U n Me

U n Me

Tuesday, December 27, 2011

U & ME - Episode 18

Tahun akhir aku sebagai siswi bermula. Terasa cepat masa berlalu. Awal-awal lagi aku sudah sampai ke hostel. Sementara menunggu Amira sampai, aku menonton drama korea 49 Day’s. Sekejap aku menangis, sekejap lagi aku ketawa geli hati. Apabila mendengar bunyi lock pintu dibuka, aku segera bangkit dan duduk diatas katil.

“ Assalamualaikum..” Ucap Amira yang membimbing beg besar di tangannya. Laju aku menolongnya mengangkat beg itu.

“ Waalaikumusalam..banyak nye barang kau bawa balik. This is our last year. Teruk kau angkut balik barang kau ni nanti.” Komen ku lalu meletakkan beg itu di tepi katil Amira.

“ Aku tahu. Tapi yang kat dalam ni..semua barang makan. Jangan marah.” Ujar Amira lalu duduk di birai katil melepaskan keletihan.

“ Kau memang gila! Tapi ok juga. Biar aku ikut gila dengan kau. Kalau macam ni, naik la berat badan aku ni.” Tutur ku dengan gelak tawa.

“ Gila makan, kan. Memang kena dengan muka kau tu.” Kutuk Amira rebah ke katil. Mungkin letih sangat kot.

“ Kau rehat la dulu. Lepas ni kita makan sama-sama. Aku ada bawa dinner special untuk kita hari ini. Tak perlu makan kat café.” Ujar ku perlahan lalu meniarap di atas katil semula dan menekan butang play untuk menyambung tontonan aku tadi. Aluanan lagu ‘Pabo Chorom’ 2PM (OST drama Personal Taste) kedengaran menandakan ada mesej masuk. Ringtone untuk mesej sejak peristiwa sedih itu berlalu. Semuanya aku tukar. Dari tone call & mesej hingga theme dan wallpaper telefon. Bukan setakat itu saja, wallpaper laptop pun sudah aku tukar. Apabila menyedari bunyi lagu itu agak kuat, laju tangan ku mencapai telefon bimbang bunyi itu mengganggu tidur Amira. Aku membuka mesej dari abang Hariz.

Assalamualaikum..tgh buat apa?

Aku tersenyum melihat mesej itu. Petang tadi, abang Hariz menawarkan diri untuk menghantar aku dan juga Aisya Akma. Aku menaip mesej balas untuknya.

Waalaikumusalam.. Maira tgh tgok Korean drama. Abg buat apa?

Aku menekan butang send. Aku kembali melihat skrin laptop. Sejak akhir-akhir ini, aku lebih selesa bercerita tentang semua hal dengan abang Hariz kecuali hal yang berkenaan dengan Ryan. Lagi pun, hal itu sudah pun aku buang jauh. Sekarang aku sudah buka buku baru. Mesej masuk lagi.

Drama korea? Tgh seronok la tu. Abg dgn Aisya mkn kat café ni. Maira dh mkn?

Aku membalas mesej tersebut dengan senyuman tak lekang di bibir.

Owh, ye ke? Maira blm mkn lagi. Abg mkn lah dulu. Kirim slm dgn Aisya ye. J

Seketika kemudian mesej masuk lagi. Dari abang Hariz.

Ok. Aisya kirim slm balik. Dia cakap take care! J

Laju tangan ku menaip mesej balas untuk abang Hariz.

No wory, k. Bye.

Sekali lagi bunyi mesej masuk. Aku tersenyum membaca mesej dari abang Hariz.

Bye. Abg msg lagi mlm nanti.

Amira bangkit dari katilnya. Dia mengosok mata berkali-kali. Aku menoleh kearahnya dengan senyuman.

“ Kau tak dapat tidur ke?” Soal ku perlahan. Tangan ku laju menutup GOM player dan folder 49 Day’s.

“ Tak dapat lelap langsung. Cuti kali ini, macam mana?” Soal Amira perlahan lalu mencapai tuala kecil yang tergantung di atas ampaian.

“ Best sangat. Kau?” Soal ku lalu duduk di birai katil.

“ Macam biasa. Kau nampak happy je. Dari tadi lagi aku dengar telefon kau busy semacam. Tone mesej pun dah tukar. Ada apa-apa ke?” Soal Amira dengan senyuman nakal. Dia menapak ke bilik air tanpa menutup pintu untuk mencuci muka.

“ Aku biasa je. Mesej dari abang aku lah.” Ujar ku agak nyering agar dapat di dengar oleh Amira yang berada di bilik air. Amira menjengok kearah ku di sebalik pintu bilik air.

“ Abang yang gitu-gitu ke?” Soal Amira laju. Aku mencebik kearah Amira yang mengosok lembut mukanya dengan pencuci muka.

“ Bukanlah. Abang Hariz. Kau nak tahu, dia dah slow talk dengan ummi aku tentang kami. So aku tak perlu la sesakkan fikiran aku dengan benda tu semua lagi.” Ujar ku menyuarakan kelegaan di hati.

“ Elok je ummi kau setuju. Cancel terus ke apa?” Ujar Amira pelik. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

“ Entah. Bukan cancel terus, tangguh je. Tapi dia ada cakap dengan ummi aku, biar aku sendiri yang buat keputusan tanpa ada sebarang paksaan. Hebatkan.” Ujar ku dan akhirnya tersenyum. Amira mengganggukkan kepala. Dia menghilang disebalik pintu bilik air. Mungkin tengah membilas mukanya dengan air.

“ Lain macam je bunyi kau tu. Ada harapan tak aku berabang iparkan abang Hariz tu.” Usik Amira seraya keluar dari bilik air sambil mengelap mukanya dengan tuala kecil. Aku menjeling kearahnya.

“ Lain macam apa pulak. Kalau kau nak, kau tak perlu berabang iparkan dia. Kau kahwin je dengan dia senang-senang je kau dapat title ‘wife’ dia. Amacam?” Usik ku sambil mengangkat kening kearah Amira. Amira mencebik.

“ Kau gila ke apa!” Kutuk Amira geram. Aku mengekek ketawa.

“ Aku serius la.” Ujar Amira lagi.

“ Aku pun serius.” Balas ku dengan senyuman.

“ Oh ya..lama tak dengar berita Ryan. Amacam before balik cuti? Ada cerita best tak?” Soal Amira teruja. Hati ku tersentak. Aku cuba tersenyum dan berbuat biasa.

“ Mana ada, biasa je. Kak Alma pun tak banyak berubah. Makin cantik tu, adalah. Abang Juan pun dah berbaik dengan kak Alma. Hubungan mereka nampak serius saja. Kali ini menjadi kot.” Ujar ku dengan tenang.

“ Ryan?” Soal Amira sepatah. Aku memandang wajah Amira sekilas.

“ Entah. Biasa je kot.” Ujar ku perlahan. Amira menganggukkan kepala apabila melihat aku seperti tidak berminat untuk bercerita lebih lanjut.

“ Jomlah kite makan. Kau bawa apa untuk dinner?” Ajak Amira mengembalikan suasana ceria.

“ Aku bawa rendang ayam, sayur midin belacan, ulam pucuk ubi dan pudding jagung.” Ujar ku lancar lalu tersenyum manis. Bekas makanan yang aku letakkan diatas meja aku ambil dan duduk bersila di atas lantai. Amira pun turut serta.

“ Kau masak?” Soal Amira teruja. Aku menganggukkan kepala.

“ Biar betul!” Ujar Amira seperti tidak percaya.

“ Kenapa? Kau ingat tangan aku ni, tangan kayu ke?” Soal ku dengan jelingan. Amira ketawa.

“ Pandai lah kau. Tangan kayu amende!” Kutuk Amira lalu membantuku menghidang makanan. Aku malas hendak mengambil pusing kata-kata Amira.

“ Sedap baunye..memang dah layak kahwin dah ni.” Usik Amira dengan senyuman nakal. Aku mengatap bibir. ‘Banyak mulut la minah ni!’ Gumam ku di dalam hati. Rindu juga dia bertekak dengan Amira.

“ Baik kau makan je. Karang aku yang tolong sumbat semua ni kat mulut kau tu. Mulut macam bertih jagung.” Kutuk ku pula. Amira mencebik.

“ Mengata orang. Yang dia tu dari tadi nak membebel je.” Balas Amira dengan senyuman. Aku mengatap bibir.

“ Ah! Malas aku nak layan kau. Baik aku makan.” Ujar ku lalu membaca doa. Amira cepat-cepat menadah tangan dan turut membaca doa makan.

“ Kite makan dulu..” Ujar Amira ala-ala iklan susu kanak-kanak lalu ketawa. Aku ikut ketawa melihat perangai Amira yang kadang-kala keanak-anakkan itu. Kami menjamu selera bersama dan masing-masing bercerita tentang aktiviti semasa cuti.

Aku melangkah laju ke dewan kuliah. Aku sememangnya sudah lewat 5 minit. Ini semua berlaku sebab aku tidak sedar alarm telefon ku berbunyi. Mungkin masih terbawa-bawa cuti panjang. Aku menguak pintu bilik kuliah, kedengaran suara prof Adli yang sedang memberi penerangan. Apabila menyedari kehadiran ku, prof Adli memandang ku dengan senyuman.

“ It’s a big surprise, dear! Come and have a seat.” Ujar prof Adli. Aku hanya tersinggih-singgih seraya mengambil tempat duduk yang masih kosong. Ah! Ini memang memalukan! First time dalam sejarah aku bergelar siswi di sini. Aku lihat Dewi menjeling ku dengan pandangan tajam. Sesi pembelajaran di teruskan. Aku menumpukan sepenuh perhatian kepada penerangan prof Adli. Sesekali aku menyalin nota-nota penting yang di sampaikan oleh prof Adli. Selesai sesi kuliah, semua student bergerak keluar dari dewan kuliah. Aku bangkit dan mengemas barang-barang ku.

