Aku menapak ke blok kelas. Terasa hangat muka ku mendengar kata-kata Ryan sebentar tadi. Aku mengatap bibir. Semestinya Ryan sedang ketawakan aku saat ini! Arrgghhh!!! Boleh jadi gila dibuatnya. Aku melangkah masuk ke dalam kelas yang telah di huni oleh beberapa orang siswa dan siswi.
“ Hai, Umaira!” Sapa satu suara membuatkan aku tersentak. Adam! Aku melirik senyuman pada lelaki itu. Ini bala apa lagi yang akan datang.
“ Hai..you buat apa kat sini?” Soal ku lalu duduk di tempat ku seperti biasa. Malas nak ambil pusing dengan mamat kasanova yang satu ni. Ayat-ayat yang keluar dari mulut dia tu memang mengalahkan madu. Tapi semua tidak boleh dipakai.
“ I nak cari you la.” Ujar Adam lalu duduk di sebelah ku. Aku mengatap bibir. Memang la nak kena backhand ni!
“ You tak sepatutnya berada disini, Adam.” Ujar ku apabila Adam sudah duduk dikerusi kosong disebelah ku.
“ Kenapa?” Soal Adam lalu menatap wajah ku. Aku mengatap bibir. Mak Ai..takkan aku nak jelaskan word by word kat dia.
“ You tahu maksud I kan?” Ujar ku lalu membuka laptop ku.
“ I akan duduk diam-diam kat sini. I tak akan kacau you. I just nak duduk sebelah you saja.” Ujar Adam. Aku mengeluh. Ayat-ayat dia memang mengalahkan taman bunga. Tapi kau salah orang Adam. Aku paling tak suka buaya tembaga macam kau ni.
“ Still.. you can’t do that, Adam.” Ujar ku cuba bertegas. Adam mendekatkan wajahnya pada ku.
“ Kenapa?” Soal Adam seperti orang yang tak tahu nak fikir. Tiba-tiba saja aku jadi rimas.
“ Sebab aku yang akan duduk kat sini.” Sampuk satu suara lalu buku diletakkan diatas meja. Aku mendongak melihat siapakah mamat yang menyelamatkan aku itu. Namun sebaik saja mata ku menyapa wajah Ryan, jantung ku berdegup kencang. Adam memandang wajah ku ingin kepastian. Aku sekadar menganggukkan kepala. Kalau macam ni la gayanya Adam, aku lebih rela Ryan yang duduk di kerusi itu.
“ Owh..i got it..but see you later Umaira.” Ujar Adam lalu bangkit dan berlalu. Sempat dia menjeling tajam pada Ryan seperti tidak puas hati. Aku menarik nafas lega.
“ So, kau patut belanja aku sebab selamatkan kau hari ni.” Ujar Ryan lalu duduk disebelahku. Aku mengatap bibir.
“ Really?? Aku tak nak. But anyway, thanks sebab cakap macam tu tadi.” Ujar ku enggan mengambil pusing kata-kata Ryan. Demand tahap gaban la pulak. Ryan ketawa.
“ Kau ni, kedekut betul. Itu pun nak berkira.” Ujar Ryan dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
“ Eleh, suka hati aku lah.” Ujar ku serius.
“ Kau nak aku panggil Adam suruh dia duduk sini ke?” Soal Ryan laju seraya bangun. Aku pantas menarik tangannya. Ryan tersentak. Aku tergamam. Adus!! Macam mana aku boleh tarik tangan dia pulak. Secepat kilat aku melepaskan tangan itu semula. Air liur yang ku telan terasa kesat dan pipi ku membahang. Ryan kembali duduk disebelah ku. Sepi antara aku dan dia seketika. Prof Adli masuk ke bilik kelas dan langkahnya terhenti apabila menyedari kelibat Ryan.
“ Eh, Ryan! Kenapa awak ada kat sini?” Soal Prof Adli lalu memandang wajah ku seketika. Ryan tersenyum.
“ Tengah buat project yang Prof suruh tu. But I need her help. I promise I won’t disturb her and the rest of your students. I’ll just sitting here and be a good boy!” Ujar Ryan yakin. Aku bagai nak ketawa. Namun sedaya upaya aku menahannya. Be a good boy! Apa kes? Lucu tahap giler la mamat ni.
