U n Me

U n Me

Monday, October 3, 2011

U & ME - Episode 14

Selepas kuliah, aku bergegas ke perpustakaan. Aku memilih tempat duduk yang agak tersorok untuk ku menyiapkan tugas ku yang tidak pernah habis. Aku membuka beg dan mengeluarkan laptop dan menekan punat power. Sementara menunggu loading, aku mengeluarkan handphone dan menaip mesej untuk Amira yang aku mungkin tidak balik tengah hari untuk makan bersama-sama. Setelah menghantar mesej kepada Amira, aku terus mengeluarkan earphone dan menyambungnya ke laptop. Seperti biasa, folder Korean songs aku buka dan lagu hate you 2ne1 mula kedengaran setelah earphone ku sumbat kedua-dua belah telinga. Mood untuk menyiapkan tugasan memang berkobar-kobar bila bertemankan lagu-lagu korea. Telefon ku yang telah ku save mode silent bergegar menandakan ada mesej masuk. Aku mencapai telefon dan membuka mesej dari Amira.

Tak pe, kau buat je kerja kau. Lagi pun aku mungkin balik lewat jugak. Petang kau mesti temankan aku makan tau!

Aku tersenyum lalu membalas mesej Amira.

Dah semestinya. Jumpa kau petang nanti, k. bye! J

Aku membuka buku nota dan memulakan tugasan ku. Sesekali kepala ku terangguk-angguk mengikut rentak lagu korea 2PM Hands Up. Setelah hampir sejam aku menghadap tugasan yang hampir siap itu, aku terfikir untuk online YM (Yahoo Messenger). Saja je nak rehatkan fikiran. Baru saja aku online, sudah ada pop up di screen laptop. Aku tersenyum.

Riz_Hkmy: slm Maira. Lama tak dengar khabar berita. How r u?

U_Maira: slm. Maira chat. Akhir2 ni Maira bz sangat2..

Riz_Hkmy: dah lunch ke?

U_Maira: belum. Maira nak siapkan assignment due esok. Haru kalau tak siap.

Riz_Hkmy: kenapa tak lunch dulu. Nanti sakit pulak. Abang tak de class hari ni.

U_Maira: bestnye. Rilek la abang sekarang ni?

Riz_Hkmy: memang la rilek. Tym ni saja. Saja nak tenangkan fikiran.

U_Maira: same here. Tinggal sikit je lagi.

Riz_Hkmy: J bgs. Nak dpt best result, mst kena korban sikit kan?

U_Maira: Yay! Ok lah, Maira kena smbg kerja ni. Bye!

Riz_Hkmy: Bye! Keep on smiling J

U_Maira: kk..B)

Aku ‘sign out’ YM dan meneruskan tugasan ku pula. Namun, tiba-tiba Ryan duduk dihadapan ku. Aku terkesima dan kehilangan kata-kata apabila dia memandangku tanpa sepatah kata. Debaran didada kian kencang. Hari itu pun dia terus berlalu begitu sahaja. Aku menjadi keliru dan hairan. Apakah yang terjadi? Aku tak tahu apa di minda lelaki di hadapan ku kini.

“ We need to talk.” Itulah ayat yang keluar dari mulutnya. Aku terkebil-kebil melihat Ryan yang terus berlalu. Aku mengatap bibir. Dengan malas aku mengemas barang-barangku kedalam beg. Aku melangkah keluar dari perpustakaan. Aku lihat Ryan berdiri di koridor sambil memandang kearah ku. Aku menghampirinya.

“ Ikut aku.” Ujar Ryan mendatar. Hati ku mula panas dengan tingkahnya. Ni apa kes? Dia ingat aku ni orang suruhan dia ke? Nak arah aku itu, ini. Aku tak faham la dengan mamat ni. Aku dah buat salah ke? Kenapa dia ni emo sangat akhir-akhir ni? Dengan rasa tidak puas hati, aku mengikuti langkahnya kearah taman mini bersebelahan dengan perpustakaan. Ryan duduk sambil memandang kearah ku dengan wajah yang boleh dikatakan serius. Aku memberanikan diri menghampiri dan duduk dihadapannya.

“ So?” Soal ku apabila Ryan masih tidak bersuara. Entah mengapa aku rasa marah pada Ryan saat ini. Malah aku tidak tahu mengapa dia melayan ku begini sejak bertembung dengan ku bersama abang Fariz hari itu. Kalau aku ada buat salah, cakap sajalah. Ini tak, kenapa nak dera perasaan. Am’I that stupid? Cakap la..bagi aku faham apa yang aku tidak faham!

“ Boyfriend?” Soal Ryan yang aku tidak tahu hujung pangkal. Tetiba saja word tu keluar. Takde intro langsung! Aku mengerutkan dahi. Di dalam kepala ku dah bermacam-macam genre persoalan.

“ Boyfriend? Kau nak cakap apa sebenarnya?” Soal ku tidak puas hati. Ryan bangkit dan berdiri membelakangi ku.

“ Yang hantar kau hari tu, boyfriend kau ke?” Soal Ryan. Aku terkejut. Mengapa isu itu yang dipersoalkan? Mengapa? Lagipun untuk apa dia ambil tahu semua tu?

“ Look here Ryan Hidayat, untuk apa aku nak bagi tahu kau? Aku rasa tak perlu pun kau ambik tahu.” Ujar ku geram. Rasa nak baham je mamat ni. Kalau minda dia tu aku dapat x-ray, dah lama aku x-ray.