“ Umaira.” Panggil prof Adli. Aku memandang wajah prof Adli.

“ Yes, Prof. Sorry sebab lewat tadi. Kesiangan.” Ujar ku jujur. Prof Adli tersenyum lalu menghampiri ku.

“ First time you datang lewat. Macam mimpi je. Kali ini, saya maafkan. Lepas ni, nampak nye, you kena hokum juga kalau lewat.” Ujar prof Adli dengan senyuman. Aku ketawa kecil mendengar kata-kata prof Adli.

“ Saya janji prof. Lepas ni saya tak akan buat lagi.” Jelas ku yakin. Prof Adli menganggukkan kepala.

“ Good. Last exam, you did very well. Almost full mark. I’m impress.” Ujar prof Adli ikhlas. Aku tersenyum mendengar pujian itu.

“ Thanks to you, prof.” Ujar ku dengan senyuman.

“ Don’t mention about it.” Ujar prof perlahan. Aku menyandang beg ke bahu.

“ Lepas ni, you nak pergi mana? Saya sebenarnya ada hal nak bincang dengan awak. Pasal Ryan.” Ujar prof Adli. Wajahnya serius pulak sekarang ni.

“ Kenapa prof?” Soal ku ingin tahu. Walaupun aku sudah lupa akan peristiwa semasa cuti itu, sebagai teman, aku tetap risau.

“ Pelajaran dia merosot. Saya tengok, korang pun rapat. So, saya nak awak tolong dia, boleh?” Ujar prof Adli membuatkan aku tersentak. Aku memang tiada masalah. Tapi, sudikah Ryan menerima bantuan ku? Aku termenung seketika.

“ Umaira..” Panggil prof Adli apabila aku membisu.

“ Ermm..Saya cuba.” Ujar ku tidak yakin dengan keputusan ku.

“ Thanks.” Ucap prof Adli perlahan dengan perasaan lega. Aku hanya tersenyum melihat reaksi prof Adli yang begitu mengambil berat akan studentnya.

“ Kalau tak ada apa-apa, saya nak balik dulu prof. Dah janji dengan Amira nak lunch sama-sama.” Jelas ku meminta diri. Prof Adli menganggukkan kepala. Aku terus berlalu dan bergegas ke café yang tidak jauh dari dewan kuliah. Aku lihat Amira sudah menunggu di port biasa kami. Aku mempercepatkan lagi langkah ku.

“ Lama kau tunggu?” Soal ku lalu duduk berhadapan dengan Amira. Amira tersentak sambil mengurut dada. Beg sandang aku letakkan diatas meja.

“ Terkejut aku!” Adu Amira.

“ Sorry.” Ujar ku sambil ketawa kecil.

“ Kenapa lewat?” Soal Amira perlahan.

“ Short talk with prof Adli.” Jawab ku perlahan.

“ Mesti sebab kau lambat pagi tadi kan? Aku lagi teruk kena penangan prof Nadia. Panas juga telinga aku.” Luah Amira meluahkan rasa hatinya.

“ Prof Adli tak marahkan aku. Just bagi last warning.” Ujar ku perlahan.

“ So, kau nak makan apa?” Soal Amira perlahan mengubah topic perbualan.

“ Aku nak makan mamak mee dan soya plus cincau.” Ujar ku laju. Amira memandang ku dengan seribu pertanyaan.

“ Kenapa?” Soal ku apabila Amira masih memandang wajah ku.

“ Kau ok ke? Tak pernah kau order mee tengah hari macam ni. Lepas tu minum soya pula dah. Aku dapat rasa, kau pelik sangat kali ini. Banyak benda dah berubah.” Luah Amira menyuarakan isi hatinya.

“ Hidup perlukan perubahan. Tapi, bukan perubahan kearah keburukan, tapi kepada yang lebih baik. Tak salahkan?” Ujar ku bersahaja. Aku pun tidak tahu mengapa diri ku berubah sebegini.

“ Kau order macam biasa ke?” Soal ku pula. Amira menganggukkan kepala.

“ Aku pergi order. Kau tunggu sini.” Ujar ku seraya bangkit ke kuanter. Selepas membuat order, aku kembali menapak ke tempat duduk kami semula. Namun, Amira tidak keseorangan. Aku tersentak dan langkah ku terhenti. Ryan? Aku menarik nafas panjang dan melepasnya perlahan-lahan. Langkah ku teruskan dengan yakin.

“ Dah order?” Soal Amira dengan senyuman. Aku mengambil tempat duduk di sebelah Amira kerana tempat ku sudah di duduki Ryan.

“ Dah.” Jawab ku sepatah namun senyuman tetap ku ukir di bibir.

“ Kau dah order, Ryan?” Soal Amira sambil memandang wajah sugul Ryan. Aku memandang wajah Ryan sekilas. Wajah Ryan kelihat muram sekali dan tidak seperti selalu. Dia hanya tersenyum hambar. Alunan lagu ‘ugly’ 2NE1 kedengaran menandakan ada panggilan masuk. Aku mengambil beg sandang ku dan mencapai telefon. Aku memandang skrin telefon. Tertera nama abang Hariz di situ. Aku bangkit.

“ Aku jawab call dulu.” Ujar ku kepada Amira. Aku terus menapak tidak jauh dari situ. Di sudut café agar bunyi bising tidak mengganggu perbualan ku nanti. Aku menjawab panggilan tersebut.

“ Assalamualaikum.,.” Ucap ku sebagai pembuka kata.

“ Waalaikumusalam..tengah buat apa?” Soal abang Hariz. Aku tersenyum senang. Sesekali aku memandang kearah Amira dan Ryan. Dan saat itu mata ku bertemu pandang dengan mata Ryan yang memandang kearah ku. Aku mengalih pandangan ku kearah lain. Mungkin ianya tindakkan reflek. Aku pun tidak tahu.

“ Maira kat café. Lunch dengan roommate Maira, Amira.” Jawab ku perlahan.

“ Owh..yeke? Macam mana first day turun kuliah? Ok?” Soal abang Hariz perihatin. Aku ketawa apabila mengenangkan yang aku dan Amira terlajak tidur pagi tadi. Itulah padahnya tidur balik selepas subuh.

“ Abang nak tahu tak? Maira dan roommate Maira dua-dua lewat masuk kuliah. Kena ceramah juga sebab lambat. Maira tak teruk sangat kena. Roommate Maira tu, kena teruk.” Jelas ku diiringi gelak tawa.

“ Laa..first kuliah dah lambat ke? Syok sangat tidur tu.” Ujar abang Hariz ikut ketawa.

“ Buat apa malam tadi? Layan cerita korea lagi ke?” Soal abang Hariz seperti dapat menduga. Aku mengatap bibir.

“ Mana abang tahu ye.” Ujar ku dengan senyuman.

“ Aisya cakap, sepanjang cuti Maira layan cerita korea before tidur. So, abang teka je. Jadi betullah ni?” Ujar abang Hariz membuatkan aku ketawa. Aisya ni memang tidak boleh simpan rahsia.

“ Ala..Aisya pun sama. Dia pun join sekali.” Ujar ku enggan mengalah. Abang Hariz ketawa.

“ Abang tahu. Tak apa lah, nanti abang call lagi. Maira lunch dulu ye.” Ujar abang Hariz lembut.

“ Ok. Abang pun jangan skip lunch pulak. Kalau tak nak lunch sorang-sorang, ajak Aisya sekali. Dia tu lebih rela tak makan dari makan sorang-sorang.” Ujar ku pula. Abang Hariz ketawa.

“ Iyelah. Memang abang selalu lunch or dinner dengan dia. Kalau tak, memang abang tak nampak batang hidung dia kat café.” Jelas abang Hariz.

“ Baguslah. Kirimkan salah Maira pada Aisya nanti, ya” Ujar ku dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

“ Ya, nanti abang sampaikan salam Maira tu. Nanti abang call lagi ya. Bye.” Ujar Abang Hariz lembut.

“ Ok, bye. Assalamualaikum,.” Ucap ku riang.

“ Waalaikumusalam..” Balas abang Hariz lalu talian ku matikan. Aku kembali menapak kearah Amira dan Ryan.

“ Siapa?” Soal Amira ingin tahu.

“ Abang Hariz.” Jawab ku jujur. Aku kembali duduk di sebelah Amira. Aku menghadap mee mamak yang ku order tadi. Aku memandang kearah Ryan. Aku ingin berbuat seperti biasa.

“ Kau tak order lagi?” Soal ku dengan nada biasa ku sebelum ini. Ryan memandang ku lama.

“ Aku tak ada selera.” Ujar Ryan jujur. Aku menganggukkan kepala. Amira memandang wajah ku dan Ryan silih berganti.

“ So, aku dah lapar giler ni.” Ujar ku seraya menadah tangan untuk membaca doa. Amira ikut menadah tangan. Aku membaca doa makan perlahan dan terus menyedup air soya cincau untuk membasahkan tekak ku. Aku memerah limau di atas mee mamak dan mengaul mee itu agar sebati. Aku menyuap sesudu mee ke mulut.

“ Selalu juga abang Hariz tu contact kau ye.” Tutur Amira menghidu suasana yang terasa kosong. Dia seperti dapat menghidup kesepian suasana sejak Ryan muncul. ‘Bergaduh ke mereka berdua ni?’ Fikir Amira.

