keemasan. Nak tahu kenapa? Dia bukan macam kau. What a relief.” Ujar Ryan lalu menapak ke meja tadi dan mengemas barang-barangnya. Dewi mengatap bibir. Perasaan marahnya meluap-luap. Ryan menjeling kearahnya sebelum berlalu meninggalkan café itu.
“ Umaira!! Kau akan terima balasannya sebab rampas Ryan dari aku. Kau akan terima balasannya.” Ujar Dewi sambil mengesat air mata yang hampir jatuh ke pipi. Berkali-kali dia mengerlipkan matanya agar air mata itu tidak jatuh lagi.
No comments:
Post a Comment