Aku mengurungkan diri di dalam bilik selepas makan tengah hari bersama keluarga abang Fariz. Aku menangis sepuas-puasnya hinggakan mata ku bengkak. Selepas ummi menceritakan hal yang sebenarnya kepada ku, aku rasa kecewa. Betul tekaan aku, mereka ingin menjodohkan aku dan abang Fariz. Di minda ku, terbayang wajah Ryan. Entah mengapa aku boleh terfikirkan dia saat ini. Mungkin kerana perasaan sayang aku padanya? Namun, aku harus ingat, bahawa aku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku juga akui abang Fariz baik dan boleh menjadi calon suami yang penyayang. Namun, kisah cinta monyet aku dengan abang Fariz, sudah lama berlalu. Itu pun, sekarang kami sudah mempunyai kehidupan sendiri. Ketukkan di pintu bilik mengejutkan ku. Aku membisu, enggan member sebarang reaksi. Pasti ummi yang datang untuk memujuk ku menerima abang Fariz. Aku mengatap bibir. Air mata ku mengalir lagi. Hati ku terasa pedih.
“ Kak Maira.” Panggil satu suara perlahan. Aku pantas duduk. Aisya Aqma dah balik ke? Mungkin adik ku ini baru sahaja mendapat tahu rancangan ummi. Aku bingkas bangun dan membuka pintu yang di kunci dari dalam. Wajah sayu Aisya Aqma ku tatap. Tak semena-mena Aisya merangkul tubuh ku. Aku tahu, adik ku yang satu ini memahami perasaan ku. Aku membalas rangkulannya.
“ Kak, Aisya faham perasaan kakak. Aisya pun menderita melihat keadaan akak macam ni.” Ujar Aisya lalu meleraikan rangkulannya. Wajah ku ditatap sayu. Aku menarik tangan adik ku agar masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ku kunci semula. Kami berdua duduk di birai katil.
“ Kakak risau dengan racangan ummi tu, Aisya. Kakak rasa, kakak tak dapat terima abang Fariz dalam hidup kakak sekarang ini kalau lebih dari teman atau pun abang. Aisya, apa akak nak buat?” Ujar ku rungsing. Hanya Aisya tempat ku meluahkan perasaan. Aku tahu, ummi dan abah masih marah pada ku kerana aku menolak rancangan mereka mentah-mentah.
“ Aisya tahu kakak dah buntu sekarang. Kalau kakak tetap berkeras, ummi dan abah mungkin tak akan faham. Kakak cakap betul-betul, kakak dah ada somebody tak?” Ujar Aisya diiringi senyuman. Aku terlopong. Somebody? Boyfriend? Terbayang wajah Ryan di mata ku.
“ T..tak..tak ada.” Ujar ku tergagak. Aisya merenung ku dengan senyuman nakal.
“ Betul ke ni?” Usik Aisya sambil tersenyum penuh makna. Aku megatap bibir.
“ Betul lah. Kakak tak nak fikir pasal tu dulu.” Ujar ku cuba menyembunyikan perasaan ku kepada Ryan. Lagi pun, hanya aku yang sayang padanya. Sedangkan aku tidak tahu hati Ryan. Memang dia melayan ku dengan baik dan aku dapat rasa kelainannya. Tapi aku tidak mahu terburu-buru. Buatnye Ryan hanya anggap aku teman biasa saja, tak ke malu.
“ Yelah tu. Tapi kalau kakak dah ada pilihan hati, senang sikit cerita. Kakak ajak boyfriend kakak balik sekali. Kenalkan dengan ummi dan abah.” Cadang Aisya. Aku memandang wajah Aisya. Bernas juga idea adik aku ni. Memang geliga.
“ Aa..ah lah. Kenapa kakak tak fikir ya. Tapi kakak tak ada somebody lagi.” Ujar ku cuba mencari ikhtiar.
“ Atau..kakak suruh kawan lelaki kakak menyamar jadi couple kakak. Macam mana?” Ujar Aisya teruja bila cadangannya boleh di terima pakai.
“ Betul jugak ye. Erm…tapi nak suruh siapa menyamar jadi couple kakak ni?” Ujar ku sambil ligat berfikir. Semestinya wajah Ryan yang terbayang di mata. Lepas tu, abang Juan. Segan la kalau aku minta tolong dari Ryan.
“ Kakak, itu..Aisya tak boleh nak jawab. Kakak cari la yang mana rasa sesuai.” Ujar Aisya lalu berbaring di katil ku. Aku turut berbaring di sebelahnya.