“ Dah dia tu abang aku. Dia ada setiap kali aku perlukan seseorang untuk dengar celoteh aku, masalah aku dan temankan aku masa aku down.” Ujar ku lancar. Ryan hanya menjadi pendengar setia.

“ Hebat juga. Kau bagi lah peluang kepada dia. Aku tengok dia ok ape.” Ujar Amira cuba memancing reaksi Ryan pula. Dia memang dapat rasakan Ryan menyimpan perasaan kepada Umaira. Ryan sedari tadi asyik memandang Umaira.

“ Dia memang ok sangat-sangat.” Ujar ku sambil menyudu lagi mee kedalam mulut ku. Amira memandang ku dengan senyuman. Ryan menoleh kearah lain. Tapi aku tahu dia turut mendengar. Biarlah. Lagi pun, kami bukan ada apa-apa pun.

“ Nantilah aku fikir, sekarang ni..apa yang penting aku nak lulus cemerlang dalam final exam.” Ujar ku yakin. Amira tersenyum lagi. Ryan memandang kearah ku.

“ Jangan lupa aku pulak.” Tutur Amira seperti memberi amaran. Aku ketawa mendengar amaran itu.

“ Kau ingat aku ni apa? Aku tak akan lupa punya.” Ujar ku yakin. Amira tersenyum senang.

“ Kau betul tak nak makan ni?” Soal ku kepada Ryan. Ryan tersentak apabila mata kami bertemu pandang saat dia leka memandang ku.

“ Err..ya. Aku tak lapar.” Ujarnya lalu bersandar di kerusi.

“ Oh ya, tadi lepas kuliah prof Adli ada cakap dengan aku tentang kau. Kau ada masalah ke? Result kau merosot kali ini.” Ujar ku terus-terang tanpa berselindung lagi. Amira tersentak.

“ Betul ke?” Soal Amira seperti tidak percaya.

“ As a friend, aku dan Mira boleh tolong. Kalau ada masalah, kau cakap je kat kite orang.” Ujar ku perlahan tanpa memandang wajah Ryan. Entah mengapa aku rasa hati ku bagai di hiris-hiris.

“ Kau jangan risau. Aku ok.” Ucap Ryan perlahan. Jual mahal la pulak. Aku dah niat nak tolong ni dah cukup bagus.

“ Kalau ada masalah, jangan sampai ganggu pelajaran. Pandai-pandailah nak handle masalah tu. Kalau tak nak ada masalah, jangan buat masalah. Itu je pesan aku.” Ujar ku lagi. Ryan menjeling kearah ku. Amira sudah terhidu pergaduhan akan berlaku bila-bila masa saja lagi.

“ Kau jangan risau, aku tak akan susahkan kau pun.” Balas Ryan dengan intonasi yang segaja di keraskan.

“ Pembetulan. Aku tak risau, ok. Aku cuma rimas bila prof Adli datang kepada aku pasal kau. Kalau kau tak nak susahkan aku. You better mark your own words. Jangan sampai prof Adli suruh aku jumpa kau dan beri pertolongan kepada kau. Sebab aku tak akan tolong mulai detik dan saat ini.” Ujar ku serius. Amira sudah pening kepala.

“ Kenapa kau marah sangat ni? Pasal hari itu ke?” Soal Ryan yang sudah naik marah mendengar kata-kata pedas dari ku. Aku menggelengkan kepala.

“ Hal ini tak ada kaitan dengan hal hari tu. Bagi aku hal itu dah masuk dalam sejarah. Apa yang penting bagi aku sekarang, masa depan. Aku tak nak buang masa aku dengan memberi pertolongan dengan orang yang tak ada inisiatif nak tolong diri dia sendiri. Come on, Ryan. Grow up. Takkan itu pun aku nak ajar kau. Kau patut fikir masa depan kau sendiri. Buat apa kau nak sesakkan kepala kau dengan masalah yang entah apa-apa tu. Tak berbaloi kau belajar selama 4 tahun untuk kau gagalkan diri kau macam ni. Jangan jadi bodoh, boleh tak. Kau ingat, kalau kau gagal final exam nanti orang akan kasihan kan kau? Orang akan pandang kau dengan rasa bersalah? Excuse me, Ryan. Tak ada orang yang akan simpati pada kau. Mereka akan pandang rendah pada kau. Bukan mereka aje, aku pun akan pandang rendah pada kau. Kalau aku jadi kau, aku tidak akan biarkan perkara bodoh itu ganggu pelajaran aku dan aku tidak akan musnahkan masa depan aku sendiri.” Ujar ku panjang lebar seraya meletakkan sudu dan garfu diatas pinggan mee mamak yang baru separuh aku jamah.

“ Aku balik dulu Mira. Aku nak ke library. Kalau kau nak balik, kau balik dulu.” Ujar ku lalu mengambil beg sandang ku dan meninggalkan Amira dan Ryan yang masih terdiam mendengar kata-kata ku. Laju saja langkah ku kearah library. Hati ku tersentuh tiba-tiba apabila memikirkan Ryan yang terlalu mengikut perasaan itu. Namun aku tersentak apabila lengan ku di paut seseorang. Aku menoleh. Ryan? Aku merentap kasar lengan ku.

“ Kau kecewa sebab aku suruh kau lupakan hal itu, kan?” Soal Ryan membuatkan aku ketawa.

“ Excuse me, aku paling benci pada lelaki yang berfikiran sempit macam kau. Aku rasa lega bila kau suruh aku lupakan hal itu. Sebab aku tidak tahu macam mana nak luahkan pada kau supaya kau tidak kecewa. Aku tak perlukan ‘loser’ macam kau untuk jadi pembimbing dan pelengkap hidup aku.” Ujar ku kasar. Ryan menguak rambutnya kebelakang. Rasa tercabar dengan kata-kata aku.

“ Kau nak balas dendamkan?” Ujar Ryan geram. Sekali lagi aku ketawa.

“ Ryan, untuk apa aku nak balas dendam. Tak ada maknanya. Ya, mulanya memang aku sukakan kau. Tapi mujur aku cepat sedar dari dunia khayalan yang kau cipta. Masih belum terlambat untuk aku sedar bahawa semua itu hanya sesuatu yang sia-sia.” Ujar ku menyuarakan semua yang terbuku di hati ku. Ryan memandang ku dengan renungan yang tajam.

“ Kau masih sukakan aku kan?” Soal Ryan yakin. Aku ketawa lagi mendengar kata-kata Ryan.

“ Maaf, aku dah lupakan perasaan aku itu. Aku tak akan sesakkan fikiran aku dengan masalah kau lagi. Kalau kau frust menongeng sekali pun, aku tak akan ambil perduli lagi. So, aku harap, aku tak akan dengar apa-apa pun tentang kau dari siapa-siapa. Kalau tak. Aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kau dengan tangan aku sendiri.” Ujar ku kasar seraya meninggalkan Ryan seorang diri. Air mata ku jatuh ke pipi. Dengan rakus aku menyeka air mata ku. Puas hati sebab aku dapat menyuarakan isi hati yang aku pendam selama ini.

Wednesday, December 21, 2011

U & ME - Episode 17

Sudah seminggu aku bercuti. Namun sudah seminggu juga aku terperap di dalam bilik sahaja. Jenuh ummi berleter dengan ku agak keluar bersama dengan Abang Hariz Hakimy. Aisya Akma, adik ku sering kali menasihatkan aku agar lebih menghargai Abang Hariz. Namun, aku sudah tidak mampu untuk berfikir saat ini. Hati aku sudah hancur. Aku seperti lalang yang di tiup angin. Petang itu, aku meminta kebenaran ummi untuk ke pantai. Aku ingin mencari ketenangan yang aku rasakan hilang sejak hilangnya Ryan dalam hidup ku. Betapa pedihnya hati ini. Sudah kering air mata untuk ku tangisi duka di hati ini. Aku duduk diatas batu besar sambil memerhati kearah laut yang terbentang luas. Bunyi kicauan burung dan deruan ombak memberikan aku ketenangan. Indahnya ciptaan Allah. Air mata ku jatuh ke pipi. Betapa aku terlupa bahawa setiap yang terjadi itu adalah ketentuan Allah. Aku lupa untuk mensyukuri nikmat-Nya dan menyalahkan ketentuan-Nya. Berdosanya aku. Benar kata orang, cinta sejati adalah cinta kepada Allah. Walaupun cinta sesama insan menjauhi kita, tapi kasih sayang dan cinta Allah kepada umat-Nya tetap ada malah kekal untuk selamanya.

“ Maira.” Tegur satu suara. Aku tersentak seraya menyeka airmata ku. Aku menoleh kearah suara itu. Wajah abang Hariz yang tenang itu aku tatap seketika.

“ Maira ok, ke?” Soalnya apabila aku masih lagi melihat redupnya pandangan itu. Abang Hariz menghampiri ku dan duduk di atas batu yang ada tidak jauh dari ku.

“ Abang tengok Maira macam ada masalah je. Sejak pulang hari itu, Maira off handphone. Abang risau. Bukan abang saja. Tapi semua orang.” Luah abang Hariz membuatkan aku terharu.

“ Maaf. Maira dah banyak kali susahkan semua orang. Tapi..Maira cuma ingin menenangkan diri seketika. Hati Maira tak tenang.” Ujar ku jujur dan sayu sekali.

“ Maira, tak ada manusia yang tidak ada masalah. Angap je semua itu ujian daripada Allah. Itu tandanya, Allah sayangkan Maira. Sebab tu Dia menduga hati Maira. Dia nak tahu sejauh mana keimanan Maira kepada-Nya.” Pujuk abang Hariz lembut. Hati ku terpujuk. Air mata ku mula tumpah. Bagai tidak mahu berhenti.