“ Yes, you’re right. But..but,.it’s makes me sick, you know. It's makes me crazy. I always thinking about you since that day and I don’t know why. So, boleh kau bagi tahu aku sekarang? Siapa lelaki itu?” Jelas Ryan membuatkan aku terkesima. Apa maksud dia? Tak semena-mena jantung ku berdegup kencang. Mungkinkah? Aku pun tidak tahu mengapa hati aku tidak selesa melihat Umaira bersama lelaki lain. Aku tidak tahu mengapa aku boleh marah. Dan mengapa aku perlu meminta kepastian dari Umaira tentang lelaki itu. Apakah hubungan mereka? Kalau tidak, hati ini tidak akan tenang.

“ Ok. Dia jodoh yang ummi aku pilihkan untuk aku. Cukup?” Ujar ku lalu mengeluh. Ryan pantas menoleh.

“ What?” Soal Ryan terkejut. Suaranya yang agak kuat itu membuatkan aku turut terkejut.

“ You got to be kidding me, right.” Ujar Ryan seraya ketawa perlahan sambil mengosok-gosok dagunya.

“ I’m serious, Ryan.” Ujar ku perlahan. Hati ku terasa hiba. Pedih. Sakit. Marah. Kecewa.

“ Jadi.., kau terima dia?” Soal Ryan memandang ku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsir maksudnya. Hati aku berdebar-debar menunggu jawapan yang keluar dari mulut Umaira. Katakan tidak, Umaira.

“ Aku tak tahu, ok. Aku belum bersedia. Aku malas la fikir pasal tu.” Ujar ku sambil memandang kakiku sendiri. Malas hendak menatap wajah Ryan. Fuhhh!! Lega. Aku yakin bahawa hati ini sudah tertarik pada Umaira. Sudah acapkali aku menafikannya. Kali ini tidak lagi. Aku yakin yang aku menyayangi Umaira. Kalau tidak, aku tidak mungkin akan gelisah sejak melihat dia dengan lelaki itu. Saat itu perasaan aku berbaur. Ada rasa marah, kecewa, sedih, geram, keliru dan macam-macam lagi. Susah nak cakap. Tapi, hati aku senang bila Umaira masih belum bersedia menerima lelaki itu.

“ Jangan terima dia.” Tegas suara Ryan kepada ku membuatkan aku mendongak kearahnya. Ryan tersenyum. Aku kaget.

“ Kau cakap apa ni?” Soal ku hairan. “ Aku sukakan kau.” Ucap Ryan membuatkan jantung ku seolah-olah berhenti berdegup. Aku terlopong. Mata ku terbeliak. Aku tetiba rasa seram sejuk. Aku salah dengar ke? Betul ke apa yang aku dengar?

“ Aku sukakan kau. Kau dengar tak?” Ulang Ryan sekali lagi bila aku tidak memberi sebarang respon. Aku tersentak lagi. Tidak! Aku mungkin salah dengar.

“ Hah?” Ujar ku seperti baru tersedar dari lamunan. Mak ai, minah ni tak pernah bercinta ke apa? Aku tengah meluahkan perasaan pun dia siap buat muka blurr. Dia betul-betul tak dengar atau pura- pura tidak dengar?

“ Aku sukakan kau.” Ulang Ryan acapkalinya. Aku dapat rasa pipi ku hangat.

“ Aku nak balik.” Ujar ku lalu bangkit dan ingin berlalu.

“ Maira, aku sukakan kau. Kau dengar tak? Jangan terima lelaki itu. Ingat!” Ujar Ryan agak kuat. Aku menarik nafas lalu berlari anak meninggalkan Ryan. Aku berhenti di betul-betul di hadapan hostel sambil memandang langit. Mata ku pejam. Ingin mengimbas kembali dan cuba focus dengan kata-kata Ryan yang masih terngiang-ngiang di telinga ku.

‘Aku sukakan kau.’ Aku membuka mata seraya tersenyum lebar. Aku tidak salah dengar. Ya! Memang ayat itu yang keluar dari mulut Ryan. Ya Allah, andai ini anugerah Mu untuk ku, aku terima dengan hati yang terbuka. Amin.

“ Maira!” Jerit Amira dan jeritan itu membuatkan aku kembali ke alam nyata. Aku menoleh, seraya tersenyum. Amira mula pelik dengan tingkah ku. Apa kena dengan si Umaira ni ye. Macam tak betul je aku tengok. Amira! Aku gembira sangat-sangat. Aku dah jatuh cinta pada Ryan. Dia cintakan aku Amira. Opss!! Aku mencernakan kembali kata-kata Ryan. Aku sukakan kau. Bukan sepatutnya aku cintakan kau ke? Aku kembali keliru. Aku mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

“ Woi! Apa kena kau ni?” Soal Amira bertambah risau bila aku seperti bukan di dunia nyata.

“ Hah! Takde apa-apa. Aku…aku…hah! Aku lapar. Jom kita pergi makan.” Ujar ku dengan mengelabah. Amira pelik melihat tingkah ku. Aku segera melangkah meninggalkan Amira sebelum mulut Amira non-stop bertanya itu, ini. Amira berlari menyaingi langkah ku.

