Sudah seminggu aku bercuti. Namun sudah seminggu juga aku terperap di dalam bilik sahaja. Jenuh ummi berleter dengan ku agak keluar bersama dengan Abang Hariz Hakimy. Aisya Akma, adik ku sering kali menasihatkan aku agar lebih menghargai Abang Hariz. Namun, aku sudah tidak mampu untuk berfikir saat ini. Hati aku sudah hancur. Aku seperti lalang yang di tiup angin. Petang itu, aku meminta kebenaran ummi untuk ke pantai. Aku ingin mencari ketenangan yang aku rasakan hilang sejak hilangnya Ryan dalam hidup ku. Betapa pedihnya hati ini. Sudah kering air mata untuk ku tangisi duka di hati ini. Aku duduk diatas batu besar sambil memerhati kearah laut yang terbentang luas. Bunyi kicauan burung dan deruan ombak memberikan aku ketenangan. Indahnya ciptaan Allah. Air mata ku jatuh ke pipi. Betapa aku terlupa bahawa setiap yang terjadi itu adalah ketentuan Allah. Aku lupa untuk mensyukuri nikmat-Nya dan menyalahkan ketentuan-Nya. Berdosanya aku. Benar kata orang, cinta sejati adalah cinta kepada Allah. Walaupun cinta sesama insan menjauhi kita, tapi kasih sayang dan cinta Allah kepada umat-Nya tetap ada malah kekal untuk selamanya.
“ Maira.” Tegur satu suara. Aku tersentak seraya menyeka airmata ku. Aku menoleh kearah suara itu. Wajah abang Hariz yang tenang itu aku tatap seketika.
“ Maira ok, ke?” Soalnya apabila aku masih lagi melihat redupnya pandangan itu. Abang Hariz menghampiri ku dan duduk di atas batu yang ada tidak jauh dari ku.
“ Abang tengok Maira macam ada masalah je. Sejak pulang hari itu, Maira off handphone. Abang risau. Bukan abang saja. Tapi semua orang.” Luah abang Hariz membuatkan aku terharu.
“ Maaf. Maira dah banyak kali susahkan semua orang. Tapi..Maira cuma ingin menenangkan diri seketika. Hati Maira tak tenang.” Ujar ku jujur dan sayu sekali.
“ Maira, tak ada manusia yang tidak ada masalah. Angap je semua itu ujian daripada Allah. Itu tandanya, Allah sayangkan Maira. Sebab tu Dia menduga hati Maira. Dia nak tahu sejauh mana keimanan Maira kepada-Nya.” Pujuk abang Hariz lembut. Hati ku terpujuk. Air mata ku mula tumpah. Bagai tidak mahu berhenti.
“ Menangislah Maira, andai itu dapat mengurangkan keresahan dan kepedihan di hati. Jangan pendam dan simpan di dalam hati. Insyallah, lepas ni Maira akan rasa lega. Banyak-banyak berdoa kepada Allah agar hati kita sentiasa tenang. Maira tahukan?” Tambah abang Hariz lagi. Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Air mata ku seka perlahan. Wajah abang Hariz ku tatap.
“ Kenapa abang begitu baik dengan Maira? Sedangkan Maira selalu sahaja kecewakan abang. Abang tak pernah ambil hati pun. Maira rasa abang terlalu baik untuk Maira. Maira tak layak pun untuk digandingkan dengan abang.” Luah ku dalam sendu. Memang aku menyenangi sikap abang Hariz. Dia seorang yang berfikiran matang. Aku menoleh kearahnya sekilas.
“ Maira..lupakan semua hal yang berlalu dan teruslah melangkah kehadapan. Kami semua sokong keputusan Maira. Tentang hal kita tu, abang dah slow talk dengan keluarga Maira. Mereka setuju agar rancangan mereka itu di tangguh dahulu.” Jelas abang Hariz. Aku tersentak.
“ Betul ke?” Soal ku tidak percaya. Mudahnya bagi abang Hariz untuk mengubah keputusan ummi. Walaupun aku, anaknya sendiri tidak mampu mengubahnya.
“ Betul la. Takkan abang nak tipu pula. Abang tahu, Maira tertekan dengan semua ini kan?” Jawab abang Hariz lembut. Abang Hariz memang seorang yang memahami. Aku menjadi kagum dengannya. Hati ku tenang setelah berbual dengan abang Hariz. Aku mengukir senyum manis. Tapi, jika abang Hariz tahu aku menangis dan kecewa kerana lelaki lain..adakah dia akan tetap memujuk aku disini?
“ Now..you’re smiling. It’s enough for me. Kalau ada masalah, Maira boleh cakap dengan abang, ye.” Ujar abang Hariz bersungguh-sungguh dengan senyuman.
“ Abang memang baik. Maira doakan abang jumpa perempuan yang baik macam abang juga. Yelah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” Tutur ku dengan senyuman. Abang Hariz menganggukkan kepala.
“ Abang tak kisah pun semua itu, Maira. Kalau dia jodoh abang..abang terima dengan hati terbuka.” Jelas abang Hariz. Aku mengatap bibir. Bodohnya aku kerana terlalu mengikut perasaan. Ye…life still go on, Ryan. Aku akan mulakan hidup aku yang baru. Aku akan lupakan kau, Ryan. Terima kasih dengan semua yang kau berikan kepada ku. Perasaan suka, kasih, sayang, benci dan rindu.
“ Aisya plan nak bercuti nanti. Maira nak ikut?” Ujar abang Hariz lembut. Dia memandang ku seketika.