“ Menangislah Maira, andai itu dapat mengurangkan keresahan dan kepedihan di hati. Jangan pendam dan simpan di dalam hati. Insyallah, lepas ni Maira akan rasa lega. Banyak-banyak berdoa kepada Allah agar hati kita sentiasa tenang. Maira tahukan?” Tambah abang Hariz lagi. Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Air mata ku seka perlahan. Wajah abang Hariz ku tatap.

“ Kenapa abang begitu baik dengan Maira? Sedangkan Maira selalu sahaja kecewakan abang. Abang tak pernah ambil hati pun. Maira rasa abang terlalu baik untuk Maira. Maira tak layak pun untuk digandingkan dengan abang.” Luah ku dalam sendu. Memang aku menyenangi sikap abang Hariz. Dia seorang yang berfikiran matang. Aku menoleh kearahnya sekilas.

“ Maira..lupakan semua hal yang berlalu dan teruslah melangkah kehadapan. Kami semua sokong keputusan Maira. Tentang hal kita tu, abang dah slow talk dengan keluarga Maira. Mereka setuju agar rancangan mereka itu di tangguh dahulu.” Jelas abang Hariz. Aku tersentak.

“ Betul ke?” Soal ku tidak percaya. Mudahnya bagi abang Hariz untuk mengubah keputusan ummi. Walaupun aku, anaknya sendiri tidak mampu mengubahnya.

“ Betul la. Takkan abang nak tipu pula. Abang tahu, Maira tertekan dengan semua ini kan?” Jawab abang Hariz lembut. Abang Hariz memang seorang yang memahami. Aku menjadi kagum dengannya. Hati ku tenang setelah berbual dengan abang Hariz. Aku mengukir senyum manis. Tapi, jika abang Hariz tahu aku menangis dan kecewa kerana lelaki lain..adakah dia akan tetap memujuk aku disini?

“ Now..you’re smiling. It’s enough for me. Kalau ada masalah, Maira boleh cakap dengan abang, ye.” Ujar abang Hariz bersungguh-sungguh dengan senyuman.

“ Abang memang baik. Maira doakan abang jumpa perempuan yang baik macam abang juga. Yelah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” Tutur ku dengan senyuman. Abang Hariz menganggukkan kepala.

“ Abang tak kisah pun semua itu, Maira. Kalau dia jodoh abang..abang terima dengan hati terbuka.” Jelas abang Hariz. Aku mengatap bibir. Bodohnya aku kerana terlalu mengikut perasaan. Ye…life still go on, Ryan. Aku akan mulakan hidup aku yang baru. Aku akan lupakan kau, Ryan. Terima kasih dengan semua yang kau berikan kepada ku. Perasaan suka, kasih, sayang, benci dan rindu.

“ Aisya plan nak bercuti nanti. Maira nak ikut?” Ujar abang Hariz lembut. Dia memandang ku seketika.

“ Oh, ye..bercuti di mana?” Soal ku teruja. Abang Hariz hanya tersenyum melihat reaksi ku.

“ Ke resort katanya. Tapi abang tak pasti di mana.” Ujar abang Hariz lagi.

“ Pulang nanti Maira tanya dia.” Ujar ku lalu bangkit.

“ Jom balik. Dah lama rasanya Maira kat sini. Nanti takde teksi pula. Haru.” Ujar ku lalu mengorak langkah.

“ Abang hantar, boleh?” Soal abang Hariz perlahan. Langkah ku mati dan menolek kearahnya.

“ Abang drive ke tadi?” Soal ku.

“ Nope..racing!” Ujar abang Hariz. Mata ku terbeliak.

“ Guna motosikal? Ada helmet spare ke? Abang ada lesen ke?” Soal ku bertubi-tubi. Abang Hariz ketawa geli hati.

“ Iye, guna motosikal. Memang ada bawa sebab abang memang rancang nak bawa Maira balik. Lesen tu je, takde.” Ujar abang Hariz selamba. Aku buat muka terkejut.

“ Biar betul?” Soal ku lagi inginkan kepastian. Abang Hariz ketawa.

“ Maira..abang gurau saja lah. Mana boleh takde lesen. Jangan risau.” Ujar abang Hariz lalu menghampiri ku.

“ Jom.” Pelawanya. Kami berjalan seiringan.

“ Maira nak tanya sikit, boleh?” Soal ku perlahan. Kami berbalas pandangan seketika.

“ Tanyalah.” Ujar abang Hariz sepatah.

“ Mana abang tahu Maira ada kat sini?” Soalku ingin tahu.

“ Abang memang ada kat rumah Maira tadi. Tapi Maira langsung tak nampak abang. Bila dengar Maira nak ke pantai guna teksi lagi tu..abang jadi risau. Abang follow lah dari belakang sampai ke sini.” Ujar abang Hariz. Aku terkedu. Namun senyuman ku ukir buatnya.

“ Abang memang baik hati. Terbaeekkk!” Ujar ku dengan senyuman.

“ Terima kasih sebab datang untuk Maira hari ini.” Tambah ku lagi dengan perasaan sayu.

“ Perkara kecil je tu. Abang cuma risaukan Maira. Kalau orang lain pun akan buat benda yang sama.” Tutur abang Hariz merendah diri.

“ Tapi besar bagi Maira.” Balas ku perlahan. Kami hanya membisu sehingga tiba di tempat abang Hariz memakirkan motosikalnya. Melihat motosikal itu, aku kembali teringat kepada Ryan. Untuk hari ini saja aku ingat semua ini. Abang Hariz menyarungkan helmet full face ke kepala ku. Aku tidak mengelak oleh kerana cermin cover helmet itu gelap, jadi aku dapat menangis tanpa ada sesiapa yang tahu. Abang Hariz menghidupkan motosikal setelah helmet tersarung di kepalanya. Aku terus naik mengikut cara yang pernah Ryan ajar pada ku. Hati ku pilu saat ini. Ryan, kenapa kau sanggup bermain dengan hati aku sendangkan di hati kau masih ada nama lain yang bertakhta. Adakah kau mengerti perasaan aku saat ini?

Don't cry. Don't sit down. It could be a little difficult.
Saying its nothing, you could forget about it for a while.
She said, I don't care for a weak guy. No matter how handsome he is.
I like a strong person who can protect his girl.

baby it’s now or never this time is right oh oh
Everything begans from this moment, oh oh
So that I won't get tired no matter how far I have to walk around,
Dear you, give me strenght. Feel so right.

One more time (one more time) One more time (one more time) Even if I fall again, one more time
You can do what you do. Shout out whenever you are tired.
I don't care for a weak guy. No matter how handsome he is.
I like a strong person who can protect his girl.

EVERYONE GET UP. ITS NOW, oh oh
EVERYTHING BEGINS AGAIN TODAY, oh oh

baby it’s now or never this time is right oh oh
No matter how high of a place, I will climb up, oh oh
I might be late but I won't give up.
baby it’s now or never yeah~ feel so right (feel so right)

I will...forget you...

I will forget you. Starting today,
I don't know you. I have never seen you.
We never even walked pass each other.
I'm okay. I forgot everything. I'm happy with my busy life.
I've met a great person too.

Love is always like this. It fades away after some time.
Can't even remember it, Oh.

When love goes away, another love comes again. It definitely will.
Even if it hurts now, it will hear a little later.
It will forget. I will too.

It's not difficult. I will forget everything after today.
I'm just getting used to my changed life. Oh~ No.

Love is always like this. It fades away after some time.
Can't even remember it. Yes~

I will erase everything.
I definitely will.

When love goes away, another love comes again. It definitely will.
Even if tears fall now, I will smile a little later.
I will (now) forget you (now). Just like a wound heals...
I will. I will. I will forget you.

Hati ku melagukan lagu I will forget you dalam drama korea ‘I’ve Fallen For You’ atau ‘Heartstring’. Air mata ku semakin laju mengalir. Untuk kali ini saja, aku akan menangis kerana kau, Ryan. Biarkan aku menangis untuk kali ini saja. Biarkan perasaan aku turut sama hilang bersama airmata ini. Moga esok, aku mampu berdiri tanpa perasaan ‘ini’ lagi dan mulai esok, aku pasti tersenyum riang seperti selalu.

U & ME - Episode 16

Hari ini ada exam, aku sudah sedia di luar dewan peperiksaan. Dua minggu aku bertapa di dalam bilik dan kadang-kala menjadi tetamu setia di library. Amira pun tekun mengulang kaji pelajaran. Ryan, aku memang tidak nampak batang hidungnya. Cuma dia menghubungi aku setiap hari tepat pukul 10 malam. Masa itu juga aku akan secara automatiknya menjadi tetamu di dalam bilik air. Amira dah naik hairan melihat ku. Macam ada temu janji dengan bilik air je. Dah tu, siap bawa phone. Kes aku memang makin parah. Terus-terang aku katakana, kalau Ryan tak call seperti biasa aku akan resah. Sudah berkali-kali aku menafikannya. Namun, memang ajaibkan? Dengan satu call saja dari dia, aku terus melonjak kegembiraan. Tapi aku tidak menunjukkan yang aku menunggu panggilan darinya. Aku tersenyum sendiri.

“ Morning.” Tegur satu suara. Aku mendongak melihat si empunya suara.