“ Aku pelik betul dengan kau ni. Kenapa? Abang Fariz kau tu ajak kahwin ke?” Duga Amira dengan senyuman sumbing. Aku mengatap bibir.

“ Merepek saja kau ni. Aku biasa saja. Apa yang peliknya. Nak kata aku ada ekor or tanduk, takde pulak.” Ujar ku cuba menyembunyikan hati ku yang masih keliru dengan kata-kata Ryan tadi. Suka tu..maksudnya cinta ke?

“ Memanglah, tapi aku lihat bintang kat atas kepala kau.” Ujar Amira dengan senyuman penuh makna. Aku mencebik. Malas mahu mengambil pusing kata-kata Amira. Aku mengeluarkan kunci dan membuka pintu bilik. Amira menunggu di belakang ku. Aku melangkah masuk dan diikuti Amira. Aku duduk dibirai katil sambil meletak beg di atas meja kecil di sebelah katil ku. Amira memandang ku penuh tanda tanya.

“ Kau dah solat?” Soal Amira lalu bangkit.

“ Belum.” Jawap ku sepatah.

“ Kite solat dulu lepas tu pergi makan kat cafĂ©. Makan untuk petang sekali ni. Ke kau nak tapau untuk makan malam.” Ujar Amira lalu mengambil towel dan menapak ke bilik air. Aku sekadar menganggukkan kepala. Kata-kata Ryan masih segar di dalam ingatan ku. Apa maksud Ryan sebenarnya? Minda ku ligat berfikir tentang Ryan. Amira mengejutkan aku yang sedang asyik termenung. aku tersentak dan segera ke bilik air untuk mengambil air wuduk. Aku dan Amira solat bersama-sama.

U & ME - Episode 13

Aku mengurungkan diri di dalam bilik selepas makan tengah hari bersama keluarga abang Fariz. Aku menangis sepuas-puasnya hinggakan mata ku bengkak. Selepas ummi menceritakan hal yang sebenarnya kepada ku, aku rasa kecewa. Betul tekaan aku, mereka ingin menjodohkan aku dan abang Fariz. Di minda ku, terbayang wajah Ryan. Entah mengapa aku boleh terfikirkan dia saat ini. Mungkin kerana perasaan sayang aku padanya? Namun, aku harus ingat, bahawa aku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku juga akui abang Fariz baik dan boleh menjadi calon suami yang penyayang. Namun, kisah cinta monyet aku dengan abang Fariz, sudah lama berlalu. Itu pun, sekarang kami sudah mempunyai kehidupan sendiri. Ketukkan di pintu bilik mengejutkan ku. Aku membisu, enggan member sebarang reaksi. Pasti ummi yang datang untuk memujuk ku menerima abang Fariz. Aku mengatap bibir. Air mata ku mengalir lagi. Hati ku terasa pedih.

“ Kak Maira.” Panggil satu suara perlahan. Aku pantas duduk. Aisya Aqma dah balik ke? Mungkin adik ku ini baru sahaja mendapat tahu rancangan ummi. Aku bingkas bangun dan membuka pintu yang di kunci dari dalam. Wajah sayu Aisya Aqma ku tatap. Tak semena-mena Aisya merangkul tubuh ku. Aku tahu, adik ku yang satu ini memahami perasaan ku. Aku membalas rangkulannya.

“ Kak, Aisya faham perasaan kakak. Aisya pun menderita melihat keadaan akak macam ni.” Ujar Aisya lalu meleraikan rangkulannya. Wajah ku ditatap sayu. Aku menarik tangan adik ku agar masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ku kunci semula. Kami berdua duduk di birai katil.

“ Kakak risau dengan racangan ummi tu, Aisya. Kakak rasa, kakak tak dapat terima abang Fariz dalam hidup kakak sekarang ini kalau lebih dari teman atau pun abang. Aisya, apa akak nak buat?” Ujar ku rungsing. Hanya Aisya tempat ku meluahkan perasaan. Aku tahu, ummi dan abah masih marah pada ku kerana aku menolak rancangan mereka mentah-mentah.

“ Aisya tahu kakak dah buntu sekarang. Kalau kakak tetap berkeras, ummi dan abah mungkin tak akan faham. Kakak cakap betul-betul, kakak dah ada somebody tak?” Ujar Aisya diiringi senyuman. Aku terlopong. Somebody? Boyfriend? Terbayang wajah Ryan di mata ku.

“ T..tak..tak ada.” Ujar ku tergagak. Aisya merenung ku dengan senyuman nakal.

“ Betul ke ni?” Usik Aisya sambil tersenyum penuh makna. Aku megatap bibir.

“ Betul lah. Kakak tak nak fikir pasal tu dulu.” Ujar ku cuba menyembunyikan perasaan ku kepada Ryan. Lagi pun, hanya aku yang sayang padanya. Sedangkan aku tidak tahu hati Ryan. Memang dia melayan ku dengan baik dan aku dapat rasa kelainannya. Tapi aku tidak mahu terburu-buru. Buatnye Ryan hanya anggap aku teman biasa saja, tak ke malu.

“ Yelah tu. Tapi kalau kakak dah ada pilihan hati, senang sikit cerita. Kakak ajak boyfriend kakak balik sekali. Kenalkan dengan ummi dan abah.” Cadang Aisya. Aku memandang wajah Aisya. Bernas juga idea adik aku ni. Memang geliga.