“ Aisya rasa, ok ke? Tapi kakak risau dengan makcik Latifah dan pakcik Rustam. Entah-entah mereka kecil hati dengan kakak.” Luah ku perlahan. Aisya menoleh kearah ku sekilas.
“ Aisya rasa, akak perlu bincang dengan abang Fariz juga.” Cadang Aisya. Memang bernas fikiran adik aku ni. Walaupun beza umur kami hanya 2 tahun. Tapi Aisya kelihatan lebih matang dari ku. Aisya baru saja menyambung pengajian dalam jurusan Engineering and Environment Built di UKM. Erk..aku pantas menoleh kearah Aisya.
“ Aisya belajar kat UKM kan? Satu kampus dengan abang Fariz? Ambil course yang sama?” Soal ku laju. Aisya ketawa geli hati.
“ Iyelah kak. Kakak ni tak tahu lagi ke? Aisya pun, tak tahu pada mulanya. Abang Fariz terlibat dalam minggu orientasi dan merupakan facilitator Aisya. Aisya memang tak kenal pun sebab muka abang Fariz memang jauh berubah. Bila ummi cakap yang anak makcik Latifah, kawan sepermainan kita dulu, satu kampus dengan Aisya, Aisya terus teringat..bila esok hari tu, Aisya jumpa abang Fariz nak pastikan hal yang sebenar. Memang sah pun! Kakak tahu tak apa soalan pertama yang dia tanya Aisya.” Jelas Aisya panjang lebar.
“ Apa dia? Suspen pulak akak dengar.” Tutur ku jujur. Aisya ketawa.
“ Pasal kakak la. Kakak kat mana? Belajar kat mana? Kakak ambik course apa? Dan soalan cepu emas, kakak dah ada pakwe ke belum?” Ujar Aisya sambil menghitung jarinya bagi setiap soalan yang pernah keluar dari mulut abang Fariz. Aku menelan air liur yang terasa pahit.
“ Aisya tahu abang Fariz tidak ada masalah dengan rancangan orang tua kita. Abang Fariz pun baik, handsome, pandai dan yang paling penting dia taat dengan orang tua.” Ujar Aisya dengan senyuman. Aku menoleh kearah adik ku dengan senyuman.
“ Aisya puji lebih-lebih ni, ada apa-apa ke?” Usik ku. Aisya cuma ketawa.
“ Kak, abang Fariz tu banyak peminat. Gara-gara wajah dia Chinese-looks. Akak tak menyesal ke?” Ujar Aisya agar aku cuba mempertimbangkan jodohku dengan abang Fariz. Kau belum kenal lagi dengan Ryan, Aisya. Kalau Aisya kenal dia sekali, Aisya akan tahu kenapa kakak Aisya ni, fallen for him. Hati ini sudah terisi semuanya tentang Ryan hingga tiada ruang untuk insan lain hadir. Tapi, kalau Ryan masih menyintai kak Alma, dan tidak mungkin akan menjadi milik ku, apa yang akan aku lakukan? Mampukah aku? Aisya mencubit hidung ku bila menyedari aku melamun. Kami sama-sama ketawa. Lebih baik aku berterus-terang dengan abang Fariz. Sanggupkah aku?
Gara-gara desakkan Ummi, aku akur juga dengan hasrat abang Fariz untuk menghantar aku balik ke kampus. Bila aku ajak Aisya sekali, boleh pulak dia kata tak nak kacau daun. Aku memang geram dengan adik aku tu. Tapi aku tak salahkan dia. Lagipun, aku perlu berterus-terang dengan abang Fariz. Inilah peluang yang aku ada.
“ Maira marah ke?” Soal abang Fariz bila aku mendiamkan diri. Aku menoleh sekila kearah abang Fariz.
“ Tak la. Lagi pun, Maira sebenarnya ada benda nak cakap dengan abang.” Ujar ku cuba mengatur ayat dan menoleh kearah abang Fariz yang khusyuk memandu. Abang Fariz menoleh kearah ku. Aku tersentak bila mata ku bertemu pandang dengan abang Fariz. Aku berdehem sambil memandang keluar tingkap. Kantoi la pulak!!