“ Morning. Long time no see.” Ujar ku bersahaja. Adam duduk di kerusi di sebelah ku. Keadaan sunyi sepi seketika. Cuma gelak tawa siswi yang berhampiran saja kedengaran. Mata ku menoleh ke kiri dan ke kanan. Takut-takut Ryan naik berang apabila melihat aku berdua dengan mamat kasanova ini. Dari jauh aku lihat Dewi mencebik kearah ku. Ah! Ini memang kes tak puas hati dengan aku lah tu.

“ Aku tengok kau dan Ryan lain macam je. Sampai si Dewi tu naik muncung dengan kau sebab dia tu minat giler dengan si Ryan.” Tutur Adam yang menyedari pandangan ku pada Dewi dan muka masam Dewi.

“ Mana ada. Biasa je.” Dalih ku. Malas nak bersembang ala-ala mesra alam dengan mamat kasanova ni. Kalau orang nampak ni, mesti heboh satu kampus.

“ Kau sihat?” Soal Si Romeo. Aku mengatap bibir. Dah habis idea mengayat ke mamat ni? Kalau aku tak sihat, dah lama aku membuta kat hostel.

“ Hurmm..yup.” Ujar ku sepatah tanpa menoleh kepada Adam. Mata ku masih pada nota ringkas di tangan ku.

“ Lepas exam ni kau free tak?” Soal Adam memulakan pancingnya. Aku tersenyum sendiri.

“ Tak. Aku ada hal.” Ujar ku selamba.

“ Ye ke? Aku ingat nak ajak kau keluar jalan-jalan. Tenangkan fikiran.” Ujar Adam berbau hampa.

“ Laa..kau ajak la orang lain.” Ujar ku tidak senang.

“ Tapi aku nak ajak kau jugak.” Tutur Adam. Sah words romeo sudah keluar. Aku memang allergic dengan ayat-ayat spesis ini.

“ Hi, Maira. Lama tunggu.” Tegur satu suara yang amat aku kenali. Aku pantas mendongak. Senyuman ku ukir buat Ryan. Amira berdiri di sisinya. Amira menarik tangan ku. Sekali lagi aku diselamatkan dari saat-saat genting yang menyesakkan minda. Adam berubah riak apabila Ryan memandangnya dengan tajam.

“ Korang menghilang kemana. Lama aku tunggu tau.” Ujar ku turut menghidupkan lakonan yang dimulakan oleh Ryan.

“ Aku ada hal tadi. Kebetulan jumpa dengan Amira ni. So, kita nak wish dulu to each others before exam. Macam tak biasakan.” Ujar Ryan. Aku tersenyum gembira. Amira sudah pelik dengan tingkah ku. Namun dia membiarkan saja sesi lakonan kami.

“ Jom, kita buat wish dulu. Bye, Adam.” Ujar ku lalu menarik tangan Amira. Ryan mengiringi langkah aku dan Amira.

“ Thank goodness korang sampai tempat pada waktunya. Aku ngeri dengan Romeo tu. Rasa kena geletek je dengar words dia tu.” Jelas ku menyuarakan rasa hati yang lega. ‘Patut la muka dia beria-ia sangat berlakon tadi.’ Fikir Amira yang mulai faham dengan situasi ku yang kurang senang dengan kehadiran Adam (Kasanova Kampus). Amira tersenyum sendiri.

“ Korang macam tahu-tahu je.” Tambah ku lagi dan menarik nafas lega.

“ Hero kau yang sebenarnya, bukan aku tau. Tu..kecik hati dia.” Ujar Amira sambil memuncung mulutnya kearah Ryan.

“ Dua-dua sekali la.” Ujar ku dengan senyuman. Apa tak nya, si Ryan tu melantak tengok muka aku. Mahunya aku tak mengelabah.

“ Kau nampak tak muka sekupang Dewi tadi. Mesti dia tu makan hati berulam jantung. Kang betul-betul korang ni bercinta, baru dia tu putih mata. Kata-kata tu satu doa.” Omel Amira dengan senyuman nakal. Aku mengatap bibir.

“ Mulut tuuu..” Ujar ku lalu mencubit lengan Amira.

“ Betul apa. Tak gitu, Ryan?” Usik Amira pulak.

“ No comment.” Ujar Ryan dengan senyuman. Keadan itu makin membuatkan Amira naik pelik. Biasanya, kalau di usik macam ni, suara dua-dua boleh sampai ke langit. Ini lain pulak, sorang malu-malu kucing. Yang seorang lagi senyum-senyum je. ‘Sah ada apa-apa ni’ desis hati Amira. ‘Takpe, nak rahsia ye? Sampai masanya nanti, aku tahu jugak’ fikir Amira.

“Ok. Sampai kat sini je dulu. Good luck to boths of you!” Ujar ku menukar mood yang ala-ala sentimental itu.

“ You too. Do the best!” Ujar Amira dengan senyuman sambil menarik hidung ku. Sempat aku menepis tangannya tanda protes.

“ Kau jugak, Ryan. Tapi kau ni dah terlebih pandai. Aku tak risau sangat.” Ujar Amira bersahaja. Ryan ketawa geli hati.

“ Ek eleh, mana ada. Aku bukan nye pandai sangat pun. Tu, mentor aku barulah tip-top punye.” Ujar Ryan sambil menjuih bibirnya pada ku.

“ Banyak la kau punya mentor. Tak kuasa. Apa-apa pun, Good luck k.” Ujar ku lagi. Ryan tersenyum manis.

“ Buat yang terbaik. Hati-hati jawab soalan.” Ujar Ryan perlahan. Aku hanya tersenyum seraya menganggukkan kepala.

“ Wish untuk aku mana?” Soal Amira sambil menjeling kearah Ryan.

“ Kau pun, Mira. Jangan main tembak dan hentam keromo je.” Ujar Ryan lalu ketawa. Aku turut ketawa.

“ Dah nak mula ni. Lepas exam nanti kita jumpa lagi.” Ujar ku sambil memandang wajah itu satu-persatu.

“ Ok. Apa kata kita lunch sama-sama?” Cadang Amira.

“ Sure!” Sokong Ryan pula. Kedua-duanya menunggu jawapan ku.

“ Aku ikut je.” Ujar ku perlahan dan perbualan kami berakhir di situ. Masing-masing masuk ke dewan kuliah. Dengan lafaz ‘Bismillahirahmanirahim..’ aku menapak masuk ke dewan kuliah. Aku berdoa di dalam hati agar keputusan kali ini aku dapat mengekalkan pointer aku malah lebih baik.

Seminggu lepas exam, cuti semester bermula. Sebulan tu. Agak-agak, boleh ke aku tak jumpa Ryan dalam masa tu. Aku dilanda resah. Dering lagu I’m The Best 2NE1 kedengaran. Aku mencapai telefon dan melihat nama yang tertera di skrin telefon. Aku mengatap bibir. Sudah lama aku tidak berhubung dengan Abang Hariz Hakimy. Aku pantas menjawab panggilan itu.

“ Assalamualaikum.” Ucap ku perlahan.

“ Waalaikumusalam. Maira sihat?” Ujar Abang Hariz Hakimy pula.

“ Sihat. Abang sihat?” Balas ku pula. Sebenarnya aku tiada idea nak cakap apa. Hentam sajalah labu.

“ Cuti ni, Maira balik?” Soal Abang Hariz Hakimy. Aku mengatap bibir. Besar kemungkinan dia nak ajak aku pulang sekali.

“ Rasanya balik kot. Tapi..balik lambat sikit sebab nak ke rumah keluarga angkat Maira dulu sebelum balik.” Ujar ku terus-terang. Teringat lagi yang Ryan memberitahunya untuk ke rumahnya dahulu sebelum balik bercuti. Katanya mama, papa dan Abang Juan dah rindu sangat kepada ku. Aku terus setuju.

“ Owh..macam tu. Ingatkan nak ajak Maira balik sekali.” Jelas Abang Hariz berbau kecewa. Nah..kan aku dah cakap. Mesti dia nak ajak aku balik sekali dengan dia. Aku rasa aku perlu berterus-terang dengan Abang Hariz tentang perasaan ku. Aku takut kiranya aku terlambat untuk berterus-terang.

“ Lain kali lah. Ermm..sebenarnya Maira nak cakap sesuatu dengan abang. Nanti sampai rumah, Maira akan atur masa untuk kita jumpa. Boleh?” Tutur ku lembut. Aku sememangnya simpati kepada Abang Hariz. Namun, persoalan hati ini tidak boleh di paksa. Aku cuma berharap Abang Hariz dapat memahami aku.

“ Ok. Kalau macam tu, nanti Maira bagitahu bila ye. Abang balik esok, Aisya pun balik sekali dengan Abang. Kalau, Maira ubah fikiran, cepat-cepat bagitahu Abang ya.” Ujar Abang Hariz bersungguh-sungguh. Aku mengatap bibir. Sungguh, aku tidak sanggup melukakan hatinya.

“ Baiklah. Abang jangan risau. Sampaikan salam Maira pada adik ya. Thanks.” Ujar ku perlahan.

“ Ok. Jumpa nanti.” Ujar Abang Hariz.

“ Ok.” Balas ku.

“ Bye, assalamualaikum.” Ucap Abang Hariz lambat-lambat.

“ Waalaikumusalam. Bye.” Balas ku lalu talian ku matikan. Tidak sanggup untuk meneruskan perbualan dengannya. Hati ku tersentuh dengan keperihatinannya.

“ Siapa call?” Soal Amira yang baru keluar dari bilik air. Aku menoleh dan mengukir senyuman hambar.

“ Abang Riz.” Jawab ku perlahan. Amira mengganggukkan kepala lalu duduk di birai katil. Dia masih memerhati reaksi ku.