“ Aa..ah lah. Kenapa kakak tak fikir ya. Tapi kakak tak ada somebody lagi.” Ujar ku cuba mencari ikhtiar.

“ Atau..kakak suruh kawan lelaki kakak menyamar jadi couple kakak. Macam mana?” Ujar Aisya teruja bila cadangannya boleh di terima pakai.

“ Betul jugak ye. Erm…tapi nak suruh siapa menyamar jadi couple kakak ni?” Ujar ku sambil ligat berfikir. Semestinya wajah Ryan yang terbayang di mata. Lepas tu, abang Juan. Segan la kalau aku minta tolong dari Ryan.

“ Kakak, itu..Aisya tak boleh nak jawab. Kakak cari la yang mana rasa sesuai.” Ujar Aisya lalu berbaring di katil ku. Aku turut berbaring di sebelahnya.

“ Aisya rasa, ok ke? Tapi kakak risau dengan makcik Latifah dan pakcik Rustam. Entah-entah mereka kecil hati dengan kakak.” Luah ku perlahan. Aisya menoleh kearah ku sekilas.

“ Aisya rasa, akak perlu bincang dengan abang Fariz juga.” Cadang Aisya. Memang bernas fikiran adik aku ni. Walaupun beza umur kami hanya 2 tahun. Tapi Aisya kelihatan lebih matang dari ku. Aisya baru saja menyambung pengajian dalam jurusan Engineering and Environment Built di UKM. Erk..aku pantas menoleh kearah Aisya.

“ Aisya belajar kat UKM kan? Satu kampus dengan abang Fariz? Ambil course yang sama?” Soal ku laju. Aisya ketawa geli hati.

“ Iyelah kak. Kakak ni tak tahu lagi ke? Aisya pun, tak tahu pada mulanya. Abang Fariz terlibat dalam minggu orientasi dan merupakan facilitator Aisya. Aisya memang tak kenal pun sebab muka abang Fariz memang jauh berubah. Bila ummi cakap yang anak makcik Latifah, kawan sepermainan kita dulu, satu kampus dengan Aisya, Aisya terus teringat..bila esok hari tu, Aisya jumpa abang Fariz nak pastikan hal yang sebenar. Memang sah pun! Kakak tahu tak apa soalan pertama yang dia tanya Aisya.” Jelas Aisya panjang lebar.

“ Apa dia? Suspen pulak akak dengar.” Tutur ku jujur. Aisya ketawa.

“ Pasal kakak la. Kakak kat mana? Belajar kat mana? Kakak ambik course apa? Dan soalan cepu emas, kakak dah ada pakwe ke belum?” Ujar Aisya sambil menghitung jarinya bagi setiap soalan yang pernah keluar dari mulut abang Fariz. Aku menelan air liur yang terasa pahit.

“ Aisya tahu abang Fariz tidak ada masalah dengan rancangan orang tua kita. Abang Fariz pun baik, handsome, pandai dan yang paling penting dia taat dengan orang tua.” Ujar Aisya dengan senyuman. Aku menoleh kearah adik ku dengan senyuman.

“ Aisya puji lebih-lebih ni, ada apa-apa ke?” Usik ku. Aisya cuma ketawa.

“ Kak, abang Fariz tu banyak peminat. Gara-gara wajah dia Chinese-looks. Akak tak menyesal ke?” Ujar Aisya agar aku cuba mempertimbangkan jodohku dengan abang Fariz. Kau belum kenal lagi dengan Ryan, Aisya. Kalau Aisya kenal dia sekali, Aisya akan tahu kenapa kakak Aisya ni, fallen for him. Hati ini sudah terisi semuanya tentang Ryan hingga tiada ruang untuk insan lain hadir. Tapi, kalau Ryan masih menyintai kak Alma, dan tidak mungkin akan menjadi milik ku, apa yang akan aku lakukan? Mampukah aku? Aisya mencubit hidung ku bila menyedari aku melamun. Kami sama-sama ketawa. Lebih baik aku berterus-terang dengan abang Fariz. Sanggupkah aku?

Gara-gara desakkan Ummi, aku akur juga dengan hasrat abang Fariz untuk menghantar aku balik ke kampus. Bila aku ajak Aisya sekali, boleh pulak dia kata tak nak kacau daun. Aku memang geram dengan adik aku tu. Tapi aku tak salahkan dia. Lagipun, aku perlu berterus-terang dengan abang Fariz. Inilah peluang yang aku ada.

“ Maira marah ke?” Soal abang Fariz bila aku mendiamkan diri. Aku menoleh sekila kearah abang Fariz.

“ Tak la. Lagi pun, Maira sebenarnya ada benda nak cakap dengan abang.” Ujar ku cuba mengatur ayat dan menoleh kearah abang Fariz yang khusyuk memandu. Abang Fariz menoleh kearah ku. Aku tersentak bila mata ku bertemu pandang dengan abang Fariz. Aku berdehem sambil memandang keluar tingkap. Kantoi la pulak!!