“ Oh, ye..bercuti di mana?” Soal ku teruja. Abang Hariz hanya tersenyum melihat reaksi ku.
“ Ke resort katanya. Tapi abang tak pasti di mana.” Ujar abang Hariz lagi.
“ Pulang nanti Maira tanya dia.” Ujar ku lalu bangkit.
“ Jom balik. Dah lama rasanya Maira kat sini. Nanti takde teksi pula. Haru.” Ujar ku lalu mengorak langkah.
“ Abang hantar, boleh?” Soal abang Hariz perlahan. Langkah ku mati dan menolek kearahnya.
“ Abang drive ke tadi?” Soal ku.
“ Nope..racing!” Ujar abang Hariz. Mata ku terbeliak.
“ Guna motosikal? Ada helmet spare ke? Abang ada lesen ke?” Soal ku bertubi-tubi. Abang Hariz ketawa geli hati.
“ Iye, guna motosikal. Memang ada bawa sebab abang memang rancang nak bawa Maira balik. Lesen tu je, takde.” Ujar abang Hariz selamba. Aku buat muka terkejut.
“ Biar betul?” Soal ku lagi inginkan kepastian. Abang Hariz ketawa.
“ Maira..abang gurau saja lah. Mana boleh takde lesen. Jangan risau.” Ujar abang Hariz lalu menghampiri ku.
“ Jom.” Pelawanya. Kami berjalan seiringan.
“ Maira nak tanya sikit, boleh?” Soal ku perlahan. Kami berbalas pandangan seketika.
“ Tanyalah.” Ujar abang Hariz sepatah.
“ Mana abang tahu Maira ada kat sini?” Soalku ingin tahu.
“ Abang memang ada kat rumah Maira tadi. Tapi Maira langsung tak nampak abang. Bila dengar Maira nak ke pantai guna teksi lagi tu..abang jadi risau. Abang follow lah dari belakang sampai ke sini.” Ujar abang Hariz. Aku terkedu. Namun senyuman ku ukir buatnya.
“ Abang memang baik hati. Terbaeekkk!” Ujar ku dengan senyuman.
“ Terima kasih sebab datang untuk Maira hari ini.” Tambah ku lagi dengan perasaan sayu.
“ Perkara kecil je tu. Abang cuma risaukan Maira. Kalau orang lain pun akan buat benda yang sama.” Tutur abang Hariz merendah diri.
“ Tapi besar bagi Maira.” Balas ku perlahan. Kami hanya membisu sehingga tiba di tempat abang Hariz memakirkan motosikalnya. Melihat motosikal itu, aku kembali teringat kepada Ryan. Untuk hari ini saja aku ingat semua ini. Abang Hariz menyarungkan helmet full face ke kepala ku. Aku tidak mengelak oleh kerana cermin cover helmet itu gelap, jadi aku dapat menangis tanpa ada sesiapa yang tahu. Abang Hariz menghidupkan motosikal setelah helmet tersarung di kepalanya. Aku terus naik mengikut cara yang pernah Ryan ajar pada ku. Hati ku pilu saat ini. Ryan, kenapa kau sanggup bermain dengan hati aku sendangkan di hati kau masih ada nama lain yang bertakhta. Adakah kau mengerti perasaan aku saat ini?
Don't cry. Don't sit down. It could be a little difficult.
Saying its nothing, you could forget about it for a while.
She said, I don't care for a weak guy. No matter how handsome he is.
I like a strong person who can protect his girl.
baby it’s now or never this time is right oh oh
Everything begans from this moment, oh oh
So that I won't get tired no matter how far I have to walk around,
Dear you, give me strenght. Feel so right.
One more time (one more time) One more time (one more time) Even if I fall again, one more time
You can do what you do. Shout out whenever you are tired.
I don't care for a weak guy. No matter how handsome he is.
I like a strong person who can protect his girl.
EVERYONE GET UP. ITS NOW, oh oh
EVERYTHING BEGINS AGAIN TODAY, oh oh
baby it’s now or never this time is right oh oh
No matter how high of a place, I will climb up, oh oh
I might be late but I won't give up.
baby it’s now or never yeah~ feel so right (feel so right)
I will...forget you...
I will forget you. Starting today,
I don't know you. I have never seen you.
We never even walked pass each other.
I'm okay. I forgot everything. I'm happy with my busy life.
I've met a great person too.
Love is always like this. It fades away after some time.
Can't even remember it, Oh.
When love goes away, another love comes again. It definitely will.
Even if it hurts now, it will hear a little later.
It will forget. I will too.
It's not difficult. I will forget everything after today.
I'm just getting used to my changed life. Oh~ No.
Love is always like this. It fades away after some time.
Can't even remember it. Yes~
I will erase everything.
I definitely will.
When love goes away, another love comes again. It definitely will.
Even if tears fall now, I will smile a little later.
I will (now) forget you (now). Just like a wound heals...
I will. I will. I will forget you.
Hati ku melagukan lagu I will forget you dalam drama korea ‘I’ve Fallen For You’ atau ‘Heartstring’. Air mata ku semakin laju mengalir. Untuk kali ini saja, aku akan menangis kerana kau, Ryan. Biarkan aku menangis untuk kali ini saja. Biarkan perasaan aku turut sama hilang bersama airmata ini. Moga esok, aku mampu berdiri tanpa perasaan ‘ini’ lagi dan mulai esok, aku pasti tersenyum riang seperti selalu.
No comments:
Post a Comment