“ So..kau rasa, kau akan cakap dengan dia tentang perasaan kau nanti? Kau yakin?” Soal Amira perlahan. Aku duduk bersila diatas katil berhadapan dengan Amira.

“ Aku terpaksa Mira. Aku tak nak dia meletak harapan yang tinggi pada aku. Tipu kalau aku cakap aku tak suka dia langsung. Aku sukakan dia, tapi tak lebih dari seorang abang. Lagi pun, aku mana ada abang kan. Aku dah anggap dia macam abang kandung aku sendiri.” Jelas ku panjang lebar. Amira tersenyum.

“ Kau rasa, Ummi kau setuju?” Soal Amira pula. Aku mengatap bibir.

“ Itu masalah yang lebih besar. Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan ummi aku. Aku takut dia marah dan kecewa dengan aku. Aku pun tak nak memalukan ummi aku. Sebab mama Abang Riz tu kawan baik dia.” Jelas ku menyuarakan keresahan dihati.

“ Rumit betul kisah kau ni. Aku pun dah tak ada idea nak tolong kau. Melainkan, kau bawa kekasih hati kau balik sekali masa cuti ni nanti.” Amira menyuarakan pendapatnya. Mata ku terbeliak mendengar kata-kata Amira.

“ Kau gila! Tak nak aku. kau tak kenal ummi aku tu macam mana. Kalau A kata dia, A lah jawabnya.” Ujarku lalu berbaring semula di atas katil.

“ Kalau lah kau ada buah hati. Aku rasa, ummi kau mesti fikir dua kali dulu. Kebahagiaan anak lebih utama.” Sampuk Amira. Aku mengatap bibir.

“ Kalau lah ummi aku berfikiran seperti kau, aku rasa lega sangat-sangat.” Luah ku. Namun, aluanan lagu I’m The best mematikan perbualan kami. Tertera nama ‘Ryan’ di skrin telefon. Aku memandang Amira yang turut memandang ku. Aku terus duduk bersila diatas katil.

“ Siapa?” Soal Amira. Aku tersenyum sumbing.

“ Ryan. Dia nak apa ye? Ada-ada je mamat ni!” Ujar ku seperti protes. Cuba berlagak seperti biasa. Kalau tak, mesti rahsia ini pecah. Tambah-tambah lagi kalau si Amira ni tahu yang aku dan Ryan sering kali berhubung. Betul-betul tempah maut.

“ Angkat ajelah. Korang pun dah ok aku tengok. Mesti ada hal apa-apa tu.” Ujar Amira lagi. Aku menggaru kepala yang tidak gatal sambil menoleh jam di atas meja. Pukul 9 malam. Awal pulak dia call hari ni. Aku menekan butang hijau.

“ Assalamualaikum..” Ucap Ryan lembut. Aduh! Bisa luruh jantung aku.

“ Waalaikumusalam..” Balas ku.

“ Lambatnya angkat call.” Komen Ryan. Aku mengatap bibir.

“ Ikut suka akulah. Telefon aku, kan. Kau nak apa?” Soal ku berlagak seperti biasa. Ryan membisu seketika. Mungkin dia terkejut. Selalunya aku tak cakap ala-ala gangster dengan dia kalau just aku dan dia saja. Kalau depan Amira, aku terpaksa buat-buat biasa. Macam dulu-dulu juga.

“ Mira ada kat situ ye?” Soal Ryan seperti memahami.

“ Hmm..” Balas ku. Ryan ketawa.

“ Maira dah boleh jadi pelakon sekarang ni.” Komen Ryan diiringi ketawa.

“ Dah tu. Nak buat macam mana?” Balas ku.

“ Tak apalah. Esok tunggu kat depan kampus pukul 9 pagi.” Ujar Ryan mendatar. Eh! Merajuk ke mamat ni?

“ Ok.” Jawab ku ringkas.

“ Bye.” Dingin suara itu di telinga ku. Aku mengatap bibir.

“ Bye.” Balas ku lalu talian dimatikan. Aku terasa dengan sikap dingin itu biar pun ianya berpunca dari ku. Amira memandang ku yang bermuram durja.

“ Kenapa?” Soal Amira.

“ Entah. Emo semacam la mamat ni.” Ujar ku lalu merebahkan tubuh ku diatas katil. Aku cuba menyembunyikan rasa sedih di hati ku. Aku tidak tahu mengapa hati ini terlalu rapuh. Sedangkan kami belum lagi bergelar kekasih. Aku belum memberi kata putus ku pada Ryan. Tapi, ada masanya aku seolah-olah melayannya lebih dari sepatutnya. Adakah perasaan ini semakin kuat untuknya? Andai kata Ryan bertanyakan jawapan ku nanti, mampukah aku berterus-terang? Aku memejamkan mata.

Pagi itu aku sudah bersiap untuk pergi ke rumah Ryan untuk berjumpa dengan mama dan papa nya. Abang Juan pun akan turut serta. Lepas itu aku terus balik ke rumah untuk bercuti. Aku hanya mengenakan seluar slack coklat pekat dan baju kemeja berbunga kecil berwarna peach.

“ Lawanya..nak jumpa mertua ya?” Usik Amira dengan senyuman nakal.

“ Banyak la kau punye mertua. Kahwin pun belum, sayang oi.” Balas ku sinis. Amira hanya menjadi pemerhati.

“ Before tu, kau kena pilih. Si abang or adik dia aka kawan kau.” Usik Amira lagi. semakin giat dia mengusik ku sekarang.

“ Malas aku nak layan kau. Lagi pun, aku akan jumpa bakal kakak ipar aku, Faytia Alma.” Ujar ku teruja. Sudah lama aku tidak bersua dengan kak Faytia Alma.

“ Iyelah tu.” Ujar Amira sambil mencebik.

“ Dah, malas aku nak layan kau. Aku nak pergi dah ni. Kau jangan lupa makan dulu before balik nanti. Kirim salam dengan your mom and dad, ok. Take care, Bye.” Ujar ku lalu mencium pipi Amira. Amira tersentak namun akhirnya tersenyum.

“ Kau pun, Take care. Nanti, dah sampai rumah kau text aku ye. Bye!” Ujar Amira yang menghantar aku hingga ke depan pintu bilik. Aku menyarung kasut dan menoleh kearah Amira. Kami berbalas lambaian tangan sebelum aku melangkah menuruni tangga. Aku menarik nafas panjang. Entah-entah Ryan masih lagi dengan rajuknya. Setibanya aku di luar kampus, aku lihat Ryan sudah ada di situ. Aku mengatap bibir.

“ Lama tunggu?” Tegur ku perlahan. Ryan yang tidak menyedari kehadiran ku tersentak lalu menoleh kearah ku. Tiada senyuman di bibirnya seperti selalu. Macam budak-budak la mamat ni. Itu pun nak merajuk ke?

“ Baru je. Jom.” Ujar Ryan lalu melangkah kearah motosikal Honda CBR-954-RR Titan yang tidak jauh dari situ. Mata ku terbeliak apabila Ryan menghulurkan helmet full face yang turut berwarna silver-black seperti motosikal itu kepada ku.

“ Wait..” Ujar ku masih terkejut. Biar betul aku nak bonceng motosikal ni dengan Ryan? Crazy! Kalau ummi tahu, memang pedih telinga aku dengar ceramahnya. Ryan yang sudah menyarung helmet ke kepala menoleh kepada ku. Cermin cover muka di bukanya.

“ Kenapa?” Soal Ryan hairan. Aku mengatap bibir.

“ Kite nak guna ni ke?” Soal ku dengan perasaan nervous. Ini kerja gila. Aku belum pernah naik motosikal sebelum ni. Tambahan lagi dengan lelaki. Tidak! Aku tengah bermimpi sekarang ni, kan?

“ Yelah. Tak kan nak jalan kaki kot.” Ujar Ryan dengan senyuman. Terasa lucu melihat muka yang pucat lesi itu.

“ Kau dah gila ke apa? Aku mana pernah naik benda ni. Dengan kau lagi tu. Kalau dengan abang aku, boleh la aku terima. Kau ni sengaja, kan?” Aku mula naik berang dengan sikap Ryan. Ryan yang menyedari aku sudah mula marah hanya tersenyum.

“ Aku nak ajar kau naik motosikal lah ni. Lepas ni, kite akan naik benda ni hari-hari. Aku takde masalah. Kau cakap je bila kau nak. Seat kat belakang ni, untuk kau je.” Ujar Ryan semakin giat mengusik ku. Aku mengatap bibir.

“ Aku tak nak! Kau memang sengaja balas dendam pasal malam tadi kan? Aku bukan sengajalah. Aku pun tak nak buat macam tu. Aku cuma malu pada Mira.” Jelas ku menyuarakan isi hati aku. Ryan menanggalkan kembali helmetnya.

“ Kau nak malu apa?” Soal Ryan perlahan. Aku mengatap bibir. Aku enggan menjawab pertanyaan Ryan. Tiba-tiba aku merasakan pipi ku panas apabila Ryan terus-terusan merenung ku.

“ Kenapa, Maira?” Soal Ryan lembut. Debaran di hati aku kian rancak. Nak jawab apa ye? Arh!! Kenapa nak soal aku macam ni? Aku dah tak tahu nak jawab apa sekarang ni. Aku menjerit dalam hati.

“ Maira..” Panggil Ryan lembut. Aku memandang wajah Ryan, namun tak lama, aku memalingkan wajah ku kearah lain. Terlalu takut untuk berhadapan dengannya. Wajah aku umpama ‘open-book’ bagi Ryan. Dia dapat membaca apa yang ada di fikiran aku saat ini.