“ Kalau Maira nak cakap pasal ‘kita’..abang rasa, kita biarkan dulu. Abang tahu apa yang Maira fikirkan. Abang tak mahu kita diselubungi rasa simpati, rasa tanggungjawab terhadap orang tua kita. Apa yang penting, biarlah masa yang menentukan. Abang tahu, mungkin Maira belum dapat menerima hal ini lagi.” Ujar abang Fariz membuatkan aku menarik nafas lega. Kalau abang Fariz fikir begitu, aku tak perlu sesakkan minda aku dengan memikirkan pekara ini. Lagi pun, banyak perkara yang perlu aku utamakan. Aku mencuri-curi pandang kearah abang Fariz. Memang dia ni sentiasa tenang. Seperti suatu masa dulu. Aku mencemburui ketenangan yang dimilikinya.

“ Tak nak bagi abang phone number ke?” Ujar abang Fariz membuatkan aku tersentak dan sekali lagi aku kantoi terang-terangan sedang tengok dia yang sedang memandu itu.

“ Hah!!” Ujar ku gugup. Abang Fariz ketawa melihat reaksi ku yang mengelabah itu. Aku mengatap bibir.

“ Kalau Maira nak pandang abang pun, dengar la abang nak cakap apa ni.” Usik abang Fariz. Aku menjeling kearahnya.

“ Mana ada Maira tengok abang.” Ujar ku seperti menegakkan benang yang basah. Abang Fariz ketawa melihat reaksi ku.

“ Maira kena bagi phone number nanti tau.” Ujar abang Fariz penuh harapan. Aku menganggukkan kepala. Setelah tiba di pintu masuk kampus, aku menanggalkan tali pinggang keselamatan. Abang Fariz menghulurkan telefonnya kepada ku.

“ Maira dail nombor Maira.” Ujar abang Fariz perlahan. Aku menyambutnya dan segera mendail nombor telefon ku sendiri. Lagu I’m The Best, 2ne1 artis korea jelas kedengaran di dalam beg sandang ku. Abang Fariz tersenyum bila aku menghulurkan kembali telefon itu kepadanya.

“ Thanks.” Ucapnya lembut dan bibirnya sentiasa dihiasi senyuman. Aku menarik nafas yang terasa sesak saat itu. Entah apa-apa la. Apa hal aku nervous semacam ni?

“ Maira, walau apa pun jawapan Maira nanti, kalau boleh..hubungan kita tetap seperti dulu dan macam sekarang ni. Abang rindu saat itu. Sejak Maira dan keluarga pindah, abang rasa separuh jiwa abang pergi bersama Maira. Bila abang jumpa Maira kali ni, abang tak nak perkara itu terjadi lagi. Abang serahkan keputusan itu bulat-bulat pada Maira. Maira berhak buat apa yang terbaik untuk Maira. Tak perlu fikir pasal abang dan keluarga kita.” Ujar abang Fariz membuatkan aku terharu. Aku menoleh kearahnya dengan mata yang berbening.

“ Thanks, sebab faham keadaan Maira. Tapi buat masa ini, Maira belum ada jawapannya.” Ujar ku terus-terang. Abang Fariz menganggukkan kepala.

“ Take your time.” Ujar abang Fariz perlahan. Aku menarik nafas lega.

“ Thanks, sebab hantar Maira. Maira masuk dulu.” Ujar ku lalu menyandang beg ke bahu. Pintu kereta ku buka.

“ Maira, kalau ada apa-apa masalah, feel free to call me? Kalau abang nak cakap dengan Maira, boleh abang call?” Ujar abang Fariz sebaik sahaja aku melangkah keluar. Aku membongkokkan sedikit badan ku dan memandang wajahnya dengan senyuman.

“ As you wish. Tapi jangan ikut timing abang Fariz saja ye.” Ujar ku berbau gurauan. Abang Fariz ketawa mendengar kata-kata ku. Ya, kata-kata yang pernah aku tuturkan pada Ryan.

“ Cepat masuk. Take care!” Ucap abang Fariz. Aku menutup pintu kereta Gen-2 itu dan melambaikan tangan kearah abang Fariz sebaik sahaja kereta itu bergerak. Abang Fariz membalas lambaian tangan ku. Aku memandang kereta abang Fariz hingga hilang dari pandangan ku. Aku berpaling untuk masuk ke kampus. Namun aku tersentak bila mata ku bertemu pandang dengan Ryan yang berdiri tidak jauh dari situ.

“ Ryan?” Hati ku berdetak hebat. Dari sinar mata Ryan, aku tahu banyak persoalan di mindanya. Kenapa aku perlu bersua dengan dia dalam keadaan ini?

U & ME - Episode 12

Aku sudah bersiap untuk balik ke rumah. Ummi sudah berkali-kali menghubungiku dari selepas subuh. Bimbang aku akan mungkir janji. Amira mempamerkan wajah masam. Apa taknya, dia kena lunch dan dinner seorang diri sebab Amy turut balik ke rumah. Nasib dia malang sebab kampung halaman dia jauh dan tidak dapat balik selalu. Aku ajak dia balik sekali, dia tak nak.

“ Aku ajak kau balik sekali, kau tak nak. Kau takutkan ummi aku ke?” Soal ku laju. Amira menggelengkan kepala. Aku ketawa geli hati.

“ Apa kata aku ajak Ryan lunch dan dinner dengan aku je.” Jelas Amira sambil memandang ku. Aku menoleh kearah Amira yang tersenyum penuh makna.