“ Kalau Maira nak cakap pasal ‘kita’..abang rasa, kita biarkan dulu. Abang tahu apa yang Maira fikirkan. Abang tak mahu kita diselubungi rasa simpati, rasa tanggungjawab terhadap orang tua kita. Apa yang penting, biarlah masa yang menentukan. Abang tahu, mungkin Maira belum dapat menerima hal ini lagi.” Ujar abang Fariz membuatkan aku menarik nafas lega. Kalau abang Fariz fikir begitu, aku tak perlu sesakkan minda aku dengan memikirkan pekara ini. Lagi pun, banyak perkara yang perlu aku utamakan. Aku mencuri-curi pandang kearah abang Fariz. Memang dia ni sentiasa tenang. Seperti suatu masa dulu. Aku mencemburui ketenangan yang dimilikinya.
“ Tak nak bagi abang phone number ke?” Ujar abang Fariz membuatkan aku tersentak dan sekali lagi aku kantoi terang-terangan sedang tengok dia yang sedang memandu itu.
“ Hah!!” Ujar ku gugup. Abang Fariz ketawa melihat reaksi ku yang mengelabah itu. Aku mengatap bibir.
“ Kalau Maira nak pandang abang pun, dengar la abang nak cakap apa ni.” Usik abang Fariz. Aku menjeling kearahnya.
“ Mana ada Maira tengok abang.” Ujar ku seperti menegakkan benang yang basah. Abang Fariz ketawa melihat reaksi ku.
“ Maira kena bagi phone number nanti tau.” Ujar abang Fariz penuh harapan. Aku menganggukkan kepala. Setelah tiba di pintu masuk kampus, aku menanggalkan tali pinggang keselamatan. Abang Fariz menghulurkan telefonnya kepada ku.
“ Maira dail nombor Maira.” Ujar abang Fariz perlahan. Aku menyambutnya dan segera mendail nombor telefon ku sendiri. Lagu I’m The Best, 2ne1 artis korea jelas kedengaran di dalam beg sandang ku. Abang Fariz tersenyum bila aku menghulurkan kembali telefon itu kepadanya.
“ Thanks.” Ucapnya lembut dan bibirnya sentiasa dihiasi senyuman. Aku menarik nafas yang terasa sesak saat itu. Entah apa-apa la. Apa hal aku nervous semacam ni?
“ Maira, walau apa pun jawapan Maira nanti, kalau boleh..hubungan kita tetap seperti dulu dan macam sekarang ni. Abang rindu saat itu. Sejak Maira dan keluarga pindah, abang rasa separuh jiwa abang pergi bersama Maira. Bila abang jumpa Maira kali ni, abang tak nak perkara itu terjadi lagi. Abang serahkan keputusan itu bulat-bulat pada Maira. Maira berhak buat apa yang terbaik untuk Maira. Tak perlu fikir pasal abang dan keluarga kita.” Ujar abang Fariz membuatkan aku terharu. Aku menoleh kearahnya dengan mata yang berbening.
“ Thanks, sebab faham keadaan Maira. Tapi buat masa ini, Maira belum ada jawapannya.” Ujar ku terus-terang. Abang Fariz menganggukkan kepala.
“ Take your time.” Ujar abang Fariz perlahan. Aku menarik nafas lega.
“ Thanks, sebab hantar Maira. Maira masuk dulu.” Ujar ku lalu menyandang beg ke bahu. Pintu kereta ku buka.
“ Maira, kalau ada apa-apa masalah, feel free to call me? Kalau abang nak cakap dengan Maira, boleh abang call?” Ujar abang Fariz sebaik sahaja aku melangkah keluar. Aku membongkokkan sedikit badan ku dan memandang wajahnya dengan senyuman.
“ As you wish. Tapi jangan ikut timing abang Fariz saja ye.” Ujar ku berbau gurauan. Abang Fariz ketawa mendengar kata-kata ku. Ya, kata-kata yang pernah aku tuturkan pada Ryan.
“ Cepat masuk. Take care!” Ucap abang Fariz. Aku menutup pintu kereta Gen-2 itu dan melambaikan tangan kearah abang Fariz sebaik sahaja kereta itu bergerak. Abang Fariz membalas lambaian tangan ku. Aku memandang kereta abang Fariz hingga hilang dari pandangan ku. Aku berpaling untuk masuk ke kampus. Namun aku tersentak bila mata ku bertemu pandang dengan Ryan yang berdiri tidak jauh dari situ.
“ Ryan?” Hati ku berdetak hebat. Dari sinar mata Ryan, aku tahu banyak persoalan di mindanya. Kenapa aku perlu bersua dengan dia dalam keadaan ini?
No comments:
Post a Comment