“ Maira dah ready dengan ‘jawapan’ hari itu ke?” Soal Ryan membuatkan aku tersentak. Aku dah cakap! Dia ni memang ada keturunan Nujum Pak Belalang.

“ Jawapan apa?” Soal ku acuh tak acuh tanpa menjawab soalan Ryan. Aku paling takut isu ‘jawapan’ ini di buka. Masalahnya aku tak tahu nak jawab macam mana walaupun sesungguhnya aku sudah ada jawapannya sekarang ini.

“ Ok, lupakan. Sekarang, kita balik dulu.” Ujar Ryan perlahan lalu menyarung semula helmet ke kepala. Dia sudah duduk di atas motosikalnya sambil memandang ku.

“ Kau nak aku pakaikan ke, helmet tu?” Ujar Ryan membuatkan aku tersentak lalu cepat-cepat aku menyarung helmet itu ke kepala. Ryan hanya tersenyum melihat reaksi ku. Aku mengatap bibir melihat senyuman itu. ‘Ingat kau Ryan!’ Bisik hati ku.

“ Jom naik.” Kata Ryan tanpa memandang kearah ku. Aku merapati motosikal itu perlahan-lahan. Macam nak tak nak je.

“ Aku terus-terang dengan kau ni, Ryan. Aku tak pernah bonceng motosikal before ni. So aku tak tahu apa-apa tau.” Ujar ku. Pendek kata, aku tak tahu macam mana nak naik sebenarnya.

“ Kau cakap apa? Aku tak dengar. Kau bukak dulu cermin cover helmet tu, boleh tak?” Ujar Ryan. Aku akur.

“ Aku tak pernah bonceng motosikal. So, aku tak reti nak naik. Kau faham ke..buat-buat tak faham ni?” Marah ku dengan muka sekupang. Ryan tersinggih-singgih. Buat lawak la mamat ni. Aku serius ni, dia main-main pulak.

“ Oh! Ye ke? Ermm..ini first time juga aku ajar orang naik moto ni.” Usik Ryan dengan senyuman. Arh! Rasa nak baham je mamat ni.

“ Cepatlah.” Marah ku dengan jelingan.

“ Yelah,.cik adik sayang. Letak kaki kanan kat sini. Lepas tu, tangan kanan ni, kalau sudi pegang bahu patik pacar yang hina ni, boleh pegang untuk bantu cik adik naik..lepas tu, kaki kiri letak kat tempat letak kaki kat sebelah ni pulak. Dah tu, duduk elok-elok ikut keselesaan. Last sekali, pegang or peluk je patik pacar yang hina ni. Tapi..jangan letak tangan kat bahu aku pulak. Buat lawak ke apa?” Terang Ryan siap tunjuk step by step. Namun, mata ku membutang bila word ‘peluk’ keluar dari mulut Ryan. Aku mengatap bibir.

“ Kau ni..memang dah gila. Dah bosan nak hidup!” Kutuk ku tidak puas hati.

“ Aku gurau saje lah. Itu pun nak marah ke? Aku pun tak nak kau peluk aku lah. Jatuh saham aku nanti.” Ujar Ryan dengan senyuman sinisnya. Aku menumbuk bahunya.

“ Kau ni memang sakit jiwa!” Marah ku lalu meletak kaki kanan kat tempat letak kaki dan bahu Ryan ku pegang kejap untuk naik ke atas motosikal dan meletakkan kaki kiri ke sebelah dan duduk di belakang. Perlahan-lahan aku melepaskan pengangan aku di bahu Ryan. Huh! Ini memang kerja gila. Debaran kian terasa bila berada di dalam keadaan seperti ini.

“ Dah ready? Tutup cover helmet tu ye. Kau boleh pegang baju aku ni kalau tak nak jatuh. Kalau kau takut sangat, kau peluk je ye.” Ujar Ryan menoleh sambil mengenyetkan matanya kearah ku. Aku mencebik lalu menutup cover helmet. Malas nak melayan loyar buruk Ryan. Sebaik sahaja motosikal itu bergerak aku sudah ketakutan yang teramat sangat baju Ryan ku pegang kejap. Aku fikir ini kali pertama dan terakhir aku bonceng motosikal ini. Aku dah tak nak lagi dah. Tak sanggup. Memang kecut perut bila melipasi kenderaan lain yang besar-besar tayarnya. Sungguh aku rasa ngeri. Sepanjang perjalanan aku hanya pejam mata. Takut yang teramat sangat. Berkali-kali bahagian depan helmet aku berlaga dengan belakang helmet Ryan. Aku dah tak ambil peduli lagi. Aku nak cepat-cepat sampai. Sebaik sahaja motosikal itu berhenti, aku terus membuka mata dan membuka cover helmet. Ryan menoleh kearah ku. Sedar tak sedar, kami dah pun berada di halaman rumah Ryan.

“ Dah sampai. Macam mana? Ok tak?” Ujar Ryan. Aku memegang bahu Ryan untuk membantuku turun dari motosikal tersebut. Helmet ku tanggalkan lalu meyisir rambut ku dengan jari ku sambil memandang cermin pandang sisi motosikal itu.

“ Lain kali, kalau kau guna benda ni, kau inform aku dulu. Boleh aku fikir cara lain nak ke sini. Faham!” Marah ku tanpa menjawab pertanyaan Ryan.

“ Marah lagi?” Soal Ryan lalu memakir motosikal tersebut di sudut rumah. Helmet di letakkan di handle motosikalnya.

“ Mahunya aku tak marah. Kalau kau buat lagi, aku siat-siat kulit kau tu.” Ujar ku geram. Ryan ketawa lalu menghulurkan tangan kepada ku. Aku kaget. Aku memandang tangan dan mukanya silih berganti.

“ Kau nak apa?” Soal ku kasar.

“ Aku nak…” Ujar Ryan namun ayatnya tergantung disitu. Sengaja nak kasi aku suspen je ni.

“ Nak apa?” Soal ku dengan muka berkerut.

“ Nak…nak helmet. Itu bukan kau punye. Takkan nak bawa balik kot.” Ujar Ryan lalu ketawa geli hati. Aku mengatap bibir. Aku melangkah setapak kehadapan dan menghayun helmet ke perutnya dengan kasar.

“ Ambik kau! Aku pun tak nak pegang lama-lama.” Ujar ku dan menjelirkan lidah kearahnya. Ryan sudah mengaduh kesakitan. Aku cepat-cepat berlari anak ke pintu utama yang terbuka seraya mengucapkan salam. Kedengaran suara mama Ryan dari dalam rumah. Seketika muncul mama Ryan di muka pintu. Aku segera menghulurkan tangan. Mama Ryan menyambut huluran salam ku dan tangan itu ku cium penuh hormat. Mama Ryan memeluk ku erat.

“ Lama sampai?” Soal Mama Ryan lalu menarik tangan ku untuk masuk kerumah. Aku menjeling sinis kearah Ryan sebelum melangkah masuk. Ryan yang tidak sempat untuk mengejar ku hanya memandang ku penuh makna.

“ Sunyi nye rumah ni. Abang Juan dah sampai ke belum?” Soal ku lalu duduk bersebelahan dengan mama Ryan.

“ Belum lagi. Sekejap lagi kot.” Balas mama Ryan. Ryan yang baru saja masuk terus menghampiri kami.

“ Korang dah breakfast tak ni?” Soal Mama Ryan. Ryan hanya menggelengkan kepala. Pandangan mama Ryan kembali kepada ku.

“ Baby? Kalau belum, kite sarapan dulu.” Soal Mama Ryan pula.

“ Tak sempat. Tapi tunggu abang Juan dan kak Alma datang dulu la.” Ujar ku. Mama Ryan hanya menggelengkan kepala.

“ Korang duduk dulu. Mama nak tengok papa tu. Entah apa yang di buatnya kat dalam bilik tu.” Ujar Mama Ryan tiba-tiba membuatkan aku kecut perut. Aduh! Nampaknya aku dah tak dapat lari lagi ni. Ryan sudah pun tersenyum penuh makna.

“ Ok. Tak pe. Baby tu bukan nye tak biasa kat rumah ni mama.” Balas Ryan sambil tersenyum kearah mamanya.

“ Kau jangan nak buat nakal pulak.” Ujar Mama Ryan memberi amaran. Aku sudah tidak sedap hati.

“ No worry, ma.” Balas Ryan dengan tenang. Sebaik sahaja mama Ryan menghilang ke ruang tengah, Ryan bangun dari tempat duduknya. Aku kaget dan duduk tegak apabila dengan selamba Ryan duduk di sebelah ku. Aku menjeling kearahnya. Geram sungguh aku dengan mamat ni. Ryan berdehem berkali. Aku enggan berpaling kearahnya.

“ Maira..” Panggil Ryan lembut membuatkan bulu roma ku berdiri tegak. Darah ku berderau dan perut ku kecut tiba-tiba. Aku memberanikan diri menoleh kearahnya. Namun, aku tersentak apabila kedudukkan kami begitu rapat hampir-hampir wajah ku bertembung dengan wajahnya. Aku pantas menolak tubuh Ryan.

“ Kau memang gila!” Kutuk ku lalu bangkit. Ryan ketawa geli hati.

“ Perut aku masih lagi sakit tau tak. Sampai hati kau buat aku macam ni, Maira.” Tutur Ryan menagih simpati ku. Aku mencebik.

“ Padan muka. Itulah balasannya sebab kau kenakan aku tadi.” Balas ku dengan senyuman sinis. Ryan menarik nafas dalam dan melepasnya perlahan-lahan.

“ Aku suka kau, Maira.” Luah Ryan lembut. Hati ku berdetak hebat. Dia ni kan..memang suka nak kasi aku sakit jiwa. Aku enggan menoleh kearahnya sebab aku tahu Ryan sedang memerhati ku saat ini.