“ Buat apa kau cakap kat aku? Kau cakap la kat Ryan sendiri.” Ulas ku faham dengan maksud kata-kata Amira. Memang sejak mula lagi Amira selalu mengaitkan aku dengan Ryan. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini aku rasakan Ryan melayan ku dengan layanan yang agak berbeza. Adakah dia sudah dapat melupakan kak Alma? Adakah benar dia sudah mula menyukai aku seperti mana dakwaan Amira? Ah! Terlalu awal untuk aku membuat kesimpulan sendiri.

“ Yelah, aku mesti la minta kebenaran dengan awek dia dulu. Lagi pun, aku boleh jadi mata-mata untuk kau. Aku akan report apa yang dia buat sepanjang hari ni.” Ulas Amira membuatkan aku ketawa sambil menggelengkan kepala.

“ Jangan nak mengarut, Mira. Aku dah lambat ni.” Ujar ku, malas hendak ambil pusing kata-kata Amira. Jam sudah menunjuk pukul 9.00 pagi.

“ Yelah. Kalau dah sampai, text aku ye.” Ujar Amira sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik. Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum. Sebenarnya, banyak benda di minda ku. Tentang tujuan ummi beriya-iya menyuruh aku balik hari ini. Mungkin juga ummi ingin menjodohkan dia seperti dulu. Namun, aku menolak kehendak ummi atas sebab aku baru sahaja melanjutkan pelajaran. Kali ini, alasan apa harus aku berikan kalau benar tekaan ku? Aku menapak ke perhentian bas. Tidak berapa lama kemudian, bas yang ku tunggu telah pun tiba. Aku menaiki bas tersebut dan mengambil tempat duduk di belakang sekali. Tidak banyak penumpang bas pagi ini. Mungkin masih awal untuk pergi ke destinasi pilihan masing-masing di hujung minggu. Seperti biasa, aku menyumbatkan earphone ke telinga dan lagu-lagu korea menemani ku sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Setiba di halaman rumah, aku lihat ummi sedang duduk bersama seorang wanita yang mungkin sebaya dengannya. Aku memberi salam. Kedua-duanya berpaling seraya menjawab salam hampir serentak. Aku dengan hormat menyalami ummi dan juga tetamunya.

“ Panjang umur Maira. Baru saja ummi sebut nama Maira tadi.” Ujar Ummi lembut. Aku hanya tersenyum seraya duduk di sebelah kiri ummi yang duduk berhadapan dengan kawannya itu.

“ Ifah, ni lah dia anak sulung aku. Umaira.” Ujar ummi memperkenalkan aku kepada kawannya. Aku hanya tersenyum manis.

“ Cantik anak kau ni, Tijah.” Puji Puan Latifah sambil memandang ku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aku sudah dapat membaca maksud pandangan itu.

“ La..kau ni Ifah, malu la anak aku ni kalau kau puji dia macam tu.” Balas Ummi diiringi gelak tawa. Aku mula merasa rimas dengan suasana itu. Sebab aku dapat merasakan tekaan ku seratus-peratus tepat.

“ Umaira, ini makcik Latifah yang tinggal kat JB dulu tu. Ingat lagi tak?” Ujar Ummi kepada ku pulak. Aku memandang wajah itu dan ingatan ku terimbas kembali saat aku di sekolah rendah. Ya, makcik Latifah yang tinggal di sebelah rumah kami di perumahan kos rendah Taman Setia Jaya 2. Aku baru teringat.

“ Laa, makcik Latifah…Ingat. Makcik apa khabar?” Soal ku dengan senyuman. Hati ku kembali ceria. Dulu, memang aku rapat dengan makcik Latifah. Setiap kali ummi ada kursus, pasti aku akan ditinggalkan di rumah makcik Latifah.

“ Makcik sihat. Umaira dah besar panjang sekarang. Kalau jumpa kat mana-mana, tentu mak cik tak dapat cam. Dah lain sangat rupa dia ni. Makin cantik.” Ujar Makcik membuatkan aku malu-malu. Hehehehe..tadi aku rimas. Sekarang tak lagi. Kira pangkat ibu jugak ni.

“ Tak de lah mak cik. Makcik pun apa kurangnya. Awet muda.” Gurau ku pulak. Gelak tawa ummi dan makcik Latifah mengundang rasa bahagia di hati ku. Serasa zaman kecil ku menjelma semula.

“ Gelakkan apa tu?” Soal abah. Ketiga-tiga kami menoleh. Ku lihat seorang lelaki sebaya abah dan seorang lelaki muda mengiringi dibelakang abah. Hati ku sudah mula resah. Mungkinkah itu abang Fariz? Anak tunggal makcik Latifah. Abah duduk disebelah kanan ummi manakala kedua-dua lelaki tadi duduk bersama makcik Latifah.

“ Jejak kasih dengan anak sulung Khatijah ni. Lucu jugak budaknya.” Jelas makcik Latifah sambil menjuih kearah ku. Kedua-dua lelaki itu memandang kearah ku. Hati ku semakin resah bila mata ku bertemu pandang dengan mata lelaki yang ku kira abang Fariz. Ya, Fariz Hakimi.

“ Laaa…ni ke Maira.” Tegur lelaki yang sebaya abah itu. Ermm..pak cik apa ye? Ermmm…minda ku ligat berfikir. Hah! Pak cik Rustam!

“ Ye, pak cik.” Jawab ku dengan senyuman.

“ Ingat kat pakcik lagi ke?” Soal pakcik Rustam seolah ingin menguji ku. Aku menganggukkan kepala dengan senyuman manis.