“ Ok, bagus kalau awak fikir macam tu.” Ujar Prof Adli lalu menapak ke hadapan kelas. Aku menjeling pada Ryan yang tersingih-sengih macam kerang busuk.
“ Good boy! Hah!! Apa kes? Tak de makna.” Ujar ku sinis. Ryan menjeling kearah ku. Dia enggan mengambil pusing kata-kata ku sebaliknya menbuka laptopnya dan meneruskan kerja yang dibuatnya dicafe sebentar tadi. Sekali-sekala aku menjeling kearah Ryan yang begitu tekun menyiapkan project tersebut. Gabungan course Bussines Study and Media Massa. Aku menumpukan perhatian dengan penerangan Prof Adli dan sekali-sekala menulis isi-isi penting. Namun, tiba-tiba satu keping kertas diletakkan dihadapan ku.
Miss Stone Cool,
Dah nak siap project ni. Kau decide la bila nak servei costing for proposal. Wish that you could help me through this thing! I’ve no idea..Pleazzzzzzz……=)
Aku menjeling pada Ryan yang menunggu nota balasan dari ku. Aku mengambil pen dan menulis sesuatu.
Action-Ka-Men,
I will, As long as you can give affort throught everything damn serious.. But remember..you owe me a lot from now on =))
Kertas itu aku beri semula pada Ryan lalu menumpukan perhatian pada Prof Adli. Hati ku tiba-tiba jadi senang dengan Ryan.
Love you so much miss stone cool!! You’re super!! Thanks!! =))
Sekali lagi kertas itu diletakkan di hadapan ku. Aku menjeling sambil merengus. Aku membaca isi kertas itu. Tidak semena-mena darah panas naik ke muka ku. Jantung ku tiba-tiba berdegup kencang. Tubuh ku seperti kaku. Aku menarik nafas panjang lalu menulis sesuatu sebagai balasan sambil mengatap bibir tanda geram.
Kau dah giler ke!! Nak mampus?? Nak kena tanam underground!!!!!! Dah bosan hidup?? kau nak aku bunuh kau on the spot??? Nak!!!!!!!!!!!!!!
Kertas itu aku serahkan kembali pada Ryan tanpa menoleh sedikit pun pada lelaki itu. Aku terdengar ketawa yang ditahan-tahan mamat itu. Aku mengatap bibir geram. Betul-betul la mamat ni nak kena. Aku menjeling tajam pada Ryan. Dia menulis sesuatu dan tidak berapa lama kemudian dia meletakkan kertas itu dihadapanku. Aku menjeling Ryan sebelum membaca nota yang di tulisnya.
Cute betul muka kau bila marah. Aku gurau sajalah. But thanks anyway!! Damn serious ni!!
Aku menjeling dan senyuman sinis terukir di bibir. Aku mencoret sesuatu pada kertas itu.
Aku dah fikir nak tolong ni pun dah cukup bagus. But remember!!! Anytime aku boleh tarik balik kata-kata aku tau!! Damn serious ni!!
Aku mengatap bibir dan membulatkan mata ku pada Ryan sebagai amaran. Kertas ku serahkan padanya semula. Ryan membaca nota itu lalu tersenyum dan mengelengkan kepala. Gayanya seperti orang menyerah kalah. Aku tersenyum puas lalu menumpukan mata pada prof Adli. Namun fikiran ku menerawang ke arah lain. Untuk kesekian kalinya kertas diletakkan dihadapan ku. Aku merengus geram. Mamat ni memang nak ditanam hidup-hidup lagaknya.
=) you make me smile..ok I will be nice to you..but not just for this project. Coz I want it for real!!
Ni apa kes pulak ni? Hish! Seram aku. Aku menjeling pada mamat itu lalu merenyuk kertas itu semahu-mahunya. Kelas Prof Adli berakhir dan semua student menapak keluar dari kelas. Aku mengemas nota dan buku-buku ke dalam beg.
“ Umaira, Ryan, macam mana project boths of you?” Soal Prof Adli sambil memandang kedua-dua pelajarnya. Aku bangkit dan menyandang beg ke bahu.
“ So far so good, Prof. He did well throught this project.” Ujar ku sambil menjeling pada Ryan dengan senyuman.
“ Well, it good to be her partner, Prof.” Sampuk Ryan dengan senyuman. Prof Adli tersenyum senang.
“ Good. Umaira, thanks. I know you can do it better than anyone.” Ujar Prof Adli lalu berlalu. Aku mengatap bibir. Apa maksud prof cakap macam tu?