“ Maira, kau dengar tak?” Soal Ryan apabila aku tidak memberi sebarang reaksi.

“ Aku dengarlah.” Jawab ku bersahaja.

“ Dah tu? Kau nak cakap apa-apa tak?” Soal Ryan. Aku menarik nafas panjang lalu melepasnya pelahan. Aku menoleh kearahnya.

“ Kau nak aku cakap apa?” Soal ku pula tanpa menjawab soalan Ryan.

“ Maira, kau perasan tak? Bila isu ini keluar, kau selalu jawab soalan aku dengan soalan and finally aku pun tak tahu nak cakap apa dengan kau lagi. Dah terlalu banyak persoalan yang tiada jawapan sekarang.” Ujar Ryan lembut. Aku mengatap bibir. Terasa kali ini aku tidak akan terlepas lagi dari ‘isu’ ini. Nak tak nak, aku mesti jawabkan?

“ Ok, fine. My bad, ok. Aku ingat kau faham perasaan aku dan aku anggap kau dah tahu perasaan aku macam mana. This is my first time, Ryan. Aku..tak tahu nak cakap macam mana. Bila jumpa kau saja, aku jadi kalut. Ke..kau nak aku sms je jawapan aku?” Ujar ku cuba bersikap terbuka dengan Ryan dalam hal ini. Hal hati dan perasaan. Ryan tiba-tiba ketawa.

“ Kau ni..takkan kau nak sms pulak. Tak pernah di buat orang. Kau ni memang pelik. Tapi, aku sukaaaaaa sangat-sangat.” Luah Ryan jujur. Aku mengatap bibir.

“ Kali ni je aku jawab dengan sms, boleh?” Ujar ku lagi memohon simpati. Ryan menggaru kepala yang tidak gatal. Pelik juga minah ni. Takkan nak luah perasaan guna sms kot. ‘Apa kata aku cuba dulu’ fikir Ryan.

“ Ok. Sms sekarang.” Ujar Ryan selamba dan tenang memandang kearah ku.

“ Hah!” Aku terkejut dengan kata-kata Ryan.

“ Tadi cakap nak sms, kan?” Ujar Ryan bersungguh-sungguh. Aku keresahan.

“ Sekarang ke?” Soal ku lagi.

“ Iyelah. Sekarang.” Putus Ryan yakin. Aku menelan air liur yang serasa kesat di kerongkong. Ryan menunggu reaksi ku. Aku mencapai beg ku yang berada di tempat duduk ku tadi. Aku mencari handphone ku. Sebaik sahaja telefon ku capai, aku mula menekan key pad telefon. Serta-merta otak ku menjadi tepu. Aku mengatap bibir sambil menjeling kearah Ryan yang setia menunggu. Berkali-kali aku menaip namun akhirnya aku delete semula. Aku menggaru kepala yang tak gatal. Rumitnye. Aku menarik nafas dan memejam mata untuk mencarik kekuatan.

“ Assalamualaikum,..” Ucap satu suara yang menjadi penyelamat ku. Serta-merta mata ku terbuka. Aku dan Ryan berpandangan dan hampir serentak menjawab salam itu. Aku bangkit dan menapak kearah pintu utama.

“ Kak Alma…” Jerit ku lalu kami berdua berpelukkan.

“ Baby apa khabar?” Soal Kak Alma sambil meleraikan pelukkan.

“ Sihat. Kakak pulak?” Balas ku dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

“ Kakak bertambah sihat ni. Semua orang tegur kakak chubby.” Tutur kak Alma dengan senyuman. Abang Juan hanya memerhati kearah kami.

“ Jom la masuk.” Ujar ku lalu memaut lengan kak Alma. Ryan masih duduk di tempat tadi. Tidak menoleh langsung kearah kami.

“ Ryan buat apa tu?” Tegur kak Alma. Ryan menoleh dan tersenyum manis.

“ Tunggu sms dari seseorang. Tapi gayanya, dia tengah busy kot.” Ujar Ryan sambil menjeling kearah ku. Aku mengatap bibir.

“ Iye ke? Sms dari girlfriend ke?” Ujar Kak Alma cuba menghidupkan suasana. Ryan hanya memandang wajah kak Alma sekilas tanpa sebarang reaksi.

“ Mama dan papa, mana?” Soal Abang Juan kepada Ryan apabila menyedari Ryan tidak senang akan situasi itu. Ryan memandang ku sekilas.

“ Kat atas. Jom, Maira. Kita panggil mereka. Entah-entah mereka tengah dating kat atas tu kot.” Ujar Ryan kepada ku. Hendak tak hendak saja aku membontoti langkahnya. Ryan membisu saat menaiki tangga. Hati ku berdetik untuk bertanya kepadanya tentang perasaannya kepada kak Alma.

“ Ryan, kau ok?” Soal ku perlahan. Ryan menoleh kearah ku.

“ Kenapa kau tanya?” Aku tersenyum kepadanya. Dia pulak yang jawab soalan aku dengan soalan. Nak marah kan aku, tapi dia pun sama. Dua kali lima.

“ I’m just wondering. Kau..masih sukakan kak Alma?” Soal ku berani. Aku tidak tahu di mana aku mendapat kekuatan itu.

“ I do.” Jawap Ryan ringkas, padat dan jujur. Aku tersentak. Tapi, untuk apa dia menyatakan perasaan ‘suka’ dia kepada ku? Siapa aku padanya? Apa maksud layanan dia sebelum ini? Suka yang spesis mana maksud Ryan sebenarnya?

“ Owh..really..ermm..it’s must be so hard for you, right?” Tutur ku perlahan. Suara ku sudah bergetar menahan rasa hati yang pilu tiba-tiba.

“ Yup.” Ujar Ryan bersahaja lalu meneruskan langkah ke bilik mama dan papanya. Aku hanya mengekori langkah Ryan. Pintu bilik di ketuknya perlahan.

“ Ma, pa. Jom kite sarapan sama-sama. Abang Juan dah tunggu kat bawah tu dengan kak Alma.” Ujar Ryan sebaik sahaja pintu bilik di buka. Mama dan papa Ryan berpandangan.

“ Jom.” Ujar mama Ryan lalu menarik tangan ku agar berjalan seiringan dengannya. Aku menoleh kearah Ryan dan aku lihat papa Ryan menepuk-nepuk bahu Ryan dengan senyuman. Aku menjadi keliru.

Usai breakfast, mama dan papa Ryan duduk di ruang tamu manakala abang Juan dan kak Alma menghilang entah kemana. Aku menapak ke luar rumah, mencari kelibat Ryan yang dari tadi tidak nampak batang hidungnya.

“ Baby cari Ryan ke? Dia ada kat laman belakang rumah.” Ujar Mama Ryan kepada ku. Aku menoleh kearahnya dengan senyuman.

“ Oh..ye ke? Baby nak jumpa dia kejap.” Ujar ku lalu bergegas ke laman belakang rumah. Langkah ku terhenti apabila melihat Ryan yang duduk di buaian keseorangan. Aku menarik nafas dan mula mengorak langkah untuk menghampirinya.

“ Ryan.” Tegur ku sepatah. Ryan menoleh kearah ku. Aku mengambil tempat duduk di sebelahnya.

“ Sorry. Kau balik pukul berapa?” Soal Ryan perlahan. Dia kelihatan seperti kecewa dari riak wajahnya itu. Hati ku tersentuh. Kiranya, aku memang tiada di dalam hatinya saat ini.

“ Sekejap lagi. Aku dah call teksi tadi.” Jawab ku lalu mengeluh perlahan.

“ Maira, aku ingat..lepas bertahun-tahun tak jumpa, aku dah boleh lupakan Alma. But now..aku tak mampu pun pandang mata dia pun. Sebab aku takut..aku kalah dengan perasaan yang selama ini pernah ada untuk dia. Aku takut perasaan itu kembali mekar. Aku tak nak merampas kebahagiaan abang aku untuk kali kedua.” Luah Ryan panjang lebar. Bergetar suaranya. Aku mengatap bibir. Entah mengapa hati ku pedih saat ini. Namun, aku cuba bersikap terbuka. Aku tidak mahu menambah beban dihatinya.

“ Kau akan rasa lega kalau luahkan perasaan kau itu, Ryan. Aku sedia mendengarnya.” Ujar ku perlahan. Terasa mata ku bergelinangan. Namun aku cuba bertahan. Aku tidak boleh menangis saat ini. Tidak akan sekali-kali.

“ Tak perlu, Maira. Kau balik lah. Tentang apa yang aku cakapkan dulu, kau lupakan saja. Maaf. Aku tak mampu untuk lupakan dia.” Ujar Ryan perlahan. Sayu. Hati ku umpama di cincang lumat. Aku menelan air liur yang terasa pahit.

“ Ok. Aku akan balik. Kau jangan risau. Aku pasti akan lupakan semuanya. Take care.” Ujar ku lalu meninggalkan Ryan tanpa menoleh lagi. Air mata ku menitis ke pipi. Pantas aku menyekanya. Aku seorang yang tabah. Aku tidak akan menangis kerana hal ini. Life still go on! Setiba di dalam rumah, aku meminta diri untuk pulang. Kebetulan teksi sudah pun sampai. Aku tahu mama dan papa Ryan ingin bertanya sesuatu kepada ku. Namun, aku terus berlalu setelah bersalaman dengan mereka. Sebaik sahaja aku masuk kedalam teksi, aku terus menangis..dan menangis..hanya itu yang mampu aku lakukan.