Aku sudah bersiap untuk balik ke rumah. Ummi sudah berkali-kali menghubungiku dari selepas subuh. Bimbang aku akan mungkir janji. Amira mempamerkan wajah masam. Apa taknya, dia kena lunch dan dinner seorang diri sebab Amy turut balik ke rumah. Nasib dia malang sebab kampung halaman dia jauh dan tidak dapat balik selalu. Aku ajak dia balik sekali, dia tak nak.
“ Aku ajak kau balik sekali, kau tak nak. Kau takutkan ummi aku ke?” Soal ku laju. Amira menggelengkan kepala. Aku ketawa geli hati.
“ Apa kata aku ajak Ryan lunch dan dinner dengan aku je.” Jelas Amira sambil memandang ku. Aku menoleh kearah Amira yang tersenyum penuh makna.
“ Buat apa kau cakap kat aku? Kau cakap la kat Ryan sendiri.” Ulas ku faham dengan maksud kata-kata Amira. Memang sejak mula lagi Amira selalu mengaitkan aku dengan Ryan. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini aku rasakan Ryan melayan ku dengan layanan yang agak berbeza. Adakah dia sudah dapat melupakan kak Alma? Adakah benar dia sudah mula menyukai aku seperti mana dakwaan Amira? Ah! Terlalu awal untuk aku membuat kesimpulan sendiri.
“ Yelah, aku mesti la minta kebenaran dengan awek dia dulu. Lagi pun, aku boleh jadi mata-mata untuk kau. Aku akan report apa yang dia buat sepanjang hari ni.” Ulas Amira membuatkan aku ketawa sambil menggelengkan kepala.
“ Jangan nak mengarut, Mira. Aku dah lambat ni.” Ujar ku, malas hendak ambil pusing kata-kata Amira. Jam sudah menunjuk pukul 9.00 pagi.
“ Yelah. Kalau dah sampai, text aku ye.” Ujar Amira sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik. Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum. Sebenarnya, banyak benda di minda ku. Tentang tujuan ummi beriya-iya menyuruh aku balik hari ini. Mungkin juga ummi ingin menjodohkan dia seperti dulu. Namun, aku menolak kehendak ummi atas sebab aku baru sahaja melanjutkan pelajaran. Kali ini, alasan apa harus aku berikan kalau benar tekaan ku? Aku menapak ke perhentian bas. Tidak berapa lama kemudian, bas yang ku tunggu telah pun tiba. Aku menaiki bas tersebut dan mengambil tempat duduk di belakang sekali. Tidak banyak penumpang bas pagi ini. Mungkin masih awal untuk pergi ke destinasi pilihan masing-masing di hujung minggu. Seperti biasa, aku menyumbatkan earphone ke telinga dan lagu-lagu korea menemani ku sepanjang perjalanan pulang ke rumah.
Setiba di halaman rumah, aku lihat ummi sedang duduk bersama seorang wanita yang mungkin sebaya dengannya. Aku memberi salam. Kedua-duanya berpaling seraya menjawab salam hampir serentak. Aku dengan hormat menyalami ummi dan juga tetamunya.
“ Panjang umur Maira. Baru saja ummi sebut nama Maira tadi.” Ujar Ummi lembut. Aku hanya tersenyum seraya duduk di sebelah kiri ummi yang duduk berhadapan dengan kawannya itu.
“ Ifah, ni lah dia anak sulung aku. Umaira.” Ujar ummi memperkenalkan aku kepada kawannya. Aku hanya tersenyum manis.
“ Cantik anak kau ni, Tijah.” Puji Puan Latifah sambil memandang ku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aku sudah dapat membaca maksud pandangan itu.
“ La..kau ni Ifah, malu la anak aku ni kalau kau puji dia macam tu.” Balas Ummi diiringi gelak tawa. Aku mula merasa rimas dengan suasana itu. Sebab aku dapat merasakan tekaan ku seratus-peratus tepat.
“ Umaira, ini makcik Latifah yang tinggal kat JB dulu tu. Ingat lagi tak?” Ujar Ummi kepada ku pulak. Aku memandang wajah itu dan ingatan ku terimbas kembali saat aku di sekolah rendah. Ya, makcik Latifah yang tinggal di sebelah rumah kami di perumahan kos rendah Taman Setia Jaya 2. Aku baru teringat.
“ Laa, makcik Latifah…Ingat. Makcik apa khabar?” Soal ku dengan senyuman. Hati ku kembali ceria. Dulu, memang aku rapat dengan makcik Latifah. Setiap kali ummi ada kursus, pasti aku akan ditinggalkan di rumah makcik Latifah.
“ Makcik sihat. Umaira dah besar panjang sekarang. Kalau jumpa kat mana-mana, tentu mak cik tak dapat cam. Dah lain sangat rupa dia ni. Makin cantik.” Ujar Makcik membuatkan aku malu-malu. Hehehehe..tadi aku rimas. Sekarang tak lagi. Kira pangkat ibu jugak ni.
“ Tak de lah mak cik. Makcik pun apa kurangnya. Awet muda.” Gurau ku pulak. Gelak tawa ummi dan makcik Latifah mengundang rasa bahagia di hati ku. Serasa zaman kecil ku menjelma semula.
“ Gelakkan apa tu?” Soal abah. Ketiga-tiga kami menoleh. Ku lihat seorang lelaki sebaya abah dan seorang lelaki muda mengiringi dibelakang abah. Hati ku sudah mula resah. Mungkinkah itu abang Fariz? Anak tunggal makcik Latifah. Abah duduk disebelah kanan ummi manakala kedua-dua lelaki tadi duduk bersama makcik Latifah.