“ Mesti la ingat. Pakcik Rustam, kan?” Ujar ku yakin. Pakcik Rustam ketawa senang hati sebab aku masih ingat padanya.

“ Yang ni pulak?” Ujar makcik Latifah sambil memegang tangan lelaki muda yang duduk disebelahnya. Lelaki itu tersenyum pada ku. Kalau dia benar-benar abang Fariz, bagaimana? Malunya…teringat lagi semasa aku di tahun lima manakala abang Fariz tahun enam. Lelaki yang menjadi teman sepermainan ku. Teman setia ku saat itu. Malah aku pernah memberi surat cinta kepadanya sebelum aku berpindah ke Kuala Lumpur. Malah aku tidak sempat bertemu dengannya sebelum berpindah. Tapi kenapa perubahan lelaki itu begitu ketara. Wajahnya memang lain.

“ Takkan lupa kot?” Ujar makcik Latifah apabila aku seperti melamun. Aku tersentak.

“ Hah! Erm..abang Fariz?” Ujar ku sambil memandang lelaki yang ku kira abang Fariz itu. Lelaki itu tersenyum lebar.

“ Bagus la, Maira masih ingat.” Ujarnya perlahan. Aku sedar keempat-empat pasang mata orang tua kami berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman yang penuh makna.

“ Erm..Ifah dan Rustam nak tengok kolam ikan kat belakang tak?” Ujar Ummi tiba-tiba. Aku tersentak. Memang sah ummi nak gandingkan aku dengan abang Fariz. Tidak!!!

“ Boleh juga. Fariz berbual la dulu dengan Maira. Mak dan ayah nak kebelakang kejap.” Ujar makcik Latifah lalu bangkit. Keempat mereka berlalu meninggalkan kami berdua. Aku sudah serba-salah bila ditinggalkan sedirian dengan abang Fariz. Memang Ummi ni dah plan baik punye. Aku nak cakap apa ye? Malunya.

“ Abang dengar Maira ambil course Media Mass. Macam mana? Ok?” Soal abang Fariz apabila melihat aku terkial-kial.

“ Hah! Err..ya. Ok. Ok.” Jawab ku tersekat-sekat. Mak ai…kenapa aku nervous semacam ni. Apa kes??

“ Lama kita tak jumpa. Lebih kurang 7 tahun. Maira dah besar panjang. Dulu, Maira crybaby. Selalu kena buli.” Ujar abang Fariz mengimbas kembali kenangan antara kami. Aku tersenyum.

“ Abang pun apa kurangnya. Maira hampir tak dapat cam tadi.” Ujar ku jujur.

“ Ketara sangat ke?” Soalnya lagi. Jelas kelihatan kekekokkan antara kami. Yelah, sudah lama tidak bersua muka.

“ Memang ketara. Oh ya, abang belajar kat mana? Ambil course apa?” Ujar ku cuba menghidupkan suasana.

“ UKM. Abang ambil course Engineering and Built Environment. Ada setahun lagi.” Jelas abang Fariz. Aku menganggukkan kepala.

“ Maira kat UITM Shah Alam kan? Tinggal setahun juga kan?” Ujar abang Fariz seperti meminta kepastian.

“ Ye. Sebab tu juga ummi asyik bising suruh Maira balik. Maira busy sangat akhir-akhir ni. Banyak assignment nak kena siap.” Jelas ku. Abang Fariz tersenyum.

“ Biasalah tu. Nanti kalau abang free, abang lawat Maira kat UITM Shah Alam tu.” Tutur abang Fariz membuatkan aku tersentak. Mai ai..takkanlah kot.

“ Kalau Maira nak balik, Maira boleh cakap dengan abang. Abang boleh hantar dan jemput Maira. Maira tahu tak, kita dah jadi jiran balik. Macam dulu-dulu.” Ulas abang Fariz lembut. Aku terlopong.

“ Betul ke? Kat mana?” Soal ku bersungguh-sungguh.

“ Selang dua buah rumah.” Ujar abang Fariz tenang. Aku menganggukkan kepala.

“ Iye…kalau macam tu, mesti makcik Latifah dan ummi makin sibuk, kan?” Ujar ku. Masih aku ingat masa dulu-dulu, makcik Latifah dan ummi selalu duduk bersantai petang-petang. Kalau tidak di rumah makcik Latifah, di rumah kami. Memang setiap petang. Ada saja cerita mereka.

“ Hahahaha..payah nak cakap la. (BFF) Best Friend Forever katakan.” Ujar abang Fariz. Bila abang Fariz senyum, memang wajah dia seperti dulu juga. Penuh dengan ketenangan dan keikhlasan. Aku turut ikut ketawa. Tanpa kami sedari empat pasang mata memerhati kearah kami dengan senyuman.

