Di café, Amira sedia menanti kedatangan aku. Dari jauh aku lihat Amira melambai tangan pada ku. Aku menghampiri Amira lalu duduk disebelahnya. Hati ku seperti terbakar. Amira yang menyedari perubahan ku itu berdehem berkali-kali.
“ Kau ok?” Soal Amira lembut. Aku memandang kosong wajah Amira.
“ Amira, aku pernah benci seseorang suatu masa dulu. Dan bila aku dapat tahu, orang yang aku pernah benci dulu tu ada kat depan mata aku..aku nak buat apa?” Soal ku sepontan sambil memandang Amira mengharapkan pandangan. Amira menggaru kepala yang tak gatal. Mungkin masih mentafsir maksud kata-kataku.
“ Ermm..maksud kau dia orang yang kau benci dulu, lepas tu kau dapat tahu orang yang kau pernah benci dulu tu orang yang ada kat depan mata kau? Aku ke??” Ujar Amira dengan muka blurr. Aku mengatap bibir. La..si Amira ni nak buat lawak ke apa? Bila aku imbas kembali apa ayat yang ku katakan kepada Amira, aku menepuk dahi. Patut la Amira fikir macam tu. Aku menggelengkan kepala.
“ Ok. Macam ni, dulu aku benci pada seseorang, tapi aku tak tahu nama dia. Yang aku tahu, dia adik abang angkat aku. Aku kenal ahli keluarga mereka tapi aku tak pernah ambil tahu tentang adik abang angkat aku tu. Dan bila aku dapat tahu siapa adik abang angkat aku tu, rupa-rupanya..orang itu satu kampus dengan aku dan aku kenal sangat kat dia. Patutlah aku dan dia tu tak boleh nak kamceng. Rupanya musuh azali.” Jelas ku panjang lebar. Amira semakin blurr. Aku mengeluh.
“ Ni, kau cakap je terus-terang dengan aku. Ni tak, belit sana, belit sini. Kang aku jadi mereng. Tak ke haru!” ucap Amira perlahan sambil menunggu penjelasan dari ku. Aku menarik nafas dan memandang wajah Amira.
“ Aku cerita kat bilik je. Nanti ada natez yang pasang telinga. Jom!” Ujar ku lalu mengemas laptop dan buku-buku nota ku kedalam beg. Kami berdua melangkah ke hostel dan aku menceritakan hal sebenarnya kepada Amira. Amira agak terkejut mendengar ceritaku. Namun, seperti biasa, dia akan backing prince charming dia habis-habisan. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena lecturer. Pedih dan berdesing telinga aku mendengarnya. Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Bagi aku, hubungan aku dan Ryan memang sentiasa rumit. Jangan salah faham ye. Hubungan aku dan Ryan adalah di antara kawan dan musuh.
No comments:
Post a Comment