“ Jejak kasih dengan anak sulung Khatijah ni. Lucu jugak budaknya.” Jelas makcik Latifah sambil menjuih kearah ku. Kedua-dua lelaki itu memandang kearah ku. Hati ku semakin resah bila mata ku bertemu pandang dengan mata lelaki yang ku kira abang Fariz. Ya, Fariz Hakimi.
“ Laaa…ni ke Maira.” Tegur lelaki yang sebaya abah itu. Ermm..pak cik apa ye? Ermmm…minda ku ligat berfikir. Hah! Pak cik Rustam!
“ Ye, pak cik.” Jawab ku dengan senyuman.
“ Ingat kat pakcik lagi ke?” Soal pakcik Rustam seolah ingin menguji ku. Aku menganggukkan kepala dengan senyuman manis.
“ Mesti la ingat. Pakcik Rustam, kan?” Ujar ku yakin. Pakcik Rustam ketawa senang hati sebab aku masih ingat padanya.
“ Yang ni pulak?” Ujar makcik Latifah sambil memegang tangan lelaki muda yang duduk disebelahnya. Lelaki itu tersenyum pada ku. Kalau dia benar-benar abang Fariz, bagaimana? Malunya…teringat lagi semasa aku di tahun lima manakala abang Fariz tahun enam. Lelaki yang menjadi teman sepermainan ku. Teman setia ku saat itu. Malah aku pernah memberi surat cinta kepadanya sebelum aku berpindah ke Kuala Lumpur. Malah aku tidak sempat bertemu dengannya sebelum berpindah. Tapi kenapa perubahan lelaki itu begitu ketara. Wajahnya memang lain.
“ Takkan lupa kot?” Ujar makcik Latifah apabila aku seperti melamun. Aku tersentak.
“ Hah! Erm..abang Fariz?” Ujar ku sambil memandang lelaki yang ku kira abang Fariz itu. Lelaki itu tersenyum lebar.
“ Bagus la, Maira masih ingat.” Ujarnya perlahan. Aku sedar keempat-empat pasang mata orang tua kami berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman yang penuh makna.
“ Erm..Ifah dan Rustam nak tengok kolam ikan kat belakang tak?” Ujar Ummi tiba-tiba. Aku tersentak. Memang sah ummi nak gandingkan aku dengan abang Fariz. Tidak!!!
“ Boleh juga. Fariz berbual la dulu dengan Maira. Mak dan ayah nak kebelakang kejap.” Ujar makcik Latifah lalu bangkit. Keempat mereka berlalu meninggalkan kami berdua. Aku sudah serba-salah bila ditinggalkan sedirian dengan abang Fariz. Memang Ummi ni dah plan baik punye. Aku nak cakap apa ye? Malunya.
“ Abang dengar Maira ambil course Media Mass. Macam mana? Ok?” Soal abang Fariz apabila melihat aku terkial-kial.
“ Hah! Err..ya. Ok. Ok.” Jawab ku tersekat-sekat. Mak ai…kenapa aku nervous semacam ni. Apa kes??
“ Lama kita tak jumpa. Lebih kurang 7 tahun. Maira dah besar panjang. Dulu, Maira crybaby. Selalu kena buli.” Ujar abang Fariz mengimbas kembali kenangan antara kami. Aku tersenyum.
“ Abang pun apa kurangnya. Maira hampir tak dapat cam tadi.” Ujar ku jujur.
“ Ketara sangat ke?” Soalnya lagi. Jelas kelihatan kekekokkan antara kami. Yelah, sudah lama tidak bersua muka.
“ Memang ketara. Oh ya, abang belajar kat mana? Ambil course apa?” Ujar ku cuba menghidupkan suasana.
“ UKM. Abang ambil course Engineering and Built Environment. Ada setahun lagi.” Jelas abang Fariz. Aku menganggukkan kepala.
“ Maira kat UITM Shah Alam kan? Tinggal setahun juga kan?” Ujar abang Fariz seperti meminta kepastian.
“ Ye. Sebab tu juga ummi asyik bising suruh Maira balik. Maira busy sangat akhir-akhir ni. Banyak assignment nak kena siap.” Jelas ku. Abang Fariz tersenyum.
“ Biasalah tu. Nanti kalau abang free, abang lawat Maira kat UITM Shah Alam tu.” Tutur abang Fariz membuatkan aku tersentak. Mai ai..takkanlah kot.
“ Kalau Maira nak balik, Maira boleh cakap dengan abang. Abang boleh hantar dan jemput Maira. Maira tahu tak, kita dah jadi jiran balik. Macam dulu-dulu.” Ulas abang Fariz lembut. Aku terlopong.
“ Betul ke? Kat mana?” Soal ku bersungguh-sungguh.
“ Selang dua buah rumah.” Ujar abang Fariz tenang. Aku menganggukkan kepala.
“ Iye…kalau macam tu, mesti makcik Latifah dan ummi makin sibuk, kan?” Ujar ku. Masih aku ingat masa dulu-dulu, makcik Latifah dan ummi selalu duduk bersantai petang-petang. Kalau tidak di rumah makcik Latifah, di rumah kami. Memang setiap petang. Ada saja cerita mereka.
“ Hahahaha..payah nak cakap la. (BFF) Best Friend Forever katakan.” Ujar abang Fariz. Bila abang Fariz senyum, memang wajah dia seperti dulu juga. Penuh dengan ketenangan dan keikhlasan. Aku turut ikut ketawa. Tanpa kami sedari empat pasang mata memerhati kearah kami dengan senyuman.
No comments:
Post a Comment