U & ME - Episode 11

“ Abang Juan korbankan cintanya pada kak Alma sebab dia lebih pentingkan kebahagiaan adiknya. Pada mulnya, memang abang Juan tak tahu yang Ryan sukakan kak Alma. Bila abang Juan dapat tahu, abang Juan sengaja reka cerita yang dia menyintai ‘Baby’. Kak Alma tak tahu semua tu. Abang Juan jodohkan kak Alma dengan Ryan dan dia yakinkan kak Alma yang Ryan dapat bahagiakan kak Alma. Mulanya, kak Alma marahkan abang Juan. Satu perkara yang abang Juan tak tahu, ‘Baby’ sudah ceritakan hal sebenarnya kepada kak Alma. Bila kak Alma tahu, kak Alma sedih dan salahkan diri sendiri sebab tidak nampak kejujuran dan ketulusan hati abang Juan. Abang Juan ambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke London. Kak Alma sedih sebab tidak sempat jumpa abang Juan. Masa itu, Ryan jumpa kak Alma dan kak Alma yang emosi terus memarahi Ryan. Selepas itu, kak Alma turut menghilangkan diri. Menurut abang Juan, kak Alma melanjutkan pelajaran ke Australia. Aku tahu kau marahkan aku sebab itu kan?” Jela ku panjang lebar. Aku menoleh sekilas. Wajah sayu itu menyentuh hati aku.

“ Girl yang kau maksud dulu itu, kak Alma?” Soal ku berani. Ryan memandang wajah ku kosong.

“ Kau boleh pergi sendiri? Aku tunggu kau kat sini.” Ujar Ryan perlahan tanpa menjawab pertanyaan ku. Aku memandang wajah itu seraya menganggukkan kepala. Kad kredit dan kunci kereta dihulurkan kepada ku. Aku menyambutnya dan terus berlalu. Aku tahu Ryan tidak pernah tahu semua itu. Aku pasti dia menyalahkan dirinya sendiri. Abang Juan tak pernah menceritakan hal yang sebenar kepada Ryan. Setibanya aku di pusat membelli belah, aku cepat-cepat membeli barang keperluan ku untuk bermalam di rumah abang Juan. Difikiran ku hanya ada Ryan. Kenapa aku tergamak meninggalkan Ryan seorang diri tadi. Aku segera ke kuanter pembayaran untuk membayar harga barang. Setelah selesai, aku bergegas kembali ke taman dimana Ryan ku tinggalkan tadi. Aku tidak melihat kelibat Ryan. Hati ku di pagut resah. Aku menapak keluar dari kereta setelah mengunci kereta. Aku melilau kearah taman tersebut. Aku seperti mahu menangis. Ryan? Takkan kau nak bunuh diri? Jangan takutkan aku?

“ Ryan!!!!” Jerit ku semahunya. Air mata ku sudah jatuh ke pipi. Esakkan ku kian kedengaran. Aku berlari anak ke arah tasik dan meninjau tasik tersebut.

“ Ryan!!! Jangan takutkan aku? Ryann!!!” Jerit ku dalam esakkan. Aku terduduk di tepi tasik sambil menangis.

“ Kau ni kenapa? Buat drama ke?” Soal satu suara. Aku tersentak dan pantas menoleh. Ryan!!!! Aku bingkas bangun dan berdiri dihadapan Ryan.

“ Kau kat mana tadi? Aku risau tau tak! Kau sengaja kan, takutkan aku?” Ujar ku dengan air mata yang berjujuran. Ryan tersentak dan akhirnya tersenyum. Aku kaget dengan senyumannya. Rasa malu menyelubungi diri ku. Arghhh!! Buat apa aku menangis? Memalukan!!

“ Kau anggap abang Juan tu macam abang kau, mama dan papa aku macam keluarga kau. Kau risaukan aku?” Ucap Ryan perlahan. Aku mengesat air mata. Ryan ni dah mereng ke apa? Aku kehilangan kata-kata bila Ryan menatap wajah ku.

“ Kau risaukan aku?” Soal Ryan sekali lagi. Aku mengatap bibir.

“ Ya. Aku risaukan kau. Aku takut kau bunuh diri sebab kecewa dan putus cinta. Aku tak nanti aku menyesal sebab cakap macam tu kat kau. Aku belum minta maaf pun pada kau sebab aku layan kau kasar sangat. So, dah terlanjur aku emo hari ni, aku nak minta maaf atas semua kesalahan aku.” Ujar ku jujur. Ryan tersenyum dan akhirnya ketawa.

“ Nonsense! Aku dapat apa kalau aku bunuh diri?” Soal Ryan dengan senyuman. Aku benar-benar hairan dengan mamat super saiya ni.

“ Baguslah kau fikir macam tu. Membazir air mata aku je kau ni.” Kutuk ku dan mula mengorak langkah. Namun aku tersentak bila Ryan memegang bahu ku dan menepuk-nepuknya perlahan sebelum melepaskannya.

“ Thanks for telling me the truth. Dan jujur aku katakana, aku tak marahkan kau. Cuma aku malu sebab kau tahu sejarah cinta aku yang tak kesampaian.” Jelas Ryan perlahan. Aku menoleh kearah Ryan.

“ Kau tak perlu risau. Kau berhak dapat cinta yang sehebat cinta abang Juan dan Kak Alma. Setiap orang dicipta berpasang-pasangan. Kau akan jumpa pasangan kau nanti.” Ujar ku memberi sinar harapan kepada Ryan. Ryan tersenyum.

“ Jom, kita balik, nanti aku yang kena marah mama dan papa.” Jelas Ryan lalu mengosok kepala ku dengan senyuman. Ek eh! Dia ni. Namun aku bahagia setelah melihat senyuman Ryan. Dia dah kembali seperti Ryan yang aku kenal. Syukur ku kepada Allah. Moga bahagia milik setiap insan yang aku sayang. Aku akui sekarang yang aku menyayangi Ryan.