“ Kau kena belanja aku makan sebab aku puji kau depan prof Adli tadi.” Ujar Ryan lalu menyaingi langkah ku. Aku menjeling tajam padanya.
“ Giler!! Lebih baik kau blah before aku tanam kau hidup-hidup.” Ujar ku lalu mempercepatkan langkah ku. Ryan berlari anak kerana menyaingi langkah ku.
“ Kau ni memang keras hati la.” Komen Ryan.
“ So what??” Ujar ku geram. Suka hati dia je cakap aku ni keras hati. Mulut tu tak de insurance.
“ Hish! Susah nak cakap dengan orang macam kau ni. Ok, esok kita pergi servei costing untuk buka sebuah kedai buku senang sikit aku nak sediakan proposal tu nanti. Pasal lain tu, aku mungkin boleh handle.” Ujar Ryan perlahan. Aku menoleh padanya. Timbul rasa kasihan pada Ryan. Ah! Pedulikan lah. Buat apa aku nak sesakkan minda aku kerana mamat super saiya ni.
“ Up to you. Pasal publish and marketing tu kau serahkan pada aku.” Ujar Ku lalu berlalu. Aku menapak perlahan ke asrama. Tiba di bilik, aku terus merebahkan tubuh ku diatas katil. Letih dan sakit kepala. Amira mungkin belum balik lagi. Aku memejamkan mata seketika.
“ Sejak jumpa mamat rambut super saiya tu..aku rasa hidup aku messy sangat-sangat la.” Ujar ku perlahan. Satu keluhan aku lepaskan. Baru saja aku merasa nikmat berbaring diatas katil, telefon ku berdering minta diangkat. Aku merengus lalu meraba-raba mencari telefon yang ada didalam beg sandang ku. Aku melihat screen telefon yang siap tertera nama ‘Ryan Hidayat’. Mangkuk tingkat betul la mamat ni. Aku menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan.
“ Assalamualaikum. Nak apa? Kau ni macam tau-tau aje aku tengah pejam mata nak rehat. Time tujugak la kau call aku ye!” Sembur ku tanpa menunggu lama.
“ Waalaikumusalam.” Jawab Ryan sambil ketawa.
“ Woi! Tak baik tidur time senja-senja ni. Mak aku cakap nanti kau mengigau. Siap sebut nama aku tau.” Ujar Ryan dengan tawa geli hati. Pelik la mamat ni. Nak kata aku buat lawak, tak de pulak. Ni apa kes aku boleh sebut nama dia pulak.
“ Aku bukan gila sangat sampai nak sebut nama kau. Nama kau pun bukan nya kacak sangat sampai aku boleh sebut dalam mimpi.” Ujar ku dengan mata terpejam.
“ Tak ape kalau nama tak kacak..janji orang nye kacak.” Ujar Ryan sengaja menyakiti hati ku. Aku bingkas bangun.
“ Kau ni kan..memang tak paham bahasa. Sekarang kau cakap apa ke benda yang penting sangat sampai kau call aku ni?” Ujar ku geram dengan Ryan. Huh!! Lesing sekali telinga tu baru tahu!
“ Tak de apa-apa. Saja aku nak bangunkan kau. Sebab aku tahu kau tengah syok pejam mata sekarang kan?” Ujar mamat Super Saiya itu dengan bangganya. Aku mengatap bibir. Kalau aku ikutkan hati..nak saja aku berlari ke hostel dia dan simbah dia ni dengan air longkang!!
“ Ewah..bukan main sedap lagi mulut kau tu ye..nasib baik kau ni bukan kat depan mata. Kalau tak...” Kata-kataku mati di situ. Kedengaran kelak tawa di hujung sana. Aku mengatap bibir.
“ Kalau tak, apa? Kau nak buat apa?” Soal Ryan sengaja menaikan lagi bahang kemarahanku.
“ Dari aku layan kau ni..lebih berfaedah lagi aku tidur tau tak! Bengap!!!” Ujar ku lalu mematikan talian. Telefon ku lempar keatas katil. Tubuh ku baring semula dan mata ku pejam rapat. Nafas ku turun naik menahan rasa marah yang tak tertahan. Aku mencapai patung dolphin lalu ku peluk erat. Akhirnya aku terlena.
No comments:
Post a Comment